CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya

30-1-2015 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5166| Komen: 7

Qasr Al Haj : Bank Kuno Untuk Kegunaan Bakal Haji Di Libya


Qasr Al Haj dalam bahasa Arab bermaksud Istana Haji. Ianya dibina 130 kilometer di luar Tripoli sekitar abad ke-13 sebagai ruang menyimpan harta bakal haji yang dalam perjalanan ke tanah suci. 

Terdapat 114 bilik di dalam bangunan berbentuk bulat ini. Ini adalah simbolik dengan 114 surah di dalam kitab suci Al Quran. Ruang bilik ini disewa oleh bakal haji untuk menyimpan harta yang tak perlu dibawa masuk ke Mekah dan Madinah dengan selamat. Jadi bakal haji tak perlu risau harta duniawi mereka dirompak ketika mereka beribadah kepada Allah.

Ia kemudiannya diubahsuai menjadi gudang menyimpan gandum oleh penduduk setempat dan digunakan sehinggalah dekad 1960an. Bayaran yang dikenakan bagi menyimpan gandum ialah 1/4 dari apa yang dsimpan. 

Gandum yang diambil kemudian diwakafkan kepada pusat pengajian Islam sekitar Qasr Al Haj. Qasr Al Haj kini menjadi tarikan pelancong yang mahu melihat bagaimana rupa bank zaman dahulu kala.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote golden_rose 22-1-2015 08:18 AM
info yang menarik
Quote mdhelmi 22-1-2015 08:22 AM
mcm susah nak trace bilik mana kita punye
sume lebih kurang je
Quote anees~nuhara 22-1-2015 09:57 AM
mcm colliseum kalo tgk dr luar
Quote boyagombak 31-1-2015 08:58 AM
Tamaddun Islam lebeh maju dari barat.Tapi malangnya bila bumi Baghdad dijarah oleh Jenghiz Khan habis semua ilmu org2 Islam hilang lenyap lalu diambil oleh org2 barat.
Quote mattzzx 31-1-2015 02:39 PM
Ada tak kejadian merompak semasa harta2 di simpan di situ??
Quote animcute 31-1-2015 10:04 PM
good info...sayang kita sendiri tak tau benda ni sebelum dihighlight oleh orang lain
Quote ska_n_dal 1-2-2015 06:42 PM
hu3..aku pun baru tahu ada bank macma nie yang orang islam buat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049191 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top