CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung

16-2-2015 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9934| Komen: 22

Description: “Peti Surat Ini Pasti Akan Menjadi Tarikan Baharu Untuk Pelancong Di Mana Mereka Boleh Memperingati Pendakian Bersejarah Mereka Dengan Menghantar Surat Dan Poskad Pada Ketinggian 3,270 Meter,” Kata ...
Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung


KOTA KINABALU – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan peti surat yang ke-3,110 di altitud tertinggi di Malaysia iaitu di Pendant Hut di sini semalam.

Pemasangan peti surat itu sekali gus tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR) kerana ia terletak pada aras 3,289 meter di atas paras laut.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Pendant Hut boleh ditemui melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu.

“Pos Malaysia berharap inisiatif ini akan meningkatkan lagi populariti Gunung Kinabalu di mata dunia.

“Peti surat ini pasti akan menjadi tarikan baharu untuk pelancong di mana mereka boleh memperingati pendakian bersejarah mereka dengan menghantar surat dan poskad pada ketinggian 3,270 meter,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, seorang posmen akan ditugaskan untuk memungut surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari pada setiap hari bekerja.

“Semua surat dan poskad yang dipungut akan dikumpulkan oleh sebuah van Pos Malaysia yang berulang-alik dari pejabat Mountain Torq, sebuah ejen berlesen Pos Malaysia pada pukul 10 pagi hari berikutnya untuk diproses di Pejabat Pos Ranau,” jelas kenyataan itu.

7

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 16-2-2015 08:36 AM
Mencabarnya kerja posmen tu nanti...
Quote whadda 16-2-2015 08:52 AM
cam kesian pulak posmen yg bertugas tu nanti mendaki 4-6 jam...
Quote nordayu 16-2-2015 08:53 AM
teruskan perjalanan sehingga pendakian terakhir
Quote zameyla 16-2-2015 08:55 AM
tak pun posmen kirim jer...sapa2 yang nak turun, tolong bw turun surat2 sat....
Quote jengkoil 16-2-2015 08:56 AM
Semata mata nak book record. .
Quote liyamariska 16-2-2015 08:58 AM
ai cam rasa porter gunung kinabalu yg bawak turun surat2 nanti... sbb diorg dah biasa dgn laluan turun naik ke gunung kinabalu dgn cepat...
Quote bby2124 16-2-2015 09:00 AM
aku rasa dia gajikan orang y biasa naik/turun gunung ini.
Quote fifie_olin 16-2-2015 09:01 AM
ntah2 x pakai pon
Quote lil_honey 16-2-2015 09:09 AM
last2 jadi tong sampah je nnt...
kutipan mesti sebulan sekali..
calon mesti mempunyai perwatakan hikers.
Quote batusembilan 16-2-2015 09:11 AM
pos letak situ mesti la ada fungsi nya......
Quote MissMamamia75 16-2-2015 09:17 AM
mencabarnya kerja posmen yg kena kutip smua surat2 itu smua..
mesti mental & fizikal nya kena kuat..
badan sado...slim..stamina tip top..

kalu dipikir dr segi kesihatan..
ini akan menggalakkan abg2 Posmen sentiasa jaga kesihatan..
sbb anytime akan ditugaskan ke sana...
lagi se...kalu ditugaskan kutip surat..
xyah round satu bandar..
just naik & turun gunung..settle dah keja utk hari itu..
**POS Malaysia mesti elaun tip top gak**

Quote epis 16-2-2015 09:20 AM
rindunya nak hiking kinabalu~~~~ tapi saya rasa kinabalu tu dah cukup femes dah seantero dunia, tak perlu letak tong pos camni pon.... masa saya hiking dulu, mostly pelancong asing yang hiking juga...
Quote kejoraria 16-2-2015 09:22 AM
whadda replied at 16-2-2015 08:52 AM
cam kesian pulak posmen yg bertugas tu nanti mendaki 4-6 jam...

maybe dia dtg naik heli kot
Quote gupinter87 16-2-2015 09:22 AM
siapa lah nak jadi posmen tu
Quote Tok_Batin 16-2-2015 09:27 AM
Edited by Tok_Batin at 16-2-2015 09:29 AM

Posmennya? Mungkin gunakan khidmat beratus ratus porter Dusun tempatan yang turun naik Gunung Kinabalu setiap hari kot... angkut barang ke penginapan Laban Rata tu











Quote matahari7001 16-2-2015 09:29 AM
"Menurut kenyataan itu, seorang posmen akan ditugaskan untuk memungut surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari pada setiap hari bekerja."
hehe ntah2 hari bekerja pungut surat kt situ sebulan sekali huhu.. jadi perkasam leteww nnt huhu
Quote design_ninja 16-2-2015 09:29 AM
best jugak idea tu kan?
Quote boyagombak 16-2-2015 09:38 AM
kuat & tahan lasak betul porter2 dayak tu. macam porter Nepal di Everest.
Takat kendong omputeh tu, senyum ja
Quote faraway1 16-2-2015 09:41 AM
boyagombak replied at 15-2-2015 08:38 PM
kuat & tahan lasak betul porter2 dayak tu. macam porter Nepal di Everest.
Takat kendong omputeh tu, ...

me pernah cuba pikul bakul yang porter kat nepal tu bawak,
nak terjatuh ke belakang dibuatnya, berat gila,,, tapi mamat yang tuan punya bakul
tu siap boleh berlari lari lagi sambil pikul bakul tu..

dah biasa gitu..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.077694 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top