Edited by GhostWalking at 10-3-2015 05:39 AM
Vandalisme : Dua remaja Jerman mungkin disebat di SingapuraAndreas Von Knorres (kanan) dan Elton Hinz (kiri) akan mengaku bersalah dan menghadapi hukuman bulan depan bagi ketiga-tiga pertuduhan. - Foto ihsan straitstimes.com
[size=100%]SINGAPURA, 10 Februari :
Dua orang pemuda jerman akan mengaku bersalah di atas kesalahan vandalisme, kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman sebat setelah kedua-duanya didakwa menyembur cat di kereta api Metro di Singapura, lapor peguam mereka pada Isnin.
Peguam Christopher Bridges berkata, anak guamnya Andreas Von Knorre dan Elton Hinz, kedua-duanya 21 tahun, juga akan mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh ketika pendengaran kes pada 5 Mac.
Mereka dilaporkan akan dihukum pada hari yang sama.
Vandalisme membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara atau denda sehingga Sg$2,000, dan antara tiga sehingga lapan sebatan – hukuman sejak penjajahan British di republik ini.
Bridges memaklumkan kepada pemberita selepas pendengaran tertutup sebelum perbicaraan dengan pendakwa dan hakim, jumlah pertuduhan terhadap anak guamnya telah dikurangkan daripada empat kepada tiga.
“Mereka akan mengaku bersalah dan menghadapi hukuman bulan depan bagi ketiga-tiga pertuduhan,” kata Bridges.
“Saya tidak boleh mengesahkan … kemungkinan hukuman sebat. Itu terpulang kepada budi bicara hakim.”
Di bawah undang-undang pesalah vandalisme kali pertama, mereka boleh terlepas hukuman sebat jika ‘tulisan, lukisan, tanda atau ukiran’ boleh dipadamkan, tetapi pengecualian tersebut tidak terpakai jika kesalahan tersebut menggunakan bahan kekal seperti cat atau tar.
Untuk menceroboh, dua rakyat Jerman terbabit akan menghadapi sehingga dua tahun penjara, denda sehingga Sg$1,000, atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Kedua-dua mereka dituduh menceroboh ke depot dan menyembur lukisan grafiti di luar kabin kereta api Metro di pinggir bandar November lalu. Depot adalah zon larangan untuk orang awam yang dikelilingi oleh pagar kawat berduri.
Mereka telah diekstradisi ke Singapura oleh pihak berkuasa negara Malaysia selepas ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana mereka telah bercadang untuk ke Australia.
Kedua-duanya telah direman di Penjara Changi.
Singapura, hab kewangan Asia terkemuka, terkenal kerana pendirian tegas ke atas jenayah.
Undang-undang vandalisme negara ini telah menjadi berita global pada tahun 1994, apabila seorang remaja Amerika, Michael Fay, telah disebat kerana merosakkan kereta dan merosakkan harta benda awam.
Pada tahun 2010, seorang warga Switzerland, Swiss Oliver Fricker dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara dan tiga sebatan selepas dituduh merosakkan kereta dan menyembur cat pada kereta api di depot.
TRP |