CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tiada Siapa Boleh Menyanyi Seperti Whitney - Dayang Nurfaizah

13-2-2015 06:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15408| Komen: 76

Description: Sebagai Salah Seorang Artis Yang Paling Berjaya, Whitney Telah Menjual Lebih 200 Juta Album, Single Dan Video Di Seluruh Dunia. Dia Juga Menghasilkan Tujuh Album Studio Dan Tiga Album Runut Bunyi File ...
Hanya ada seorang 'Whitney Houston' - Sheila Majid & Dayang Nurfaizah            


        
                                                                        
Whitney Houston bersama mentor dan teman baik yang juga merupakan penerbit muzik tersohor, Clive Davis 


                        
KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan tahun ketiga pemergian salah seorang penyanyi wanita yang paling disayangi di dunia dan artikel ini ditulis sebagai satu penghormatan kepada penerbit, pelakon dan model yang menakjubkan ini - Whitney Houston.

Bakat semula jadi yang dipadankan dengan kecantikan yang memukau, suara dan muzik Whitney memberikan inspirasi kepada peminatnya di seluruh dunia. Nama Whitney Houston tidak pernah pudar di hati dan minda semua lapisan masyarakat.

Sebagai salah seorang artis yang paling berjaya, Whitney telah menjual lebih 200 juta album, single dan video di seluruh dunia. Dia juga menghasilkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, dimana semua menerima pengiktirafan jualan  diamond, multi-platinum, platinum dan emas.

Pada tahun 2009, Guinness Book of World Records mengiktiraf Whitney sebagai artis wanita yang paling banyak menerima anugerah. Dia sering dikenali sebagai “The Voice.”

Dilahirkan sebagai Whitney Elizabeth Houston, dia mempunyai darah seni dimana ibunya Emily “Cissy” Houston” merupakan seorang penyanyi. Kombinasi ibu dan anak ini bergabung dan memberikan lagu-lagu seperti ‘Count on Me’ dan ‘You and Me Against the World’.

  "Tiada lagi penyanyi yang boleh menjadi seperti beliau," kata Datuk Sheila Majid - Foto sumber Facebook



Kami menghubungi  Ratu Jazz  negara, Datuk Sheila Majid yang begitu menghormati diva tersohor ini dan Sheila turut bersetuju bahawa hanya ada satu Whitney Houston.

"Whitney Houston adalah suara abad ini. Beliau bukan sahaja memberi inspirasi kepada saya, malah seluruh dunia.

"Tiada penyanyi lain seperti beliau. Saya mempunyai begitu banyak lagu kegemaran tetapi jika saya perlu menamakan satu, ia akan menjadi 'Miracle'  dan juga duet bersama ibunya ‘Count on Me’,” kata Sheila.

  Whitney Houston dan Mariah Carey bergabung suara untuk lagu 'Miracle'. - Sumber Foto Facebook


Whitney bukan sahaya seorang penyanyi yang hebat, dia juga adalah seorang pelakon yang hebat.

    “
  Apabila saya membuat keputusan untuk menjadi penyanyi, ibu saya memberi amaran kepada saya saya akan banyak bersendirian. Pada dasarnya kita semua begitu. Kesepian datang dengan kehidupan.    ”
    - Whitney Houston


Siapa boleh lupa dengan versi Whitney yang menyanyikan lagu “I Will Always Love You” yang terus menjadi single paling berjaya dalam sejarah Amerika Syarikat (ia menerima pengiktirafan empat kali platinum).

Parton menulis dan merakam lagu itu hampir 20 tahun sebelum Whitney memecahkan rekod dimana lagu versi ini duduk di atas carta untuk 14 minggu pada tahun 1992/1993 dan ia terus menjadi lagu tema untuk filem “The Bodyguard” yang dibintangi Whitney dan Kevin Costner.

Bagi Neda Kalip, yang merupakan seorang peminat Whitney Houston, dia akan terus menggemari lagu '’I Will Always Love You’ kerana lagu itu benar-benar memancarkan makna cinta, dan ditambah dengan kekuatan vokal Whitney, ia tidak pernah gagal untuk menambat hati pendengar.

"Tidak siapa yang boleh menandingi kemantapan vokal Whitney, pesona bintang beliau tiada tandingan," kata Neda.

  Whitney Houston sentiasa memberikan persembahan yang memukau. - Sumber Foto Facebook


Whitney adalah lebih daripada seorang penghibur.  Dia membela rakan-rakan artis lain dan dia menjadi seorang wira di mata mereka dan menetapkan penanda aras dalam industri untuk semua artis wanita.

Ketika itu, dalam era  80-an apabila MTV menerima kritikan kerana tidak memainkan video artis berkulit hitam, Whitney mengikuti jejak Michael Jackson dan memecahkan halangan untuk artis berkulit hitam.

Whitney juga merupakan artis wanita berkulit hitam pertama untuk menerima siaran lagu yang banyak di saluran MTV untuk video ‘How Will I Know’.

Susulan kejayaan Whitney, sepupunya Dionne Warwick membuka jalan untuk artis berkulit hitam wanita lain seperti Janet Jackson dan Anita Baker untuk terus popular di dalam industri muzik.

Sementara itu, penyanyi Dayang Nurfaizah hanya ada penghormatan dan cinta untuk Whitney.

Lagu kegemaran Dayang adalah lagu ‘Why Did It Hurt So Bad’ dari filem ‘Waiting To Exhale’ yang dibintangi Whitney.

"Beliau memiliki suara yang hebat dan tiada artis yang boleh menyanyi seperti beliau," kata Dayang.

Dengan semua perkara yang menakjubkan di dalam kehidupan Whitney, beliau tidak terlepas dari cabaran hidup dan nasib telah ditetapkan seperti apa yang berlaku.

Dengan kemasyhuran dia turut  terlibat dengan pengunaan dadah, dan dia sentiasa dikritik sebagai isteri kepada penyanyi Bobby Brown dan juga seorang ibu kepada Bobbi Kristina Houston Brown.

       

                    

  "Tiada siapa boleh menyanyi seperti Whitney," kata Dayang Nurfaizah.  - Sumber Foto Facebook


Pada 11 Februari 2012, dunia dikejutkan dengan kematiannya. Whitney ditemui mati dalam bilik tetamunya di Beverly Hilton, di Beverly Hills, California. Dia baru berusia 48 tahun.

Laporan rasmi koroner menunjukkan bahawa dia telah lemas dalam tab mandi dengan sengaja. Penyakit jantung dan penggunaan kokain turut disenaraikan sebagai faktor yang menyumbang kepada kematian beliau. Berita kematian beliau bertepatan dengan Anugerah Grammy 2012 dan menjadi tajuk utama media Amerika dan antarabangsa.

Hari ini, walaupun pemergian Whitney masih dirasai namun lagu-lagunya masih akan diingati  oleh setiap peminat muzik di seluruh dunia.

Jadi, apa lagu Whitney kegemaran anda?


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 12-2-2015 02:14 PM
one and the only..sayang dgn nasih mendiang...
Quote dauswq 12-2-2015 02:20 PM
Edited by dauswq at 12-2-2015 02:22 PM

suka sgt ngan lagu debut dia ni...You Give Good Love

[youtube]5e9aqfi2aro[/youtube]

yg lain2 - i believe you & me, run to you, all the man i need , my love is love...
Quote enchikfitz 12-2-2015 02:24 PM
Lagu2 fav meols adalah I Will Always Love You & Saving All My Love For You.
Quote Ferr_Remy 12-2-2015 02:26 PM
X tau yg bodo reputz ke Sheila... tajuk lagu duet dgn MC is When You Believe, bukan Miracle.
Quote Ferr_Remy 12-2-2015 02:30 PM
Btw, fave iols I Learn From The Best
Quote tomet05 12-2-2015 02:33 PM
memang suara legend kan
Quote orglama 12-2-2015 02:37 PM
Byk lagu2 beliau yg menjadi my fav...antaranya where do broken hearts go, saving all my love for u, all at once, i look to u....byk lah
Quote sekel 12-2-2015 02:40 PM
Whitney masa hidup mmg dh taraf DIVA

skg Legend lh

income tetap dpt walau dh mati

Quote lampor 12-2-2015 02:41 PM
Ntah kenapa aku nk sgt tengok dayang brtudung.
Quote sepitsiput 12-2-2015 02:44 PM
Whitney Houston dan Mariah Carey bergabung suara untuk lagu 'Miracle'. - Sumber Foto Facebook



xde sapa2 nk speku ke sapa reporter ponen awani yg manjang bg info cam celaka?

lagu miracle kejadahnya? lagu "when you believe" okeh!

and, whitney ada 6 solo album, dan 4 ost.... bukan 7
Quote sepitsiput 12-2-2015 02:51 PM
Edited by sepitsiput at 12-2-2015 02:56 PM

meols tgk kat lifetime channel smlm filem "Whitney" .... meols jd kesian lak kt Bobby Brown....sbb heols beristerikan whitney yg tua dr heols, dan karier heols yg br nk naik tenggelam sbb whitney...pastu bila dia nk insap xnk amik dadah...whitney menten dgn drug ... so diorg bertahan jugak kawen 15 tahun...patutnya lepas dia keluar rehab tu cerai jah dgn whitney... benda nk jadi khenn?

yg penting, meols x pernah hayat rembes dgn bobby brown, tetiba smlm rembes habis dgn pelakon yg berlakon jd bobby brown...motif? awkward gile pelakon yg bawak watak bobby brown lagi rembes dan best dr bobby brown sendiri...jrg meols rembes tgk pelakon nigga

yg jd whitney - yaya ANTM circle 4 kot

yg jadi bobby brown...mamat yg belakon final destination - arpen escarpeta


real bobby brown



nak petikan filem "whitney"

scene dlm filem - ganti dgn lagu lain
[youtube]W6_dPh9V3Hw[/youtube]

bobby brown ori -- lagu yg betul
[youtube]auRofO1aCsc[/youtube]
Quote Knowlee 12-2-2015 02:57 PM
Anak dia pun akan menurut jejak dia jgk...
Quote sepitsiput 12-2-2015 03:00 PM
Ferr_Remy replied at 12-2-2015 02:30 PM
Btw, fave iols I Learn From The Best

lagu whitney yg paing meols suka ada 3

1. you give good love ....

[youtube]5e9aqfi2aro[/youtube]

2. All the man that I need ...ni best giler live performance sheols depan abam2 askar...sheols tgh angau bercinta dgn bobby brown time ni
[youtube]xmIp8j2cjDQ[/youtube]

3. Run To You .... ohhh... teringat kt bf cina masa sekolah dulu...boleh nangis klu dgr betul2 lagu ni...
[youtube]h9rCobRl-ng[/youtube]

Quote Ferr_Remy 12-2-2015 03:06 PM
sepitsiput replied at 12-2-2015 03:00 PM
lagu whitney yg paing meols suka ada 3

1. you give good love ....

smua lagu whitney sedap2 kan kaka sepit.. meols nye top 5:

1. I Learned From The Best
2. When You Believe
3. Saving All My Love For U
4. I Will Always Love U
5. Its Not Right But Its OK
Quote dauswq 12-2-2015 03:14 PM
sepitsiput replied at 12-2-2015 03:00 PM
lagu whitney yg paing meols suka ada 3

1. you give good love ....

choyyy
same jah pilihan ngan iols
MN iols kah ni?



p/s: iols rase uols minat lagu2 yg very soul gtuh
Quote syue86 12-2-2015 03:17 PM
paling suke I Will Always Love U
rasa berhantu sgt lagu ni
Quote mamapea 12-2-2015 03:17 PM
sampai skrg pun aku masih dok layan lg lagu2 whitney..suara dia mmg power
Quote minahmanja 12-2-2015 03:37 PM
lawa pulak dayang dlm pic tu...
Quote sepitsiput 12-2-2015 03:39 PM
dauswq replied at 12-2-2015 03:14 PM
choyyy
same jah pilihan ngan iols
MN iols kah ni?

lagu all the man that i need tu meols baru jah minat...ala2 terkesima dgn vokal sheols..flawless ok

you give good love tu manjang radio/tv dok pasang dulu2 masa zaman 80an... voley?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051787 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top