LadyLista - Di switzerland dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi, satu teknologi baru kanta lekap dengan kecanggihan untuk 'zoom' pada imej yang dilihat. Canggih bukan, dengan hanya kenyit mata, imej yang dilihat dapat didekatkan. Mula dikeluarkan pada 2013, prototaip tersebut dikeluarkan oleh Eric Tremblay dari Ecole Polytechnique Federale de Lausanne (EPFL). Kanta lekap itu datang dengan lapisan yang mampu memberi tindak balas pada kenyitan si pemakai.Harus diingat ia memberi tindak balas pada kenyitan bukan pada kelipan mata. Si pemakai hanya perlu mengenyitkan mata kanan untuk aktifkan teleskop dan secara automatiknya mata kiri dinyah aktifkan. "Kami merasakan kanta lekap ini mampu membantu mereka yang kurang daya penglihatan dan membantu mereka yang telah berusia yang terjejas penglihatan," kata Tremblay.
|
ADVERTISEMENT