Oleh Fyruz Hanna Antara ramai pasangan yang berjumpa dengan saya pada bulan Dis tahun lepas, terdapat 3 pasangan yang mana suami mereka bukan sahaja tidak banyak mempedulikan masalah ketaksuburan bahkan serahkan segala tanggungjawab dan bebanan kepada isterinya.
Walaupun suami mereka sudi menemani isteri untuk meminta bantuan daripada saya, tetapi bersikap acuh tak acuh dan tidak bekerjasama semasa pertanyaan sepertimana semua masalah ketaksuburan adalah punca daripada isteri. Dalam zaman yang bertamadun sekarang, orang ramai sudah relatif umumnya berfikiran lapang dan matang. Tetapi alangkah terperanjat saya apabila mengambil tahu suami yang begitu berfikiran kolot. Mereka tidak mahu membuat sebarang pemeriksaan asas seperti ujian analisa air mani. Lagipun, mereka akan mengendahkan laporan ujian atau peratusan kejayaan dalam usaha kehamilan. Selepas saya mendiagnosis laporan ujian analisa air mani mereka, sekali lagi membuktikan suatu penyata bahawa kehendak rawatan IVF dalam kualiti sperma adalah tidak tinggi. Jadi, kadar kejayaan rawatan IVF yang rendah adalah dalam jangkaan. Baik rawatan IVF mahupun hamil secara alami, peluang kehamilan adalah tipis dengan berpandukan kualiti sperma mereka. Setelah saya menganalisiskan laporan ujian analisa air mani, mereka bersikap menentang dan tidak ramah apabila saya tunjukkan masalah kualiti sperma adalah salah satu punca kepada masalah ketaksuburan. Sebagai seorang wanita, amatlah menjeruk hati apabila melihat sebilangan kaum wanita terpaksa menanggung bebanan peranakan dan menghadapi kesulitan keseorangan. Kerisauan bersarang di minda mereka tetapi tidak dapat mengatakan benar bahawa masalah ketaksuburan adalah berpunca daripada suami. Tidak boleh menyerah walaupun gagal hamil. Tidak berdaya kalau suami enggan menerima rawatan bersama. Justeru, sebagai isteri terpaksalah menjadi keseorangan dengan menghadapi segala rintangan dan mengusahakan diri dalam kehamilan padahal peluang adalah tipis. Sebagai contoh,isteri yang menjalankan segala prosedur IVF seperti menerima suntikan, mengalami kesan komplikasi malah dipersalahkan sekiranya rawatan menemui kegagalan. Penyeksaan bukan sahaja dialami dari segi kesihatan seperti mengalami kesan komplikasi malah dari segi mental. Kemurungan dan kegelisahan bertandang di hati mereka tetapi tidak dapat meluahkannya. Lagipun,secara lazimnya kesihatan badan seseorang wanita yang membuat rawatan IVF akan menjadi kian lemah, alangkah sedihnya kalau ketakselesaan dan kelemahan badan tidak diacuhkan oleh suami. Majoriti daripada kaum wanita akan mencari bantuan daripada saya demi memelihara kesihatan selepas menempuhi kegagalan dalam rawatan IVF. Segolongan daripada mereka bergigih dengan pendapat untuk menerima rawatan rapi walaupun dibantah oleh suami. (rawatan rapi dengan ubatan Cina memerlukan jangka masa yang agak panjang) Atas sebab itu, saya akan bertimbang untuk menerima atau menolak kes ini dengan berdasarkan beberapa unsur. Sekiranya suami mereka masih bersikap menentang, maka saya akan menolak kes ini sebab pertikaian akan berlaku kalau kedua-dua mereka tidak sefahaman dalam rawatan ini. Pertengkaran bukan sahaja menjejaskan hubungan sesama sendiri bahkan juga membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal. Selain daripada itu, sekiranya isteri menerima rawatan rapi bawahan tekanan besar akan memperlambatkan proses rawatan. Dalam tahun yang baru, saya harap agar semua isteri dapat memelihara kesihatan badan tanpa tekanan dan berjaya hamil melalui kaedah hamil alami, juga memperingatkan sebagai seorang suami janganlah membiarkan isteri menjadi keseorangan dalam menghadapi masalah kehamilan. Sebagai peringatan, kehamilan adalah tanggungjawab suami isteri bersama . Mempersama-samakan usaha dalam kehamilan dengan bergigih dan berkeyakinan, pastinya akan memberi hasil pada satu hari nanti. Untuk maklumat kesihatan kesuburan lanjut, sila layari: https://www.facebook.com/notes/l ... iri/881957958516055
|
6
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT