PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila dibawa menikmati hidangan di restoran makanan segera McDonalds buat kali pertama.
Walaupun tak dapat sembunyi keseronokan, ternyata kemiskinan telah mengajar kanak-kanak itu erti tanggungjawab apabila memberitahu, dia mahu membawa pulang sedikit makanan tersebut untuk adiknya di rumah.
Dia menyatakan terpaksa bekerja menjaja barangan di kali lima kerana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya sudah tiada.
Ditanya mengapa tidak ke sekolah walaupun mampu menyebut beberapa perkataan Inggeris dengan baik, kanak-kanak itu menjawab, “Jika saya ke sekolah macam mana saya nak cari duit untuk makan?”
Ini bermakna, kanak-kanak sepertinya bukanlah mahu bekerja susah-susah begitu tetapi desakan hidup membuatkan mereka terpaksa mengerah keringat yang tak seberapa demi keluarga.
Justeru di akhir video Varun menitipkan pesanan:
“Sebelum menghakimi buruh kanak-kanak ini sedangkan anda duduk di atas kerusi selesa, bolehkah anda jawab soalannya ‘jika saya ke sekolah, macam mana saya nak cari duit untuk makan?””
Dianggarkan terdapat kira-kira 60 juta buruh kanak-kanak di India.
Kami mohon anda sebarkan video ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut.
Post time 20-2-2015 11:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa beratur tuh, adik tuh macam senyum jerk all the time......nampak sungguh happy....
Then, siap suruh brader tuh makan lagik.....then ingat nak tapau untuk adik......jika dia dapat pendidikan secukupnya, mungkin akan jadi sorang yg berilmu dgn nilai empati yg bagus....
oh my!! last scene masa dia senyum dpt duit...mesti fikir beli makanan sedap utk mak ngan adik dia...
dulu kat tempat keja lama, kami buat jamuan hari raya utk anak2 yatim (nama rumah anak yatim tu tak ingat..). semua seronok makan, main menu nasi tomato ngan ayam masak merah + lain2..ada srg budak pompuan ni, dlm 6/7 yrs old, tengok je tp tak makan..kami tanya napa adik tak makan, sedap ni...dia jawab dia dok teringat adik ngan nenek kat kampung tak dapat rasa makanan ni mcm dia sbb tak mampu...adoiii