LadyLista - Pelakon wanita utama dalam filem Gudang Kubur, Nora Danish, 33 tahun, menganggap dirinya masih jauh untuk digelar primadona filem. Dia menganggap seseorang primadona merupakan seorang pelakon yang memberi sumbangan besar dalam industri perfileman. Dia juga menambah, dia tidak pernah dianugerahkan mana-mana anugerah untuk melayakkannya memegang gelaran primadona dan perjalanannya masih jauh untuk mencapai gelaran tersebut. Dalam wawancara bersama Melodi baru-baru ini, dia juga menyifatkan penganugerahan adalah suatu pencapaian dalam industri walaupun ada yang tidak berpendapat sebegitu. Dalam perkembangan lain, Nora dalam perancangan untuk membuka kafe bersama 5 sahabat baiknya selain aktif dalam bidang lakonan dia juga ingin berjaya dalam bidang keusahawanan. |
ADVERTISEMENT