View: 2166|Reply: 9
|
[Tempatan]
Paras stress rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding purata global
[Copy link]
|
|

Rakyat Malaysia mengalami kadar stres lebih tinggi iaitu 63 peratus berbanding purata global 53 peratus, sebahagian besarnya disebabkan kesesakan lalu lintas, prasarana teknologi maklumat yang tidak mencukupi, dan mesyuarat yang berlanjutan.
Menurut laporan terbaru Regus, kehidupan di pejabat tidak pernah menjadi lebih tertekan kepada rakyat Malaysia, dengan majoriti responden tempatan mengakui mereka telah lesu, berbanding lima tahun lepas.
Regus, penyedia ruang kerja global, beroperasi di lebih 2,000 lokasi seluruh dunia.
Bagaimanapun, ramai pekerja percaya satu cara untuk mengurangkan tekanan yang berkait dengan tuntutan kerja adalah mengambil cuti daripada pejabat utama - sekurang-kurangnya bagi beberapa tempoh.
Pengurus Negara (Malaysia) Regus Vijayakumar Tangarasan berkata walaupun kadar tekanan semakin bertambah di tempat kerja akibat daripada gabungan faktor, termasuk terikat dengan kerja pejabat dan mempunyai sumber rendah, pekerja di seluruh dunia bersetuju kerja yang fleksibel memberi lebih manfaat.
"Dengan peratusan ketara golongan perniagaan percaya pekerja fleksibel dan bebas menikmati keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, memberi pilihan bagi kerjaya fleksibel membantu mengekalkan tenaga kerja produktif dan gembira," katanya dalam satu kenyataan.
Laporan itu juga menunjukkan 22 peratus responden rakyat Malaysia mendapati berjalan sekejap menjadi pereda stres yang baik.
Selain itu, bekerja jauh daripada pejabat utama dari masa ke semasa pada masa kini dilihat sebagai faktor utama untuk mencapai keseimbangan kehidupan-kerjaya lebih baik dengan 69 peratus responden percaya pekerja yang fleksibel adalah lebih baik.
Pengalaman mereka yang bernasib baik mendapat aturan kerja yang anjal menyokong dapatan kajian iaitu satu daripada tujuh orang mengatakan mereka lebih gembira pada masa kini, kerana bekerja di luar pejabat utama bagi tempoh beberapa masa.
Kajian ini turut mendapati pekerja bebas juga lebih santai dengan 69 peratus mereka yang ditanya juga berpendapat pekerja bebas, dengan kebebasan memilih lokasi dan masa mereka, mengalami kurang stres berbanding pekerja biasa.-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Betui ke stress sebab kerja semata... |
|
|
|
|
|
|
|
Antara punca stress kat tempat kerja: bos malas tapi bajet pandai, suruh pegawai buat mcm2 kerja tp takde fokus, at last hasil apa pun takdak, duit peruntukan habis guna tp hasil takde. Yg kena jawab, staf jugak. Pastu asal ada masalah, dibesarkan sampai timbul 10 lagi masalah yg takde kaitan dgn masalah utama. Mcm mana org camni bleh naik pangkat pun taktau la. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan keja aje, dari rega barangan ke minyak petrol
ke semua benda yg stress. Balik rumah anak pulak buat perangai.
Silap hari sedara-mara pulak berdrama minggu nie tak habis2.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg berhutang dgn kots maut jg penyebab stress pantau2 kan la peniagaan cam ni dah la nak beli barang bagi bunga tinggi2 bak along tagih utang pun mcm along letak bunga tinggi2.  |
|
|
|
|
|
|
|
stress sebab forum...thread asik kena katup ngan momod macam naseb @lavapuma 
tapi bila bab thread hutang momod bukan main backup momod..nampak smthg kan |
|
|
|
|
|
|
|
Paling stress bila penjawat awam naik gaji bermaksud harga brg juga akan naik. Kesian pada pekerja swasta yg cuma harapkan bonus. Kalo nak harapkan kenaikkan biasa setakat berapa hinggit. Itu pun selepas beberapa tahun x naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat tengah berduka nestapa.. memang la stress. |
|
|
|
|
|
|
|
kesesakan lalulintas..x perlu kot hon mcm apa n berlagak mcm samseng jalanan.bertimbang rasa lg baik. |
|
|
|
|
|
|
|
stress sebab traffic jem, perangai driver......
stress sebab rega barang mahal.. barang keperluan lak tu..
stress sebab kenaikan gaji tahunan x cukup nk cover BLR loan umah yg meningkat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|