CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Fesyen Lihat artikel

Tahu Bagaimana Memilih Legging Sesuai Untuk Anda?

25-2-2015 11:10 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5633| Komen: 0


LadyLista - Legging adalah jenis pakaian wanita yang sering dipadankan bersama baju-T, kemeja dan blaus. Seluar mula dipakai oleh kaum lelaki sejak beratus tahun dahulu dan mula dipakai oleh kaum wanita sejak revolusi fesyen bermula. Ia dikategorikan berdasarkan potongan dan jenis fabrik. Untuk penampilan yang lebih menawan dan ilusi tubuh badan yang lebih cantik, apa kata anda cuba memakai legging! Tingkatkan keyakinan anda dan tampil berani dengan mencuba trend terkini.

Tips Memilih Seluar Legging

Pilih saiz yang sesuai
Terdapat banyak jenis legging dengan saiz yang berbeza. Legging dengan bahagian atas yang panjang akan membuat anda kelihatan elegan. Sentiasa memilih legging berdasarkan ketinggian anda. Pasti anda tidak mahu legging yang dipakai nanti tiba-tiba koyak ketika sedang melangkah bukan? Kalau terlalu longgar pula, legging akan menjadi berkedut-kedut dan ini mencacatkan penampilan.


Pilih rekaan fesyen yang mudah
Jika anda memakai legging buat kali pertama, pilihlah rekaan yang asas. Pilih rekaan yang simple dan warna yang gelap. Warna-warna seperti biru dan hitam akan menjadi warna yang sesuai. Jika anda seorang yang “berisi”, elakkan memilih warna yang terang.

Padanan kasut yang sesuai
Jika anda memakai legging dari jenis kulit, memang sesuai memakai kasut tumit tinggi untuk nampak lebih seksi. Lebih menarik jika anda memilih kasut flat, ia kelihatan lebih ranggi dan santai.

Pilihan pakaian adalah penting
Cuba anda padankan legging dengan blouse labuh dan juga kemeja labuh, pasti anda akan kelihatan cantik dan menawan. Tetapi jika anda mempunyai tubuh badan langsing, tidak salah untuk mengenakan legging dengan baju-t pendek.

Pilih warna yang betul
Legging hendaklah dipilih bergantung kepada berat badan anda. Jika anda seorang yang “berisi”, elakkan memilih lengging yang terang dan bercorak bunga besar. Pilih reka bentuk cetakan bunga kecil dan warna-warna pastel untuk supaya anda tidak kelihatan gemuk. Jika anda kurus, maka warna-warna terang akan kelihatan baik pada anda. Namun tidak salah bagi mereka yang berani untuk bermain warna untuk kelihatan lebih anggun. Tetappi awas, jangan sampai anda menjadi mangsa fesyen pula!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055345 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top