CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasut dari kulit BABI - New Balance minta maaf

24-2-2015 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16197| Komen: 35

New Balance mohon maaf isu kasut kulit babi





KUALA LUMPUR, (MLP) – New Balance Malaysia hari ini mengeluarkan permohonan maaf menerusi lamanFacebook rasmi mengenai isu penjualan kasut kulit babi pada minggu lalu.

Sebuah butiknya yang beroperasi di Queensbay Mall, Pulau Pinang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam apabila meletakkan kasut kulit babi di ruang hadapan premis tanpa amaran yang jelas.

Seorang pengguna Facebook sebelum ini telah memuat naik status yang menyatakkan kekecewaannya terhadap situasi yang dialami sendiri itu.

Antara kandungan kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia itu merangkumi beberapa tindakan serius akan diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.


Bagi menghormati sensitiviti masyarakat beragama Islam, pengedar akan meletakkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Papan tanda berkenaan akan diletakkan pada kedudukan yang mudah dilihat.

Selain itu langkah drastik lain yang akan diambil adalah membalut kasut yang menggunakan material kulit babi dengan plastik.

Pihak New Balance Malaysia turut menjelaskan kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan United Kingdom menggunakan bahan berasaskan kulit babi.

Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, sepatu sukan dan gim tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

9

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 23-2-2015 10:16 PM
sila beli kasut kulit yg ada sijil halal jakim jika rasa mau makan itew kasut
Quote noraidil_06 23-2-2015 10:21 PM
diam la acong.
Quote Decaffeinated 23-2-2015 10:36 PM
kau berani gantung gambar babi haruslah melayu tak berani even nak melintas kedai ko, jangan kata nak beli....

Quote hanakikan 23-2-2015 10:39 PM
Bukannya haram pun pegang. Dah pegang sertu lah.
Quote Decaffeinated 23-2-2015 10:40 PM
lepas ni kalau ada open house melayu, cina kalau dijemput sila pastikan pakai kasut halal tiada DNA babi kalau tak jadi masalah nak sertu kaki dan setokin sebelum masuk rumah melayu.

Kalau tuan rumah taulah...

Quote kimsa-ra 23-2-2015 10:40 PM
babi berada di mana2
melayu sgt tkot dgn babi
xdpt nk bayang cmne melayu duk hutan..
mungkin mati kelaparan sbb tkot nk mkn tkot pokok kna sentuh dgn babi
Quote cmf_premierleag 23-2-2015 11:00 PM

Tajuk lawak betul...babi tonyok
Quote rosmahisham 23-2-2015 11:33 PM
lama x dengar perkataan babi tonyok tu..zaman budak2 dulu slu dengar..




Quote pyropura 23-2-2015 11:46 PM
Acong replied at 23-2-2015 10:16 PM
sila beli kasut kulit yg ada sijil halal jakim jika rasa mau makan itew kasut


..igama Mulayu - kulit tonyok takut pakai, telur penyu haiwan harom boleh pulak makan...  



Quote revolusi_30 24-2-2015 12:00 AM
La, kulit babi haram ke pakai.
Quote Acong 24-2-2015 03:14 AM

ko makan kasut?
Quote Acong 24-2-2015 03:16 AM
revolusi_30 replied at 24-2-2015 12:00 AM
La, kulit babi haram ke pakai.

ummah sunni lepas pakai, mungkin makan kasut itew bila lapar  
Quote Al-Patih 24-2-2015 05:38 AM
kasut kulit dari haiwan tak sembelih ikut sah-rak....pakai haram tak.......????
Quote famri7 24-2-2015 06:38 AM
Kiranya tanah yang dilaluin ummah2 kaper bersepatu babi harus disamak kah sis? Atau pon letak warning sign dgn cones?
Fefeeling terkesan dek sepatu babi pdhl brapa kerat jah beli NB..propa drama queers sngt sis.
Quote noraidil_06 24-2-2015 07:18 AM
Acong replied at 24-2-2015 03:14 AM
ko makan kasut?

Ko mkn ke?
Quote tykarib 24-2-2015 09:45 AM
Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr Asri

Berita kat bawah ni tentang makanan yang masuk dalam badan. Ni kan pula kasut yang pakai diluar. Renung-renungkan


KUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.

"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.

"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.

"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.


Quote tykarib 24-2-2015 09:56 AM
pyropura replied at 23-2-2015 11:46 PM
..igama Mulayu - kulit tonyok takut pakai, telur penyu haiwan harom boleh pulak makan...  ...

lain kali siasat sikit

:36.Hukum makan telur penyu, biawak
SAYA ingin meminta penjelasan Dr Salam mengenai perbezaan antara telur penyu yang boleh dimakan dan telur biawak yang tidak boleh dimakan, sedangkan kedua-dua haiwan itu haram dimakan oleh umat Islam.

ZAHIR ABU
Pulau Melaka, Kota Bharu.

HAIWAN terbahagi kepada dua iaitu haiwan darat dan haiwan laut (air). Ada haiwan itu yang halal atau ada yang diharamkan syarak untuk dimakan. Sesetengah haiwan diharamkan kerana zatnya dan sebahagian lagi kerana sebab yang terjadi padanya, umpamanya bangkai. Dalam keadaan ini setengahnya disepakati ulama dan setengahnya berlaku perselisihan.

Penyu pula diharamkan kerana hidup dua alam. Tetapi telur penyu halal kerana penyu mempunyai tabiat makan benda yang bersih. Manakala biawak pula tergolong dalam binatang liar yang haram dimakan. Tabiatnya pula memakan benda-benda kotor, bangkai dan daging. Dengan itu telurnya juga diharamkan.

Al-Quran menegaskan: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan;”(Q 2: 168).


Quote pearl.silver 24-2-2015 01:23 PM
Al-Patih replied at 24-2-2015 05:38 AM
kasut kulit dari haiwan tak sembelih ikut sah-rak....pakai haram tak.......????

org pegang badan lembu yg mati kena langgar motor haram x?

Quote dodolgemok 24-2-2015 01:27 PM
meleis dan babi haruslah sentiasa sentap berirama...rasuah korup penipu takpe.tanya @Modngengade sudah la

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052991 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top