CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7783|Reply: 108

[Tempatan] Perhimpunan 20,000 orang Melayu, Sabtu ini

[Copy link]
Post time 26-2-2015 12:24 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu berupaya menjadi platform untuk menyatupadukan orang Melayu yang selama ini berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Setiausaha Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, program itu akan memberi penekanan kepada usaha memperkasakan konsep maqasid syariah yang berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara konsisten.

Menurut beliau, setelah usaha itu membuahkan hasil, agenda seterusnya iaitu pembangunan orang Melayu dapat dilaksanakan secara teratur.


“Kita boleh bekerjasama dalam semua perkara yang melibatkan kepentingan bersama orang Melayu seperti agama, pendidikan dan ekonomi.

“Saya percaya matlamat itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya semua pihak yang berkepentingan memainkan peranan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Advertisement

Hasan mengulas tentang penganjuran Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu anjuran MPM di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini pada Sabtu ini.

Perhimpunan yang dijangka disertai lebih 20,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik, ahli akademik dan orang ramai itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pembangunan orang Melayu dengan berlandaskan konsep maqasid syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam perhimpunan yang dijadualkan bermula pada pukul 5 petang itu.

Orang ramai juga dinasihatkan membawa sejadah atau telekung sebagai persiapan untuk menyertai solat Maghrib berjemaah di lokasi perhimpunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa bawa keris...supaya x nampak pondan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk ummah2 meleis..sampai kena sesi brainwash perdana segala untuk mengelak pergaduhan tntng isu2 remeh temeh.

Semoga elohim tidak mencucuri hujan tatkala najib mula berbucara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah..persetankan setan2 tu semua..ni perpaduan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:31 AM | Show all posts
Pas pis pus sila Balik ke pangkuan umno, go now
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 26-2-2015 12:29 AM
Alhamdullilah..persetankan setan2 tu semua..ni perpaduan melayu.

Hukum demo dah jadi halal ke lebai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2015 12:43 AM | Show all posts
Mengapa takut pada perpaduan .
bukan kah itu membawa kepada kebaikan .
orang berhati jahat saje yg bencikan perpaduan
sebab masing masing ada agende sendiri di perjuangkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, dah la panas. Nak g beratur ramai2. Mngarut je keje korg ni. Gi perhimpunanni muka kena masuk sokkabar tak? Anak boleh bawak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tepisket.. replied at 26-2-2015 12:50 AM
Alahai, dah la panas. Nak g beratur ramai2. Mngarut je keje korg ni. Gi perhimpunanni muka kena masu ...

Solat + demo menghasilkan pahala berganda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 01:02 AM | Show all posts
bila PR nk berhimpun di Bkt Jalil
perhimpunan tak dibenarkan
atas alasan keselamatan
bila pindah lokasi ke Dataran Merdeka
tetiba  DBKL kata ada maintenance

time perhimpunan melayu ni
semuanya OK, beres
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajarkah solat tepi jalan sedangkan masih ada masjid dan surau?- tanya lobai bermusim

Solat perlu ikhlas...jawab lobai ketika islam berkuntum dlm hati lobai dan lobainita.

http://www.mykmu.net/2014/05/wajarkah-solat-tepi-jalan-sedangkan-ada-masjid-dan-surau/
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:32 AM | Show all posts
Sabtu depan tak boleh ke? Sabtu ni kucing nak beranak laa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:44 AM | Show all posts
Perhimpunan yang dijangka disertai lebih 20,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik, ahli akademik dan orang ramai itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pembangunan orang Melayu dengan berlandaskan konsep maqasid syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanatnya dalam perhimpunan yang dijadualkan bermula pada pukul 5 petang itu.


Depa nak kasitau secara tersirat...... umno sudah tidak relevan.
Buat PAU banyak kali pun, depa nak kasitau secara tersirat..... umno sudah tidak relevan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:54 AM | Show all posts
untung la syarikat syarikat bas pelancungan...masyuukk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 02:46 AM | Show all posts
@Acong jom kita jual air kelapa di perhimpunan ini. Bisnes mesti manyak baik munya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 05:41 AM | Show all posts
yalah tu....nak cari tukang support kepada ajenda....ketua MPM.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2015 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 26-2-2015 01:32 AM
Sabtu depan tak boleh ke? Sabtu ni kucing nak beranak laa..

sabtu depan perhimpunan org Anwar nk demo suruh najib turun

kau nak pilih yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.....akak syak ummah bukit dan jinjang akan mula menyalak....

Sekor dah masuk dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tuhan limpahkan hujan lebat pada musim kering ini.air di takungan dah makin berkurangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-2-2015 06:49 AM
Alhamdulillah.....akak syak ummah bukit dan jinjang akan mula menyalak....

Sekor dah masuk dah

Kau jgan lupa dtg pulak.bawak anak laki semua ikut sekali.payung jgan dilupa sebab mungkin hujan akan turun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.097675 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list