CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paras stress rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding purata global

19-2-2015 12:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4598| Komen: 9



Rakyat Malaysia mengalami kadar stres lebih tinggi iaitu 63 peratus berbanding purata global 53 peratus, sebahagian besarnya disebabkan kesesakan lalu lintas, prasarana teknologi maklumat yang tidak mencukupi, dan mesyuarat yang berlanjutan.

Menurut laporan terbaru Regus, kehidupan di pejabat tidak pernah menjadi lebih tertekan kepada rakyat Malaysia, dengan majoriti responden tempatan mengakui mereka telah lesu, berbanding lima tahun lepas.


Regus, penyedia ruang kerja global, beroperasi di lebih 2,000 lokasi seluruh dunia.

Bagaimanapun, ramai pekerja percaya satu cara untuk mengurangkan tekanan yang berkait dengan tuntutan kerja adalah mengambil cuti daripada pejabat utama - sekurang-kurangnya bagi beberapa tempoh.

Pengurus Negara (Malaysia) Regus Vijayakumar Tangarasan berkata walaupun kadar tekanan semakin bertambah di tempat kerja akibat daripada gabungan faktor, termasuk terikat dengan kerja pejabat dan mempunyai sumber rendah, pekerja di seluruh dunia bersetuju kerja yang fleksibel memberi lebih manfaat.

"Dengan peratusan ketara golongan perniagaan percaya pekerja fleksibel dan bebas menikmati keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, memberi pilihan bagi kerjaya fleksibel membantu mengekalkan tenaga kerja produktif dan gembira," katanya dalam satu kenyataan.

Laporan itu juga menunjukkan 22 peratus responden rakyat Malaysia mendapati berjalan sekejap menjadi pereda stres yang baik.

Selain itu, bekerja jauh daripada pejabat utama dari masa ke semasa pada masa kini dilihat sebagai faktor utama untuk mencapai keseimbangan kehidupan-kerjaya lebih baik dengan 69 peratus responden percaya pekerja yang fleksibel adalah lebih baik.

Pengalaman mereka yang bernasib baik mendapat aturan kerja yang anjal menyokong dapatan kajian iaitu satu daripada tujuh orang mengatakan mereka lebih gembira pada masa kini, kerana bekerja di luar pejabat utama bagi tempoh beberapa masa.

Kajian ini turut mendapati pekerja bebas juga lebih santai dengan 69 peratus mereka yang ditanya juga berpendapat pekerja bebas, dengan kebebasan memilih lokasi dan masa mereka, mengalami kurang stres berbanding pekerja biasa.-- BERNAMA

1

Bagus
4

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 19-2-2015 07:59 AM
Betui ke stress sebab kerja semata...
Quote Knowlee 19-2-2015 10:25 AM
Antara punca stress kat tempat kerja: bos malas tapi bajet pandai, suruh pegawai buat mcm2 kerja tp takde fokus, at last hasil apa pun takdak, duit peruntukan habis guna tp hasil takde. Yg kena jawab, staf jugak. Pastu asal ada masalah, dibesarkan sampai timbul 10 lagi masalah yg takde kaitan dgn masalah utama. Mcm mana org camni bleh naik pangkat pun taktau la.
Quote stilla 19-2-2015 10:31 AM
noor2 replied at 19-2-2015 07:59 AM
Betui ke stress sebab kerja semata...

Bukan keja aje, dari rega barangan ke minyak petrol
ke semua benda yg stress. Balik rumah anak pulak buat perangai.
Silap hari sedara-mara pulak berdrama minggu nie tak habis2.
Quote Sunshine81 19-2-2015 12:14 PM
yg berhutang dgn kots maut jg penyebab stress pantau2 kan la peniagaan cam ni dah la nak beli barang bagi bunga tinggi2 bak along tagih utang pun mcm along letak bunga tinggi2.
Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:21 PM
stress sebab forum...thread asik kena katup ngan momod macam naseb @lavapuma

tapi bila bab thread hutang momod bukan main backup momod..nampak smthg kan
Quote AMDTurion 19-2-2015 12:35 PM
Paling stress bila penjawat awam naik gaji bermaksud harga brg juga akan naik. Kesian pada pekerja swasta yg cuma harapkan bonus. Kalo nak harapkan kenaikkan biasa setakat berapa hinggit. Itu pun selepas beberapa tahun x naik.
Quote HOHA 19-2-2015 12:36 PM
Rakyat tengah berduka nestapa.. memang la stress.
Quote lav10 23-2-2015 09:07 AM
kesesakan lalulintas..x perlu kot hon mcm apa n berlagak mcm samseng jalanan.bertimbang rasa lg baik.
Quote little_sis 23-2-2015 09:11 AM
stress sebab traffic jem, perangai driver......
stress sebab rega barang mahal.. barang keperluan lak tu..
stress sebab kenaikan gaji tahunan x cukup nk cover BLR loan umah yg meningkat...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061151 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top