CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman 30 Tahun Cari Siput Mentarang

25-2-2015 12:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12649| Komen: 14

Pengalaman 30 Tahun Cari Siput Mentarang


KANGAR - Seorang suri rumah tidak menyangka siput mentarang yang dinaikkan sebanyak 48 kilogram menjadikannya juara pada Pertandingan Seluk Mentarang yang diadakan di Kampung Sungai Belati, Simpang Empat, kelmarin.

Romlah Che Me, 40, dari Kampung Kuala Sungai Padang berjaya mengalahkan lebih 25 peserta lain dan menerima motosikal terpakai sebagai hadiah utama pertandingan tersebut yang dianjurkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Belati.

Menurutnya, pengalamannya sejak 30 tahun lalu mencari mentarang menyebabkan dia sudah biasa dengan lumpur pantai dan terik matahari.

"Sejak 10 tahun saya dah ikut orang tua cari mentarang, sebab itulah saya tahu selok-belok lokasi mentarang selain tangan dah terbiasa menyeluk mentarang di dalam lumpur.

“Malah siput ini juga sebahagian sumber rezeki keluarga saya sejak dulu lagi. Alhamdulillah pengalaman ini akhirnya berbaloi untuk saya menangi sebuah motosikal terpakai yang dapat saya gunakan untuk aktiviti harian kami,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan
tersebut di Kampung Sungai Belati, kelmarin.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi Erwanshah Derani, 38, apabila berjaya mencari 34 kilogram mentarang manakala Rashidah Omar, 51, di tempat ketiga dengan 31 kilogram mentarang berjaya dinaikkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Belati, Hassan Ya, 47, berkata, pihaknya sentiasa berusaha mewujudkan pertandingan yang boleh mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.

“Pihak saya juga mahu memperkenalkan kampung ini kepada masyarakat luar kerana kebanyakan penduduk menjual mentarang sebagai sumber pendapatan.

“Walaupun hadiahnya sekadar motosikal terpakai dan hamper, namun ia dapat menghimpunkan masyarakat kampung ini termasuk penduduk di sekitar kawasan Simpang Empat,” katanya.

Selain pertandingan itu, penganjur juga mengadakan pertandingan kucing tercantik dan lari dalam sawah bagi wanita warga emas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Adun Simpang Empat, Nurolhisham Yaacob turut hadir menyaksikan acara yang dipertandingkan.

14

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikpekatt 25-2-2015 02:54 AM
sedapnya mentarang ! tapi x suka sbb cengkerang dia cpt pecah
Quote elmen 25-2-2015 07:29 AM
sedapnyeeeeeee
Quote lil_honey 25-2-2015 07:30 AM
woohh...makan ngn blackpepper sos.sedapnyee...
Quote CrowneGlory 25-2-2015 07:36 AM
1st time tgk hadiah motor trpakai... Xperla janji boleh jalan lg.. Mcm fun je kampung ni.. Ada pertandingan kucing trcantik lg..aku trbyg kucing2 kampung dorg himpunkn.. Asik2 kucing import je
Quote chinta89 25-2-2015 08:03 AM
erk... cane rupa siput mentarang? malas plk nk gugel hehehe
Quote haryatie 25-2-2015 08:16 AM
camner rupa siput ni..
1st time dngar nama ni..
tau siput sedut jerk yg boleh dimakan
tu pun aku x makn..geli le pulakk...
Quote Modngengade 25-2-2015 08:18 AM
Amboi..lasaknya pertadingan utk wanita warga emas....jgn ada yg masuk sepital dah....
Quote pasuoren 25-2-2015 08:23 AM
48 kg...?
uuiii...banyaknya..

orang kata sedap..
tapi tak pernah cuba lagi..
kat melaka takdek..

Quote Suchi 25-2-2015 08:24 AM
dahlama tingin nk mkn mentarang tp blm dpt lg
natang nih byk kt perlis kalo kt sini belah2 sabak bernam nun kalo tak salah lah. ade jual tepi jln, dulu katanya murah2 je tp sejak kuar majalah 3 dah naik rega
Quote Suchi 25-2-2015 08:28 AM
chinta89 replied at 25-2-2015 08:03 AM
erk... cane rupa siput mentarang? malas plk nk gugel hehehe

mcm2 bleh masak mentarang ni
penah tgk kawan iols share gambo dia masak rendang mentarang
nmpk sedap sgt..
Quote chinta89 25-2-2015 08:33 AM
Suchi replied at 25-2-2015 08:28 AM
mcm2 bleh masak mentarang ni
penah tgk kawan iols share gambo dia masak rendang mentarang
nmpk s ...

tekkiu suchi!
nampak mcm menarik. nt nk try carilah.



Quote kerikangkung 25-2-2015 08:34 AM
aku jalan2 dari kuala selangor, sabak bernam nak ke kl tengok byk org jual siput ni ...ke siput lain...katanya sedap.....tapi aku suka lagi siput gondang....
Quote noor2 25-2-2015 08:36 AM
Tak pernah makan siput mentarang.....mana boleh dapat kat shah alam ni
Quote fire_place 25-2-2015 08:39 AM
tgk kat tv lah pasal mentarang.bila makan sedapny alahai.nyum2..hurm..siput gonggong pun.sedap..manisnya rasa dia.masak ala2 halia je..kat kedai manisnya terasa smpai xcukup mkn.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057660 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top