CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Shafee Percaya Anwar Bersalah, Berani Sumpah Di Mekah

16-2-2015 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17839| Komen: 170

Shafee Percaya Anwar Bersalah, Berani Sumpah Di Mekah


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Mingguan Malaysia, beliau yang mengetuai pendakwaan kes tersebut menafikan menganiayai Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan 3 tahun lalu.


"Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya dipetik akhbar milik Umno itu hari ini.

Shafee berkata demikian menjawab pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya “orang jahat” seperti yang didakwa beliau sendiri semasa di dalam mahkamah.

Kes Liwat II melibatkan Anwar yang bermula sejak 2008 menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Shafee berkata, beliau langsung tidak ada isu peribadi dengan Anwar dan hanya melaksanakan tugas yang diberikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, beliau tidak akan mengambil kes itu jika percaya Anwar dianiaya pihak tertentu.

"Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas.

"Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar bersalah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik," katanya.

Beliau juga berkata, Anwar sepatutnya berterima kasih kepada Gani kerana mendakwanya dibawah Seksyen 377B, dan bukannya 377C yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta rotan.

"Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan, kecuali kes 377C sebab kes itu serius.

"Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat, sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun.

"Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara," katanya.

Shafee juga mencadangkan Gani mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga kerana mengaitkan insitusi kehakiman dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Ambiga sepatutnya didakwa menghina mahkamah kerana menyabitkan mahkamah seolah-olah terlibat dalam sebahagian langkah BN mahu memenjarakan Anwar.

"Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," katanya.

Ambiga pada 13 Februari dilaporkan berkata, Shafee mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Anwar dan beliau terkejut kerana tiada peguam negara atau timbalan pendakwa raya membuat kenyataan seperti itu selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Responsnya dibuat terhadap Shafee yang mengeluarkan kenyataan 20 perenggan kepada media, mengkritik ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana memberi kenyataan dari kandang tertuduh, dan tidak mahu duduk di kandang saksi untuk disoal balas seperti Saiful.

Mengulas lanjut, Shafee berkata, Anwar penakut dan cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila hanya beri keterangan dari kandang tertuduh.

"Selalunya keterangan dari 'dock' ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya.

"Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi?

"Walhal subjek, Saiful ini, 7 hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat," katanya. 

10

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
5

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 15-2-2015 02:02 PM
X yah ckp byk gi je Sana bersumpah secara live

Biar semua nmpak n compom anwar bersalah

Jgn mcm tong kosong bunyik je kuat
Quote NAT_11 15-2-2015 02:18 PM
amiraira replied at 15-2-2015 02:02 PM
X yah ckp byk gi je Sana bersumpah secara live

Biar semua nmpak n compom anwar bersalah

Saiful dah pun bersumpah di Mekah, Anwar ADA.....................??????
Bercakap pun cuma kat doc,  bukan kat kandang saksi.
Apa nak takutkan, BERANI KERANA BENAR...................
Quote cemolot 15-2-2015 02:23 PM
kalau setakat sumpah, ramai penjenayah di dunia ni tak bersalah.. peace yo
Quote Anak_Nogori 15-2-2015 02:23 PM
Pasal tu ketum cukup takut bila syafee ni jd pendakwa raya..dia tahu..penjara sedang menunggu dia.
Quote jazaa 15-2-2015 02:26 PM
NAT_11 replied at 15-2-2015 02:18 PM
Saiful dah pun bersumpah di Mekah, Anwar ADA.....................??????
Bercakap pun cuma kat doc ...

Apa bala saiful dpt??..

tak de kan??.
Quote NAT_11 15-2-2015 02:26 PM
Anak_Nogori replied at 15-2-2015 02:23 PM
Pasal tu ketum cukup takut bila syafee ni jd pendakwa raya..dia tahu..penjara sedang menunggu dia.

Syafee ni kan dulu peguam Anwar kan.
Camna dia boleh jadi Pendakwa Raya.............?????
Quote FOTHER-MUCKER 15-2-2015 02:27 PM
Pada pendapat aku lah. Liwat tu sebenarnya terjadi. Tapi buat orang tak suka tu dengan cara kehakiman yang berat sebelah.

Mestilah sampai mati pun nuar takan mengaku. Dia ada family, pengikut dia hormat dan percaya dengan dia.

Benda macam ni banyak berlaku di kalangan orang orang yang di hormati, vvip tapi nasib mereka tak seperti anuar. Apa yang berlaku kat anuar adalah kerana politik dan iri hati.
Tapi ada Aku kisah? Tak ada.
Quote Anak_Nogori 15-2-2015 02:28 PM
NAT_11 replied at 15-2-2015 02:26 PM
Syafee ni kan dulu peguam Anwar kan.
Camna dia boleh jadi Pendakwa Raya.............?????

Seingat saya syafee ni tak pernah jd loyer ketum..zul kulum ye.
Quote peYno 15-2-2015 02:29 PM
Anak_Nogori replied at 15-2-2015 02:23 PM
Pasal tu ketum cukup takut bila syafee ni jd pendakwa raya..dia tahu..penjara sedang menunggu dia.

alahai

mayu islam cam safee ni dan melayu caprut agama pada nama ni mmg berani bersumpah waima dimekah.... melayu hanya tak berani sentuh anjing dan babi je

yg lain sume berani

kat melah tu bangsa lain selamba mencuri depan kaabah

hanya melayu tak pernah pi oberc je kagum dgn sumpah si kaabah ni
Quote Anak_Nogori 15-2-2015 02:33 PM
FOTHER-MUCKER replied at 15-2-2015 02:27 PM
Pada pendapat aku lah. Liwat tu sebenarnya terjadi. Tapi buat orang tak suka tu dengan cara kehakima ...

Pendapat saya plak...byk lagi kes liwat berlaku diluar sana...tapi krn tidak dihormati dan tidak dikenali, tidak pula berduit spt ketum..tak sapa pun kisah...tang ketum...punyalah kecoh sampai berlilin bagai minta obama campur tangan.

Apa pun...bukan jodoh ketum nak jd pm..tuhan tak benarkan seorang peliwat tegar memimpin malaysia.
Quote fazamania 15-2-2015 02:34 PM
Nabi ada cakap , orang yang kuat bersumpah ni adalah orang yang munafik
Quote NAT_11 15-2-2015 02:35 PM
jazaa replied at 15-2-2015 02:26 PM
Apa bala saiful dpt??..

tak de kan??.

Tula, Anwar patut berani bersumpah.Just show engkau tak bersalah. Wabillah SAYA tidak meliwat, tidak pernah meliwat
dan tidak akan meliwat. Saya benci liwat................

Lepas tu,  cakap kat kandang saksi  - Ini kes suka same suka, Yang ARIFF............
Bukan duduk kat doc, membebel pasal KONSPIRASI, topik dah ketinggalan zaman.



Quote Ferr_Remy 15-2-2015 02:38 PM
fazamania replied at 15-2-2015 02:34 PM
Nabi ada cakap , orang yang kuat bersumpah ni adalah orang yang munafik

Macai ameno sumpah menyumpah berpesah teda
Quote hzln 15-2-2015 02:48 PM
org lain yg masuk jel
org lain lak yg menggelupur x abih2
Quote Orange1 15-2-2015 02:48 PM
NAT_11 replied at 15-2-2015 02:26 PM
Syafee ni kan dulu peguam Anwar kan.
Camna dia boleh jadi Pendakwa Raya.............?????

Ye lah aku pun rasa dia peguam anwar dulu, sapa2 tau pencerahan plss.
Quote PEPPERMAN 15-2-2015 02:50 PM
kes da selesai, mahkamah da putuskan anwar bersalah dan dia pun da dapat bilik di sg buluh,
apa perlu mamat ni meroyan nak sumpah2 lagi?

shut up and moves on....
Quote mystica 15-2-2015 02:54 PM
NAT_11 replied at 15-2-2015 02:18 PM
Saiful dah pun bersumpah di Mekah, Anwar ADA.....................??????
Bercakap pun cuma kat doc ...

true. berani kerana benar.
Quote R2D2 15-2-2015 02:56 PM
cuba tgk mana2 pemimpin yg ada isu salah guna kuasa ke salah guna wang ke
sure dia org dah pernah angkat sumpah masa mula2 dilantik
Quote NAT_11 15-2-2015 02:56 PM
Orange1 replied at 15-2-2015 02:48 PM
Ye lah aku pun rasa dia peguam anwar dulu, sapa2 tau pencerahan plss.

Syafee sendiri pun mengaku, dia pernah jadi peguam Anwar
dalam sokabo hari ni.

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.200042 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top