Dirogol kawan suami kerana suara yang sedap?
Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini. Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit. Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu. “Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja. “Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya. Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi. Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik. “Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan. “Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya. Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku. “Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek. “Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
|
19
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Syd replied at 4-2-2015 09:54 AM
sbb tu orang ckp suara tu aurat
hehe
Syd replied at 4-2-2015 05:54 PM
sbb tu orang ckp suara tu aurat
hehe
ajinomotonosuga replied at 4-2-2015 06:01 PM
so macam mana nak tutup sore?
GhostWalking replied at 4-2-2015 05:55 PM
kansel nak ajak karaoke minggu depan
Syd replied at 4-2-2015 10:11 AM
arrgghh sudeh laaa
u ols suara terkepit bila tarik, ada brani kaa
GhostWalking replied at 4-2-2015 06:18 PM
habiskan dulu lagu terra rossa haritu uols menyanyi separa jalan terus buat2 nak balik kannn (moti ...
Modngengade replied at 4-2-2015 06:27 PM
Kalau suara lunak tapi muka hazab bak dayang senandung rasa2nya dia nk rogol tk?
ADVERTISEMENT