CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Seludup’ Jantan Masuk

25-2-2015 12:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5683| Komen: 29

Description: “Selepas 10 Minit, Baru Pintu Rumah Dibuka Dan Seorang Wanita Lengkap Berpakaian Muncul. Anggota Penguat Kuasa Kemudiannya Menunjukkan Kad Kuasa Seterusnya Meminta Izin Untuk Melakukan Pemeriksaan., ...
‘Seludup’ Jantan Masuk

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 29 tahun yang mempunyai dua anak dan masih bersuami ditahan kerana ‘menyeludup’ lelaki ke kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, tengah malam Jumaat lalu.

Tindakan wanita itu yang disyaki berkhalwat pada jam 12.05 tengah malam itu bagaimanapun, disedari jiran berhampiran sebelum sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kediaman itu.

Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mendapati rumah berkenaan dalam keadaan gelap manakala pintu jeriji turut berkunci sebaik tiba untuk pemeriksaan.

“Susulan itu anggota penguat kuasa JAWI mengetuk pintu rumah itu sambil memperkenalkan diri sebagai petugas penguat kuasa.


“Selepas 10 minit, baru pintu rumah dibuka dan seorang wanita lengkap berpakaian muncul. Anggota penguat kuasa kemudiannya menunjukkan kad kuasa seterusnya meminta izin untuk melakukan pemeriksaan.,” katanya.

Wan Jaapar berkata, sebaik masuk ke dalam rumah terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berdiri berhampiran meja makan.

“Pemeriksaan di seluruh rumah itu kemudiannya menemui dua kanak-kanak sedang tidur di dalam bilik utama.

“Kanak-kanak berusia satu tahun dan tiga tahun itu anak kepada wanita terbabit. Hasil pemeriksaan ke atas lelaki dan wanita ini juga mendapati mereka bukan pasangan suami isteri yang sah,” katanya.

Menurutnya, lelaki dan wanita itu kemudiannya dibawa ke Pejabat JAWI untuk tindakan selanjutnya dan ditahan mengikut Seksyen 27 (A) & (B) Akta 559 kerana disyaki berkhalwat.


22

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 25-2-2015 09:38 AM
dalam rumah sendiri pun dah tak selamat....

Quote gaara_X 25-2-2015 09:44 AM
ermmmmm...habat
Quote yusryimran 25-2-2015 09:47 AM
gigih seludup scandal ehhh..
Quote taikpekatt 25-2-2015 09:50 AM
ish. tak takut balasan langsung !
Quote lolipopmanish 25-2-2015 10:13 AM
macam2 !
Quote kentel 25-2-2015 10:14 AM
ya rabbi...apa lah betina ni fikir???blaki lagi kot...bukannya janda...
Quote liyamariska 25-2-2015 10:23 AM
musti org sekeliling dah perati lama perangai pompuan nih...
Quote stania83 25-2-2015 10:27 AM
Suami sure tak perform ni.
Quote qronaldo7 25-2-2015 10:28 AM
perbuatan seludup tu nampak macam penjenayah
Quote cik_tonggek 25-2-2015 10:29 AM
laki nye mana
Quote GhostWalking 25-2-2015 10:29 AM
kentel replied at 25-2-2015 02:14 AM
ya rabbi...apa lah betina ni fikir???blaki lagi kot...bukannya janda...

skang memang trending chuolssss
Quote prettyuglybabe 25-2-2015 10:32 AM
gigih jiran-jiran ni mengendap pukul 12pagi
Quote LENS2U 25-2-2015 10:34 AM
Dah lama jiran dia perhati sebelum ambil tindakan.
Quote matahari7001 25-2-2015 10:40 AM
ni dinamekan berak dalam periuk nasi sendiri huhu..
buat laa projek tpt lain, ni depan2 anak2..cam siyal perangai huhu
Quote belilies 25-2-2015 10:42 AM
what if.. klu dia tak bersuami lagi lah khennn.. dia sngaja perangkap laki tu utk kawen ngan dia.
Quote magnus 25-2-2015 10:45 AM
Jantan yg diseludup tu pun tak guna..puiiiiiii
Quote Modngengade 25-2-2015 10:46 AM
kentel replied at 25-2-2015 10:14 AM
ya rabbi...apa lah betina ni fikir???blaki lagi kot...bukannya janda...

akak syak laki  dia senasib dgn  @stinger_attack yg telah kematian fucuk.....haruslah seludup jantan demi kesejahteraan cikki beliyau

Quote kentel 25-2-2015 10:50 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 10:29 AM
skang memang trending chuolssss

tak pikir halal harom sis...ummah meleis..syabbas!!!
Quote GhostWalking 25-2-2015 10:53 AM
kentel replied at 25-2-2015 02:50 AM
tak pikir halal harom sis...ummah meleis..syabbas!!!

seks ikut-ikutan ummah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057179 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top