Menurut laporan yang dikeluarkan agensi 'National Transportation Safety Board' di Amerika Syarikat hari ini, tabiat itu berkemungkinan menjadi punca pesawat itu terhempas dan meragut nyawa juruterbang bersama penumpang pesawat terbabit. Siasatan terhadap bangkai pesawat mendapati, ia tidak mengalami kerosakan yang boleh menyebabkannya pesawat terhempas. Sebaliknya pasukan penyiasat menemui sebuah kamera mudah alih jenis Go-Pro yang sudah rosak di ruang juruterbang. Penyiasat mendedahkan, rakaman dari kamera itu memperlihatkan juruterbang, Amritpal Singh sedang asyik ber'selfie' menggunakan telefon bimbitnya bersama penumpang semasa terbang di altitud merbahaya. Juruterbang berusia 29 tahun itu mempunyai 726 jam penerbangan dan 27 jam pengalaman terbang ketika waktu malam. Ahli keluarga Amritpal mengesahkan juruterbang berkenaan mengemudi pesawat ketika kejadian dan pesawat itu turut didaftarkan atas namanya.
|
17
Bagus |
11
Marah |
31
Terkejut |
18
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ice_sky92 replied at 5-2-2015 02:10 AM
Sorry to say..Aku rasa org yg suka selfie ni memang mental skit la. Selagi tak dapat gmbar yg terbai ...
ADVERTISEMENT