CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rusia Kekalkan Larangan Berhijab

16-2-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5091| Komen: 21

Description: Mereka Menegaskan Larangan Memakai Hijab Di Sekolah Adalah Bercanggah Dengan Perlembagaan Dalam Kebebasan Hati Nurani.
Rusia Kekalkan Larangan Berhijab



MOSCOW - RUSIA . Mahkamah Agung Rusia mengekalkan larangan berhijab untuk pelajar perempuan beragama Islam di sekolah di seluruh Republik Mordovia.
       
Menurut laporan agensi berita RT, pengharaman pemakaian hijab telah mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam dan ulama di peringkat serantau dan persekutuan.
Mereka menegaskan larangan memakai hijab di sekolah adalah bercanggah dengan perlembagaan dalam kebebasan hati nurani.
       
Susulan daripada itu, pemimpin Islam Mordovia, Fagim Shafiyev membuat surat rayuan kepada pendakwa raya Rusia, menuntut agar keputusan itu ditarik balik.
       
Sementara itu, Mufti Besar Sheikh Ravil Gainutdin turut mengemukakan surat kepada Presiden Vladimir Putin, menggesa beliau untuk menyokong hak wanita Islam terhadap pemakaian hijab di sekolah dan universiti.
       
Bagaimanapun, kerajaan Mordovia bukan sahaja mengharamkan hijab, tetapi juga apa sahaja paparan jelas yang menggambarkan agama seseorang itu. 

7

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 14-2-2015 09:13 AM
Cantiknya wanita wanita dlm gambar tu..vladimir tu non muslim mungkin dia tak phm...takpelah..bertabahla muslim muslimat rusia...kalau tak silap ai rusia ni bilangan muslim semakin bertambah bukan dari golongan muslim yg migrate dari negara luar tp org local rusia tu sendiri yg ramai menerima islam...ai tgk rancangan syahadah sepanjang bulan puasa..kalau salah maklumat ampun maaf ya..
Quote sepitsiput 14-2-2015 09:21 AM
X silap meols dulu2 zaman komunis soviet mmg xde pun larangan org islam nk beragama... time tu atheist je dah 60% .. islam dlm 15%.... lps 1991 diorg berpecah... wilayah majoriti muslim byk dah merdeka....tinggal beberapa ketul je lg.

La ni meols x sure atheist tu balik kristian ke camne..
Quote magnus 14-2-2015 09:25 AM
sepitsiput replied at 14-2-2015 09:21 AM
X silap meols dulu2 zaman komunis soviet mmg xde pun larangan org islam nk beragama... time tu athei ...

Skrg pun ok rasanya kebebasan beragama di rusia...larangan berhijab ni melibatkan pelajar sekolah je kan?...harapnya akan ok lps ni...
Quote sepitsiput 14-2-2015 09:41 AM
magnus replied at 14-2-2015 09:25 AM
Skrg pun ok rasanya kebebasan beragama di rusia...larangan berhijab ni melibatkan pelajar sekolah  ...

Klu kt sekolah maknanya peraturan uniform la tu... kt mlysia anak2 singh boleh pakai turban kan? Tp anak islam yg berangan arab xleh pakai kopiah...pakai songkok xpe.
Quote AbukRokok 14-2-2015 10:00 AM
so lpas ni boikot rusia
Quote taikor 14-2-2015 10:15 AM
sememangnya tempat pembelajaran itu patut dijadikan tempat sekular, bukan tempat pelajar2 nya tunjuk betapa religious antara satu sama lain
Quote Decaffeinated 14-2-2015 10:23 AM

Bagaimanapun, kerajaan Mordovia bukan sahaja mengharamkan hijab, tetapi juga apa sahaja paparan jelas yang menggambarkan agama seseorang itu.

ini yang aku cakap banyak kali.

dorang akan rasa pelik kalau muslim bawak keluar hujah aurat. Dorang akan kata macamlah lelaki Russia tu semua fetish rambut wanita (memang ada species ni...)

Yang mereka isukan ialah pernyataan agama.




Quote Fieza-mira 14-2-2015 10:36 AM
Dalam kes nih mana lebih utama? Nak utamakan mengejar ilmu ker atau nak utamakan hijab?

Kalau utamakan ilmu, kena lepaskan hijab tapi jadilah orang yang berilmu dan lebih arif hukum Allah tapi kalau kalau utamakan hijab lepaskan ilmu dan jadilah orang yang berbungkus tapi jahil hukum Allah macam pompuan2 Taliban.
Quote ajinomotonosuga 14-2-2015 10:44 AM
ni akibat bila pakaian di katikan dengan agama

sedangkan kalo ikut islam pakaian terbaik ialah takwa

sekadar pakai tudung di kepala or scarf tu seme pada aku merely keharusan kaedah fashion wanita jek

hanya cilaka nya bila ramai oang islam kaitkan ianya pada syariat agama..di dakwa bahwa Allah dan rasulNYA suruh pakai macam tuh !!

ini pembohongan pasca milinium akibat zaman informasi dan islamic revivalism cap sadin or instant noodles

gara2 repablik islam iran..punca nya SYIAH gak,  syiah miskin asal nya, so nak grab power tadok modal maka AGAMA ialah modal terbaik

sunni tu jahat mewah lupa diri ikut lalai tak ikut syariat, ikut kapir nya stail..kami syiah islam tulin, ikut nabi dan koge dia, kami ahli bait , so kami patut jadi reps oang islam sedunia , dan paling utama kami selalu benar dan cuma yang benar dalam islam..selain kami adalah batil dan halal darah nya

so bergasak beratus2 taun sunni syiah , masing2 nak jadi ketua dunia dan orang islam lebih 1 biliun ramai nya

sapa jadi mangsa? tu haaa cantik manis russia..ciannnn depa..tak pa, kuota abang aji ada ompekkkkk lai haaa
Quote Fieza-mira 14-2-2015 10:55 AM
Edited by Fieza-mira at 14-2-2015 11:11 AM

Kalau nak jadi orang Islam yang cerdik kena tahu top priorty dalam Islam. Hijab bukan top priorty dalam Islam.

Antara berhijab dengan nyawa, nyawa lebih utama. Contoh: rumah terbakar, pastu nak lari dulu ker nak bungkus kepala dulu baru lari keluar. Kalau sibuk cari tudung nak bungkus kepala baru nak lari keluar pastu tak sempat dan mati terbakar. Ni, namanya mati sia2 takdenya mati syahid sebab pertahankan hijab. Takdenya Allah nak balas surga ker apa sebab bodoh tak tahu mana lebih utama.

Antara hijab dengan ilmu, ilmu lebih utama. Tak pernah dengar pulak hadis ker ayat Quran ker suruh utamakan bungkus kepala atau biar jadi bodoh tapi kepala mesti berbungkus nanti Allah bagi ganjaran syurga.
Kalau kita tinggal dalam satu negara tu yang mana undang2 dia melarang wanita bungkus kepala mana yang mesti kita ikut? Top priorty, taat kepada undang2 negara tu. Dalam Islam pun suruh taat kepada pemerintah selama pemerintah tak menzalimi. Setakat larang pakai tudung bukan suruh berbogel. Kalau tak suka jangan duduk negara tu, sila berhijrah.....cari negara yang serasi dengan selera kamu.


Quote leahsphinx 14-2-2015 11:30 AM
Ntahla korang ni. Xhabis2 isu pakai tudung.

Sudah jelas lagi bersuluh.
Ilmu dan amal selaras.
Sesuaikan keadaan dan masa. Cari ruang yg selesa.
Pening kepala baca perbahalan kosong macam ni. Kenapa masih kusut lagi ni. Betul kata @fieza-mira. Yang cari pasal nak duduk menetap dan belajar kat negara yg xsuke tengok kita pakai tudung, pegilah negara yang korang rasa selesa mengamalkan budaya Islam. Masih suka menyusahkan diri menangis berdemo bagai. Biarpun tanah air tempat lahir korang di negara yg benci Islam, hijrah jelah... Nabi kita dah ajar kita berhijrah kan...Dah cari pasal, lepas tu cari perhatian mintak dibela. Bumi kan luas, apa yg susah sangat ni nk cari negara yg warm hearted  terima Islam...huhu....
Quote AYAKAISHI_AYASY 15-2-2015 01:00 AM
Fast Fact untuk korang..
Republic Mordovia tu adalah salah satu wilayah yang kecil jew di Russia..
N even di Republic Kecil tu agama Islam masih lagi tersangatlah rare..
Quote akubest 15-2-2015 01:20 AM
ha ah rasanya tu satu tempat jek kann...

baru2 ni aku pegi consulate general russia....nak apply visa masuk russia....
saspen gak kann.....muslim nihhh ntah di bagi ntah idak nak masuk..nak nak aku nak travel sorang....

tapi bila sampai sana...dia ada dua line...satu russia citizen....satu lagi non citizen....so aku tengok ada jek minah russia citizen yg pakai hijab..... santik banget mcm dlm gambo korang tepek tuler...

russia ni walopon aku tau quite a lot of muslim tp susah nak jumpa dlm gambo ke kat tempat aku nih pon byk russian tp tanah jumpa yg muslim....so bila nampak kat CG tu ada yg berhijab macam tenang hati sikit...
Quote annehuda 15-2-2015 01:28 AM
kalau kt china, org islam diharamkan berpuasa. baru2 ni aku terbaca kt reddit 'imam-imam di china tu dipaksa pagi2 kene baca slogan rezeki tu bukan tuhan yg kasi' kt reddit. kalau kt china tu lg kesian, sbb mmg diorg dah mmg asal situ kot. nk pindah pi mana plak kalau gitu?
Quote melinda_kerr 15-2-2015 01:38 AM
leahsphinx replied at 14-2-2015 11:30 AM
Ntahla korang ni. Xhabis2 isu pakai tudung.

Sudah jelas lagi bersuluh.


Nk berhijrah bukan senang. Mostly muslims kt negara mcm tu adalah minoriti dan miskin. Nk berhijrah ke Malaysia atau arab country, betulke citizens negara tersebut ikhlas terima outsiders? Semakin byk outsiders kita ni sensitif terasa dijajah. Even bangladesh atau pakistan yg seagama pun kita dah bising2 dgn perangai diaorg.
Quote Fieza-mira 15-2-2015 10:41 AM
annehuda replied at 15-2-2015 01:28 AM
kalau kt china, org islam diharamkan berpuasa. baru2 ni aku terbaca kt reddit 'imam-imam di china tu ...

Kalau tak boleh berhijrah kenalah guna taktik lain iaitu penyamaran. Kalau umat Islam tu lemah, dijajah dan ditindas kat tempat sendiri sampai tak boleh praktikkan ajaran Islam secara terbuka, buat secara sembunyi2. Kat luar kita sama saja dengan mereka tapi dalaman kita lain. Kita jer yang tahu siapa kita. Tapi kena kuatkan dalaman kita dulu. Kena pasakkan ajaran tauhid tu dalam jiwa kita dulu dan anak2 kita baru boleh berjaya.

Macam sesumpah yang menyamar jadi tunggul kayu, daun kering dan lain2 utk survival dia. Orang sekeliling tak tahu ingtkan dia daun kering tapi dia tahu dia siapa. Walaupun dia menyamar jadi daun kering tapi dia bukan daun kering. Dia adalah sesumpah! Macam tulah juga kita kena buat bila berada dalam keadaan lemah dan ditindas. Bila dah kuat dan berada diatas barulah kita tunjukkan diri kita yang sebenar.
Quote flying_cow 15-2-2015 11:07 AM
ajinomotonosuga replied at 14-2-2015 10:44 AM
ni akibat bila pakaian di katikan dengan agama

sedangkan kalo ikut islam pakaian terbaik ialah ta ...

Tumpang tanya, abang aji ni Muslim ka?



Quote ajinomotonosuga 15-2-2015 04:10 PM
flying_cow replied at 15-2-2015 11:07 AM
Tumpang tanya, abang aji ni Muslim ka?

hari ini muslim tu bila agama islam je

sedangkan muslim sebenar nya people of abraham..pengikut2 nabi ibrahim

dari nabi ibrahim pecah pada nasrani yahudi dan islam

so muslem ni sebenonya terpakai untuk orang kristian dan orang yahudi gak.. the submitters, orang2 yang tunduk..depa ini di rujuk sebagai pengikut nabi ibrahim

kalo nak kata sesat, bukan nasrani dan yahudi je dah sesat..ORANG ISLAM PUN RAMAI DAH SESAT walo depa sanggup mati menafikan nya..

orang kristian berpecah dan cuma 1 golongan je benar, orang yahudi pun berpecah dan cuma 1 golongan gak yang benar dan orang islam akan berpecah malah telah berpecah pun dan cuma 1 golongan gak yang benar

dah jadi pun..orang islam dah ikut macam apa kristian dan yahudi buat, depa tak ikut kitab sebenar depa..depa ikut apa yang depa conteng2 dengan tangan depa sendiri, baik kristian mahu pun yahudi dan pekara ini telah pun di ikuti orang islam

tak caya? nabi sendiri mengadu kat tuhan, ada di cite dalam quran bab ni, nabi mengadu bahwa oang islam dah lupakan quran, ni masa nabi hidup nih

sebab kita dok baca media memana dok bebel moslem moslem islam islam moslem islam moslem islam..lama2 jadi sinonim , kalo moslem musti islam kalo islam tu tentu orang muslem..sangat2 tersasar

sepatutnya korang oang islam guna istilah orang MUKMIN yer lah walo ko jahat cam setan tapi tak per..BEGIN WITH END IN MIND. golongan mukmin

ketua orang2 mukmin, amirul mukmininnnn

depa dulu mana pakai istilah2 moslem moslem..korang kene kencing ngan puak iblis jekkkkk
Quote jetrofa 15-2-2015 04:20 PM
sepitsiput replied at 14-2-2015 09:41 AM
Klu kt sekolah maknanya peraturan uniform la tu... kt mlysia anak2 singh boleh pakai turban kan? T ...

anak singh tu sbb nak pelihara rambut theyol yang panjang tu kan...so haruslah dibungkus rapi
...kecik kecik bola hoki..sudah besar bola ragbi...giteww..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051491 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top