Ringgit Masih Di Bawah Nilai Sebenar - Zeti
Beliau berkata, pihaknya menjangka ringgit akan mencerminkan asas sebenar ekonomi negara dalam jangka waktu akan datang, sebagaimana ditunjukkan oleh pertumbuhan ekonomi mantap sekitar lima peratus, tahap pengangguran rendah, dan lebihan dalam akaun pembayaran semasa. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan Syariah Maybank Islamic di sini hari ini. Ringgit sudah susut ke paras terendah dalam tempoh enam tahun sejak 2009. Ringgit mencatat paras terbaik tahun lalu, RM3.1463 bagi setiap dolar AS pada 27 Ogos 2014. Hari ini ringgit disebut harga pada 3.6235/6265 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 3.6340/6370. Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.6641/6683 daripada 2.6664/6705 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.1076/1121 daripada 4.1213/1254 pada Isnin.
Ringgit jatuh berbanding pound kepada 5.5972/6033 daripada 5.5844/5908 pada Isnin dan jatuh berbanding yen kepada 3.0470/0503 daripada 3.0456/0486 sebelumnya. |
11
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
3
Sedih |
16
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT