LadyLista - Senang ke kita mengenali lelaki gatal ini? Cuba lihat-lihat, kenalan kita, terutamanya lelaki, adakah mereka tergolong dalam kategori lelaki gatal? Wujud ke lelaki gatal sebenarnya?? Bagi anda yang masih was-was dengan jenis lelaki gatal itu seperti apa. Apa kata anda baca dibawah ini, ini antara jenis-jenis yang LadyLista senaraikan berdasarkan temubual bersama 10 wanita di Lembah Klang: Bergaya Bukan nak kata lelaki bergaya ini semuanya mata keranjang. Tapi, kebanyakan lelaki gatal ini mempunyai rupa yang kacak dan cukup maskulin pada penampilan. Mereka sangat menjaga penampilan kerana itu cara mereka memikat wanita. Kadang-kadang, muka tak seberapa namun dihiasi dengan gaya yang memang up-to-date. Ramah sahaja tutur kata, mata lelaki sebegini biasanya meliar mencari mangsa. Berhati-hati lah apabila di' approach ' lelaki sebegini, selidik dahulu latar belakangnya.
Ramai Teman Wanita Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada teman wanitanya. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Apabila kita menegur mereka, dia mengalihkan topik seakan-akan tidak mahu membincangkan perkara ini. Setiap minggu, lain sahaja pasangan yang dikelek ke pusat beli belah. kadang-kadang kita yang naik risau dengan mereka yang sebegini. Mereka juga sentiasa berlagak tenang. Jadi awas. Sukar Dihubungi Lelaki jenis ini sukar dihubungi ketika dia keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya lain. Ini kerana, hasil temubual, wanita yang pernah ditipu lelaki semua memberikan jawapan 'hand-phone' mereka dalam keadaan silent. Sangat pelik bukan. Mungkin lelaki gatal akan memberikan alasan bahawa si dia mahu spend quality time dengan anda. Namun awas, sebenarnya mereka risau jika teman wanita mereka mengganggu dikala si dia sedang dating dengan anda. Perahsia Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi si dia seperti keluarga. Biasanya bila anda bertanya, mereka akan mengelak dengan membiarkan sahaja soalan anda atau menukar topik perbualan anda. Jika anda memaksa, pastinya mereka akan naik angin. Harus kamu ingat, jika si dia menyukai kamu dan menyukai kamu dengan ikhlas, mereka dengan mudahnya berkongsi maklumat mengenai keluarganya kepada kamu. Gemarkan Perbualan Kotor Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan anda. Jika si dia suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.Sampaikan anda berasa tidak selesa berbual dengan lelaki gatal seperti mereka. Berani Jika perkenalan anda dan si dia masih di peringkat awal tetapi sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama dia, lagi “daring” sikap si dia. Meminta Yang Bukan-Bukan Biasanya si dia gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan anda untuk mendapatkan seks. Selepas mereka dapat, pastinya mereka menghilangkan diri daripada anda! Walaupun tidak semua yang dinyatakan diatas adalah tepat, namun LadyLista sarankan semua wanita agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Kerana lelaki gatal sentiasa pandai menyembunyikan belang mereka. Jadinya, sebelum terkena tak salah bukan jika kita berjaga-jaga. |
ADVERTISEMENT