CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Vandalisme : Dua Remaja Jerman Mungkin Disebat Di Singapura!

11-2-2015 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7536| Komen: 37

Description: Dua Orang Pemuda Jerman Mengaku Bersalah Di Atas Kesalahan Vandalisme, Kesalahan Yang Boleh Dihukum Dengan Hukuman Sebat Setelah Kedua-Duanya Didakwa Menyembur Cat Di Kereta Api Metro Di Singapura, ...
Vandalisme : Dua remaja Jerman mungkin disebat di Singapura

Andreas Von Knorres (kanan) dan Elton Hinz (kiri) mengaku bersalah dan  menghadapi hukuman bulan depan bagi ketiga-tiga pertuduhan. - Foto ihsan  straitstimes.com


SINGAPURA, 10 Februari  :

Dua orang pemuda jerman mengaku bersalah di  atas kesalahan vandalisme, kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman sebat  setelah kedua-duanya didakwa menyembur cat di kereta api Metro di Singapura,  lapor peguam mereka pada Isnin.

Peguam Christopher Bridges berkata, anak guamnya  Andreas Von Knorre dan Elton Hinz, kedua-duanya 21 tahun, juga akan mengaku  bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh ketika pendengaran kes pada 5  Mac.

Mereka dilaporkan akan dihukum pada hari yang  sama.


Vandalisme membawa hukuman sehingga tiga tahun  penjara atau denda sehingga Sg$2,000, dan antara tiga sehingga lapan sebatan – hukuman sejak penjajahan British di republik ini.

Bridges memaklumkan kepada pemberita selepas  pendengaran tertutup sebelum perbicaraan dengan pendakwa dan hakim, jumlah  pertuduhan terhadap anak guamnya telah dikurangkan daripada empat kepada  tiga.

“Mereka akan mengaku bersalah dan menghadapi  hukuman bulan depan bagi ketiga-tiga pertuduhan,” kata Bridges.


“Saya tidak boleh mengesahkan … kemungkinan  hukuman sebat. Itu terpulang kepada budi bicara hakim.”

Di bawah undang-undang pesalah vandalisme kali  pertama, mereka boleh terlepas hukuman sebat jika ‘tulisan, lukisan, tanda  atau ukiran’ boleh dipadamkan, tetapi pengecualian tersebut tidak terpakai jika  kesalahan tersebut menggunakan bahan kekal seperti cat atau tar.

Untuk menceroboh, dua rakyat Jerman  terbabit akan menghadapi sehingga dua tahun penjara, denda sehingga  Sg$1,000, atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua mereka dituduh menceroboh ke depot dan  menyembur lukisan grafiti di luar kabin kereta api Metro di pinggir bandar  November lalu. Depot adalah zon larangan untuk orang awam yang dikelilingi oleh  pagar kawat berduri.

Mereka telah diekstradisi ke Singapura oleh  pihak berkuasa negara Malaysia selepas ditangkap di Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur kerana mereka telah bercadang untuk ke Australia.

Kedua-duanya telah direman di Penjara  Changi.

Singapura, hab kewangan Asia terkemuka, terkenal  kerana pendirian tegas ke atas jenayah.

Undang-undang vandalisme negara ini telah  menjadi berita global pada tahun 1994, apabila seorang remaja Amerika, Michael  Fay, telah disebat kerana merosakkan kereta dan merosakkan harta benda awam.

Pada tahun 2010, seorang warga Switzerland,  Swiss Oliver Fricker dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara dan tiga sebatan  selepas dituduh merosakkan kereta dan menyembur cat pada kereta api di  depot.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stilla 11-2-2015 07:38 AM
Pergi lagi berkiasu kat Kota Singa.
Quote nour2001 11-2-2015 07:39 AM
padan muka, sapa soh pi Negara org kasi vandal reta awam...rasain loh...kat Negara mereka hukuman ringan, paling2 kena community service beberapa jam, dah habis hukuman boleh buat lagi....
Quote Aliaskotonggo 11-2-2015 07:48 AM
lain kali nak buat vandalisme, datang la malaysia.  
Quote melinda_kerr 11-2-2015 07:48 AM
Pdn muka. Melampau betul la kokusen skrg. Bebogel kt tempat kuil lah. Ada yg ditangkap makin dibuat. Mcm mncabar undang2 negara org. Kokusen semua ni wajin masuk IS sbb sakit mental.
Quote makneng 11-2-2015 07:53 AM
Erm gigih korang buat onar di temasik dikkkk...tadah punggok je la nanti
Quote kasibiman 11-2-2015 08:18 AM
Sebat je. Pedolik kan aja ketuanan jarmang nak ckp apa. One of the positives of what Singapore is that should emulated by others
Quote atira 11-2-2015 08:19 AM
selayaknye la....
good job singaporah!!!
Quote hanakikan 11-2-2015 08:25 AM
X rembes

so padan muka
Quote flying_cow 11-2-2015 08:37 AM
Berbirat la bontot kau dik. Selayaknyalah kena cash begitu.
Quote the_killer 11-2-2015 08:48 AM
cuba kalo perilaku dia orang melayu....berjela2..tread kutuk islam
Quote ren0_0 11-2-2015 08:51 AM
hebat jugak. tangkap di KLIA siap escort pi singapore. good job jugak malaysia
Quote annehuda 11-2-2015 08:52 AM
betul ke remaja ni muka mcm org tua je
Quote whadda 11-2-2015 10:09 AM
kan dah kene babab... tido la ko meniarap...
Quote prettyuglybabe 11-2-2015 11:16 AM
mana mungkin kokesyen berperangai macam tu
mereka kan bertamadun
Quote aHoi83 11-2-2015 11:45 AM
kokosen syumul yang diagung2kan l
Quote GhostWalking 11-2-2015 06:04 PM
  
yang ni jakarta post punya versi @admin9:

Two Germans to plead guilty
in Singapore vandalism
case
Agence France-Presse, Singapore | World | Mon, February 09 2015, 6:50 PM

Two young German men will plead guilty to vandalism, an offense punishable by caning, after spray-painting a metro train in Singapore, their lawyer said Monday.'

Lawyer Christopher Bridges said his clients Andreas Von Knorre and Elton Hinz, both 21, would also enter a guilty plea to two counts of trespassing at a hearing on March 5. They will be sentenced the same day.

Vandalism carries a penalty of up to three years in jail or a fine of up to Sg$2,000 (US$1,478), and between three and eight strokes of a rattan cane -- a punishment dating back to British colonial rule in the city-state.

Bridges told reporters after a closed-door pre-trial hearing with prosecutors and the judge that the number of charges against his clients had been reduced from four to three.

"They will plead guilty and face sentencing next month to the three charges," Bridges said.

"I cannot confirm ... the likelihood of caning. That is up to the discretion of the judge."

Under the law first-time offenders can be spared caning for vandalism if the "writing, drawing, mark or inscription" can be erased, but not when indelible substances such as paint or tar are used.

For trespassing, the Germans face up to two years in jail, a fine of up to Sg$1,000, or both for each count.

The two were accused of breaking into a suburban depot and spray-painting graffiti on the exterior of a metro train cabin last November. The depot is a restricted zone surrounded by fences topped with barbed wire.

They were extradited to Singapore by neighboring Malaysia after being arrested at Kuala Lumpur International Airport as they were leaving for Australia.
Both remain in remand at Changi Prison.

Singapore, a leading Asian financial hub, is known for its tough stance on crime.

Its vandalism laws became global news in 1994 when an American teenager, Michael Fay, was caned for damaging cars and public property.

In 2010 Swiss expatriate Oliver Fricker was sentenced to seven months in jail and three strokes of the cane after he used spray paint to vandalize a train at a depot.

Caning entails being whipped on the back of the thigh below the buttocks, which can split the skin and leave lasting scars.

http://www.thejakartapost.com/news/2015/02/09/two-germans-plead-guilty-singapore-vandalism-case.html





Quote boyagombak 11-2-2015 06:13 PM
kak Oranje peminat kokesen taknak nanges ka
Quote GhostWalking 11-2-2015 06:19 PM
kalau kat aussie jenuh nak rotan graffiti merata pondok telefon pun kena.nanti mai la orang cuci (memang ada spraynya)pastu depa buat balik
kalau kat malaysia pun dah start penuh merata.
Apa pendapat hangpa?patuit ka tak patuit ka hukuman rotan?
Quote Modngengade 11-2-2015 06:22 PM
Harus ummah kokensen sentap dgn singapork..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053673 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top