CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki pergi memancing dapat labi-labi gergasi 100kg

19-2-2015 12:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 11182| Komen: 20



MUKAH – Misteri kemunculan seekor labi-labi gergasi yang sering dilihat di sungai Kampung Pangtray, Daro dekat sini sejak kebelakangan ini akhirnya terungkai selepas spesies amfibia itu berjaya ditangkap oleh seorang penduduk kelmarin.

Labi-labi seberat lebih 100 kilogram (kg) dan sepanjang kira-kira 0.5 meter itu ditangkap oleh kaki pancing yang ingin dikenali sebagai Pak Naq, 50, pada pukul 11 pagi.

Pak Naq berkata, dia tidak menyangka rutin hariannya keluar ke sungai mencari rezeki membuahkan hasil lumayan apabila haiwan tersebut memakan umpan udang yang dipasang pada mata kail.

Katanya, seperti biasa, dia keluar memancing seorang diri dengan perahu miliknya sebelum melabuhkan jorannya di hulu sungai yang terletak kira-kira 1km dari kampungnya.

“Tiba-tiba tali joran saya disentap kuat sehingga joran yang ada pada tangan saya hampir terlepas.

“Pada mulanya, saya menyangka ia merupakan seekor ikan besar, namun apabila diamati dari dekat, rupa-rupanya ia seekor labi-labi gergasi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menceritakan lanjut, Pak Naq memberitahu, labi-labi gergasi itu amat sukar untuk dijinakkan, malah beberapa kali menarik perahunya ke tengah sungai.

“Dengan sepenuh kudrat yang ada, saya terpaksa ‘bertarung’ selama lebih sejam untuk mendaratkan labi-labi ini sebelum menewaskan dan mengangkatnya ke atas perahu.

“Sebelum ini, saya pernah mendaratkan ikan tapah seberat antara 10 hingga 20kg di sungai ini, namun tangkapan kali ini amat mengejutkan dan menggemparkan penduduk setempat,” ujarnya.

Pak Naq berkata, buat masa ini, dia belum bercadang untuk menjual amfibia yang masih hidup itu dan mahu memeliharanya.

“Labi-labi ini boleh dijual pada harga mencecah RM2,000 berdasarkan beratnya jika mengikut harga pasaran,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, seorang nelayan di Kampung Melango Lama di Saratok juga berjaya memancing seekor ikan labang seberat 18.1kg di Sungai Krian.

Hasil tangkapannya itu dijual pada harga RM1,100 seekor kepada seorang peniaga di Pasar Basah Saratok.

10

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 19-2-2015 08:27 AM
Mana kumpulan perlindungan haiwan? Atau perhilitan? Bukan ke labi2 ni spesis terancam ke?
Quote BigPanther 19-2-2015 08:46 AM
nasib baik jauh
kalau dekat aku offer dah pak cik  ni
banyak khasiat ooo labi labi ni
Quote DARSITA 19-2-2015 08:53 AM
Lepaskan lah ..
Quote famri7 19-2-2015 08:58 AM
Set2 pelahap animisme musti kata ini adalah jelmaan tuhan air..

Kalo ummah suchi tangkap pula mesti mureka claimed pelbagai cerita mistik sewaktu menaikkan mnate nih..laung azan pelbagai..
Quote dubuk 19-2-2015 09:04 AM
jangan bunuh labi labi itu!
Quote garyura 19-2-2015 09:30 AM
jual kat restoren cina la....dulu kalau yg kecik sekor rm15
Quote cmf_Kimmy 19-2-2015 10:07 AM
kesian dia...lepaskanlah. Kalau dpt kat china dah jadi lauk ni.
Quote ntohapehapentoh 19-2-2015 10:08 AM
lepaskan laa... banyak lagi makanan yang boleh dimakan dan berkhasiat... selera b*b* kalu gini, semua tibai
Quote Knowlee 19-2-2015 10:09 AM
Lepaskanlah dia. Dah la spesis camni terancam. Manusia ni mmg suka memusnahkan. :
Quote AMDTurion 19-2-2015 01:15 PM
Kasianlahhhhhhhh si labi2 ituuuuuuuuu....
Quote ninja boy 19-2-2015 01:25 PM
kesian, haiwan pupus dilahap manusia tanpa membiakkan anak2
Quote batmana 19-2-2015 01:27 PM
kesian labi..

teringat cite labu labi
Quote imransulaiman 19-2-2015 11:47 PM
Halal dimakan ke labi-labi ni?
Quote Artemesiaa 19-2-2015 11:55 PM
Mak aiii besarnya dah macam coffee table
Quote highcastle 20-2-2015 12:00 AM
Dapat dek cina, makan besarlah dia org........
Quote FOTHER-MUCKER 20-2-2015 12:10 AM
kasi lepas semula ke habitat asal dia lah. orang asia memang susah nak hargai benda macam ni.
Quote luvpierre 20-2-2015 12:57 AM
cumelnya dia
cukup wat lauk utk setahun lol
lps jelah dia, sian dia
Quote dani-rox 20-2-2015 01:06 AM
harap ia dilepaskan... jgn jadi mcm hewan nih. setiap kali ai ulang alik btu-miri dan singgah kat food court batu niah, memang ai akan pi tengok dragon king tortoise dlm akuarium... w/pon diberi makan tapi sekeliling hanya air. kalo manusia, termenung je lah kan. terperangkap dlm tu entah sampai bila. kesian sangat k.


source
Quote CrowneGlory 20-2-2015 01:13 AM
Bertahun2 dia hidup sampai besar tu...harga 2k je.. Kesian

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.106376 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top