CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Quran Bukan Untuk Bersumpah

14-2-2014 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5379| Komen: 29

Description: Ketua Penerangan Pas Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim Berkata, Tindakan Itu Bukan Sahaja Tidak Menepati Kehendak Islam, Malah Dikhuatiri Hanya Ditertawakan Pihak Lain.

Naib Yang Dipertua Pas Setiu, Dr Azman Ibrahim

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan kewajaran mengangkat sumpah di hadapan al-Quran yang dibuat Isnin lalu membabitkan insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, tindakan itu bukan sahaja tidak menepati kehendak Islam, malah dikhuatiri hanya ditertawakan pihak lain.

Menurutnya, cara lain boleh digunakan bagi mempertahankan hak pemain T-Team antaranya merujuk peruntukan peraturan sedia ada dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), manakala insiden kekecohan dalam terowong pula sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Asasnya, tiada bersumpah dengan al-Quran, di depan al-Quran, memeluk atau menjunjung al-Quran.

“Al-Quran bukannya digunakan untuk bersumpah, tetapi diamalkan dan dilaksanakan syariat yang terkandung di dalamnya. Sumpah menggunakan kitab suci adalah amalan Yahudi dan Kristian. Kita umat Islam bersumpah dengan nama ALLAH iaitu ‘wallahi, wabillahi, watallahi,” katanya.

Kata Azman, dari segi sumpah, ia bukanlah dibuat untuk perkara remeh seperti menyelesaikan pergaduhan dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, apa yang dilakukan kerajaan negeri dengan memanggil pegawai dan pemain T-Team bersumpah adalah tidak kena dari segi  Islam.

Sinar Harian 11 Februari lalu melaporkan, pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah berhubung insiden kekecohan tersebut di Tabung Haji Hotel dan Convention Centre.

Dalam majlis itu, jurulatih T-Team, Azlan Johar mengetuai upacara bersumpah di hadapan al-Quran disaksikan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri; Rozi Mamat serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.



16

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 13-2-2014 04:13 PM
Eh..eh... dah Islam hadhari kata buleh.... ko nak kata apa?
Quote AdsMsia 13-2-2014 04:17 PM
namirulmukminin posted on 13-2-2014 04:13 PM
Eh..eh... dah Islam hadhari kata buleh.... ko nak kata apa?

Islam hat ada hari

orang utara kata

lalalalala
Quote budaktua 13-2-2014 04:21 PM
hebat quran itu muncul apabila ianya dibaca & dihayati... bkn ketika waktu disumpah....


Quote amira_safia 13-2-2014 04:25 PM
macam budak2 je nak bersumpah guna Quran ...
Quote slippergombak 13-2-2014 04:29 PM
Itu dalam islam ya ustaz... dalam agama umno boleh dan digalakkan sambil cabar mencabar..... beza antara 2 agama...
Quote batmana 13-2-2014 04:39 PM
sumpah reti ..
main bola tak aurat ,wat2 tk reti..
Quote R2D2 13-2-2014 04:40 PM
jdt tak nak sumpah
Quote gogo2 13-2-2014 04:40 PM
Sukatilah dorang nak bersumpah ke, nak berlaknat ke, asalkan tak ganggu saya.
Quote niceghost2005 13-2-2014 04:41 PM
batmana posted on 13-2-2014 04:39 PM
sumpah reti ..
main bola tak aurat ,wat2 tk reti..

Udah itew........................ilmu agama dia.
Nak buat camana????

Quote Al-Patih 14-2-2014 05:18 AM
perbuatan sirik ....
Quote yenil95 14-2-2014 11:00 AM
Sumpah?..Nampak sangat tak hayati Quran dengan betul..
takut kena laknat balik dengan Quran tu jer..
Quote bunnybumbum 14-2-2014 11:04 AM
Inilah jadi kalu quran pon jarang baca..makna pon xtau... Setakat makna al fatihah pon xrajin nak baca n hafal.. Ingat quran brg mainan
Quote AdsMsia 15-2-2014 08:12 AM
nak buat camna
ada puak tu dok galakkan benda ni
depa la yg mula dulu acara sesumpah nin
siap pakai bullet proof vest kesahnya....
( betoi ka depa pakai bullet proof vest masa tu??? )
Quote wawantow 15-2-2014 08:18 AM
zaman skrg , al quran dah jd mcm kitab magic
Quote hzln 15-2-2014 08:22 AM
dan pada masa yg sama puak inilah juga yg paling mudah melalak bila islam diperlekeh...sanggup berjihad hunus pedang lawan kapir lah
Quote ismauzair 15-2-2014 08:22 AM
Azlan johar ni buat malu diri sendiri je
Quote BelovedTaeyeon 15-2-2014 08:24 AM
Salaam.


Tu pasal jangan start.

Bila kau start, semua pakat follow.

Sudahnya tak tahu sapa yang benar.


Kesian Al-Quran dipermainkan.
Macam
Amru bin Ash cucuk Al-Quran kat tombak bila nak kalah dalam Perang Shiffin.
Patutnya di baca, di fahamkan dan diamalkan.
Last edited by BelovedTaeyeon on 15-2-2014 08:35 AM

Quote noor2 15-2-2014 08:54 AM
asal bersumpah ja guna alquran...mat saleh pun suka bersumpah...tp depa tak guna bible kot
Quote stinger_attack 15-2-2014 08:57 AM
noor2 posted on 15-2-2014 08:54 AM
asal bersumpah ja guna alquran...mat saleh pun suka bersumpah...tp depa tak guna bible kot

Dah sebilik dengan berapa puluh mat salleh sejauh ini, to know?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086043 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top