CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video: Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun Makan Mcd Kali Pertama

23-2-2015 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10715| Komen: 59

Video: Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun Makan Mcd Kali Pertama

PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila dibawa menikmati hidangan di restoran makanan segera McDonalds buat kali pertama.

Walaupun tak dapat sembunyi keseronokan, ternyata kemiskinan telah mengajar kanak-kanak itu erti tanggungjawab apabila memberitahu, dia mahu membawa pulang sedikit makanan tersebut untuk adiknya di rumah.

Dia menyatakan terpaksa bekerja menjaja barangan di kali lima kerana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya sudah tiada.



Ditanya mengapa tidak ke sekolah walaupun mampu menyebut beberapa perkataan Inggeris dengan baik, kanak-kanak itu menjawab, “Jika saya ke sekolah macam mana saya nak cari duit untuk makan?”

Ini bermakna, kanak-kanak sepertinya bukanlah mahu bekerja susah-susah begitu tetapi desakan hidup membuatkan mereka terpaksa mengerah keringat yang tak seberapa demi keluarga.

Justeru di akhir video Varun menitipkan pesanan:

“Sebelum menghakimi buruh kanak-kanak ini sedangkan anda duduk di atas kerusi selesa, bolehkah anda jawab soalannya ‘jika saya ke sekolah, macam mana saya nak cari duit untuk makan?””

Dianggarkan terdapat kira-kira 60 juta buruh kanak-kanak di India.

Kami mohon anda sebarkan video ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 20-2-2015 10:52 AM
Mata aku masuk habukkk......
Quote Decaffeinated 20-2-2015 10:56 AM
kalau kat malaysia agak2 video apa yg sesuai...

Quote Modngengade 20-2-2015 10:58 AM
Scenarion yg biasa kt india
Quote znuyul 20-2-2015 11:02 AM
so sad...
Quote EJALTI 20-2-2015 11:04 AM
Masa beratur tuh, adik tuh macam senyum jerk all the time......nampak sungguh happy....

Then, siap suruh brader tuh makan lagik.....then ingat nak tapau untuk adik......jika dia dapat pendidikan secukupnya, mungkin akan jadi sorang yg berilmu dgn nilai empati yg bagus....
Quote zorrro_03 20-2-2015 11:07 AM
  kalaulah kekayaan atau khazanah dunia diagih secara rata.  Dan tiada peperangan.
Quote dubuk 20-2-2015 11:16 AM
woiiii sedihhh!!!
Quote helmiex 20-2-2015 11:23 AM
Bagus ada video macam ni, beri kesedaran sikit kat orang malaysia.








Quote noor2 20-2-2015 11:26 AM
Baca cerita pun dah sebak rasa...x sanggup tengok bidio
Quote elmen 20-2-2015 11:32 AM
sedihnyeeeee
Quote eizzlin 20-2-2015 11:33 AM
Sedihnya...dibandingkan dgn anak2 aku kejernye mengumpul my little pony dgn barbie...bz dgn piano taekwondo art class...insaf sekejap...
Quote yayaji 20-2-2015 11:46 AM
oh my!! last scene masa dia senyum dpt duit...mesti fikir beli makanan sedap utk mak ngan adik dia...
dulu kat tempat keja lama, kami buat jamuan hari raya utk anak2 yatim (nama rumah anak yatim tu tak ingat..). semua seronok makan, main menu nasi tomato ngan ayam masak merah + lain2..ada srg budak pompuan ni, dlm 6/7 yrs old, tengok je tp tak makan..kami tanya napa adik tak makan, sedap ni...dia jawab dia dok teringat adik ngan nenek kat kampung tak dapat rasa makanan ni mcm dia sbb tak mampu...adoiii
Quote MissNigga 20-2-2015 11:48 AM
... reality in real world ....

sad but true ....
Quote ifanonline 20-2-2015 11:53 AM
harsh reality in the world where wealth is controlled by satanic human
Quote jfq 20-2-2015 11:53 AM
Should the boy follow the stranger?
(Related to the other thread yg anak sket lg nak kena colek)
Quote stania83 20-2-2015 12:18 PM
Budak mcm ni bila dah besar selalunya jadi tak guna dan jahat
Quote harimau76 20-2-2015 01:13 PM
sedih.. kuar gak air mata.. nak bg anak2 tgk video ni.. syukur la dgn nikmat yg ada....
Quote 1lelaki 20-2-2015 02:16 PM
takde 'kekuatan' tenguk video ni baca komenpun dah sebak..
Quote Acong 20-2-2015 02:27 PM








Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.266944 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top