CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trending Yang Menjadi Bahana:Pendakap Gigi

9-2-2015 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16150| Komen: 124

Description: Beliau Berkata, Terdapat Juga Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Sebahagian Mereka Membeli Pendakap Berkenaan Melalui Dalam Talian Sebagai Usaha Memberi Tekanan Pada Gigi Bagi Membetulkan Kecacatan Kecil ...
Bahana pakai pendakap gigi palsu


Golongan muda dikesan membeli pendakap palsu berkenaan melalui dalam talian,  pasaran gelap serta di salun kecantikan dan juga gerai-gerai terbuka di tepi  jalan yang kemudiannya meletakkannya di gigi mereka.



KUALA LUMPUR, 8  Februari: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli  dan mengguna pendakap gigi palsu pada gigi mereka kerana ia didapati tidak  selamat untuk digunakan berdasarkan risiko kesihatan yang dilaporkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramanian  berkata terdapat peningkatan terhadap trend tidak sihat yang menggunakan  pendakap gigi palsu di Malaysia dan juga beberapa negara Asia lain.

Menurutnya, golongan muda dikesan membeli  pendakap palsu berkenaan melalui dalam talian, pasaran gelap serta di salun  kecantikan dan juga gerai-gerai terbuka di tepi jalan yang kemudiannya  meletakkannya di gigi mereka.


Beliau berkata, terdapat juga tanda-tanda yang  menunjukkan sebahagian mereka membeli pendakap berkenaan melalui dalam talian  sebagai usaha memberi tekanan pada gigi bagi membetulkan kecacatan kecil yang  dialami mereka.

“Tekanan yang tidak betul pada gigi yang  dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kemahiran boleh menyebabkan pulpa  iaitu saraf dan saluran darah di gigi mati.

“Trend seperti ini adalah sesuatu yang sangat  membimbangkan apabila ia digunakan sebagai simbol status serta tidak mendapat  kelulusan daripada pengamal pergigian yang sah dan tidak digunakan untuk  rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Subramaniam, terdapat juga laporan  berkenaan risiko ke atas kesihatan malah kematian yang dikaitkan dengan  kewujudan bahan berbahaya iaitu plumbum dalam beberapa pendakap gigi palsu.

Jelasnya, walaupun rekaan dan juga warnanya  menarik namun ia juga telah dikaitkan dengan masalah gusi, ulser mulut,  jangkitan mulut, gigi tidak teratur, kerosakan gigi dan lain-lain.

“Penggunaan alatan yang tidak dibersihkan  terlebih dahulu juga boleh menyebabkan jangkitan serta alahan kepada bahan yang  digunakan,” ujarnya.

5

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lyricko 9-2-2015 07:42 AM
Baru nk try pkai..
Quote lurve82 9-2-2015 08:00 AM
gigi bwh hakak tak tersusun sikit..ingt nak pakai tp yg betul punyer la...susah nk gosok...6 bln sekali kena cuci gigi...doc gigi hakak pun pki braces...tp nk cabut gigi tu agak menakutkan...
Quote mrseller 9-2-2015 08:08 AM
Pembantu klinik gigi ada jugak yg wat part time mende nih.budak2 kolej la selalu customer nyer
Quote Innrukia 9-2-2015 08:14 AM
jgn kata braces palsu ni...contact lens pun beli online..
patut kna buat checkup kat optometrist dulu
Quote isseliparjepun 9-2-2015 08:15 AM
Aku nmpk retis pn ade buat review hat jual braces palsu ni. Ntah pape la..mostly bli skadar fesyen plak tu
Quote dodolgemok 9-2-2015 08:17 AM
Bila ummah bimbo urban pprt nak tunjuk kaya.biar rongak semua gigi baru sedar bimbo
Quote aechae 9-2-2015 08:20 AM
Menyusahkn dentist2 lain...dh bermasalah bru terhegeh nk cri dentist..g lah cri tukang jual tu blk..pandai2 sgt kn..
Quote Modngengade 9-2-2015 08:29 AM
Jelita sgt ke kalau pakai pendakap gigi?
Quote puterikhaleeda 9-2-2015 08:45 AM
Modngengade replied at 9-2-2015 08:29 AM
Jelita sgt ke kalau pakai pendakap gigi?

aku tak rasa dia jelita tapi aku rasa mereka fefeeling kaya... sbb benda ni bukan singgit dua ringgit... mau ribu ribu.... esp yg jenis tak nampak... mau 10k...



Quote missDollie 9-2-2015 08:55 AM
Ah gedik la bila benda yang elok digunakan sbg fashion..apa yang comel nya menyeghonyeh nampak besi..
Quote WawaRaRa 9-2-2015 09:22 AM
haha.. adik aku pkai braces (yg ori) sbb masa kecik jatuh tangga pas tu gigi dia lari sikit.. tp makin besar gigi dia makin naik ke atas... org gigi hala ke bawah... so mak aku bg la dia buat braces... mula2 pakai adik aku hari2 sakit gigi... nak makan sakit... terseksa...

Pas tu skrg da bukak... tp tak abeh lg seksaannyer... mlm2 nak tido kena pakai something tok jgn bg gigi alik ke asal... huhu... harga mmg nangis.... seksa pon seksa... pas tu bukan lawa pon... siap kena ejek makan manusia lagi... sbb gigi besi....

nape la ada yg nak jdkan braces tu sbgai fashion??? x phm aku...
Quote kechikchomel 9-2-2015 09:30 AM
WawaRaRa replied at 9-2-2015 09:22 AM
haha.. adik aku pkai braces (yg ori) sbb masa kecik jatuh tangga pas tu gigi dia lari sikit.. tp mak ...

dia pkai retainer ye?
saya baru sebulan pkai braces (yg ori ye!)
seksa ok!
susah nak mkn.
1st day pasang braces, dah tercabut satu bracket
Quote harimau76 9-2-2015 09:33 AM
zaman I sekolah dolu ada a few anak org kaya yg pakai braces...rasanya dgn kemajuan dlm perubatan zaman skrg ni, braces tak ler semahal zaman 90's dolu2.. and sapa2 yg pakai bukan senang nak jaga.. susah tu.. anyway, kalau gigi anak I tak tersusun cantik yg sgt serious, I plan nak bagi dia pakai braces jugak..
Quote Innrukia 9-2-2015 09:38 AM
harimau76 replied at 9-2-2015 09:33 AM
zaman I sekolah dolu ada a few anak org kaya yg pakai braces...rasanya dgn kemajuan dlm perubatan za ...

gigi kan mainkan peranan penting utk struktur muka...
cth mcm jihan muse tu, sblum & slps pakai braces...
dr 1 aspek bagus utk tingkatkan keyakinan diri bila gigi dah tersusun cantik...
yg ori harga min 3k-6k depends pd kedudukan gigi tu
Quote ais_kosong 9-2-2015 09:41 AM
Modngengade replied at 9-2-2015 08:29 AM
Jelita sgt ke kalau pakai pendakap gigi?

curlast stetmen kaka..
xjelita pong bg meols
Quote cheida_mymee18 9-2-2015 09:52 AM
braces sbgai fesyen??? pls la...
Quote amyainsamad 9-2-2015 09:57 AM
nak pakai tp takut
Quote ResellerMaxis 9-2-2015 09:58 AM
aechae replied at 9-2-2015 08:20 AM
Menyusahkn dentist2 lain...dh bermasalah bru terhegeh nk cri dentist..g lah cri tukang jual tu blk.. ...

cari bukan free..berbayar kan..
Quote kechikchomel 9-2-2015 10:00 AM
Innrukia replied at 9-2-2015 09:38 AM
gigi kan mainkan peranan penting utk struktur muka...
cth mcm jihan muse tu, sblum & slps pakai b ...

kat tempat saya paling murah 5k!

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080490 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top