Anak Belasah Ibu Gara-Gara Gatal Nak Bertunang!
Segamat: Hanya kerana tidak dapat menunaikan hasrat anak lelakinya untuk mendapatkan wang dan bertunang menyebabkan seorang ibu tunggal berusia 49 tahun dipukul di belakang badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam di rumah mereka apabila anak sulungnya naik angin lalu memukul mangsa dengan tongkat aluminium digunakan wanita terbabit. Menurutnya, anak lelaki mangsa berusia 26 tahun terus memukul ibunya selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan selain mangsa juga enggan memenuhi keinginan suspek bertunang dengan gadis dalam kalangan ahli keluarga terdekat mereka yang turut menetap di daerah itu. “Wanita itu memberi alasan wang RM300 yang diterima setiap bulan hasil bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat kerana statusnya sebagai ibu tunggal selain RM200 lagi yang diterima daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membayar sewa rumah mereka setiap bulan dan perbelanjaan dapur. “Anak lelaki mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap, sering meminta wang serta tidak langsung membantu ekonomi keluarga selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu manakala anak perempuannya sudah berkahwin menetap bersama suami,” katanya. Katanya, mangsa enggan menuruti kehendak suspek untuk bertunang dengan gadis pilihannya kerana tidak bekerja dan bimbang keluarganya menerima aib. “Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis sebelum diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Daerah Segamat (HDS). “Bagaimanapun, wanita terbabit menolak untuk mendapatkan rawatan dengan alasan tidak mengalami sebarang kesakitan dan meminta kerjasama polis memberi kaunseling kepada anaknya dengan harapan perkara sama tidak berulang. “Polis sudah mengambil keterangan anak lelaki mangsa kerana mangsa dalam laporan polisnya mendakwa anaknya mengeluarkan pelbagai perkataan ugutan terhadapnya. Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan,” katanya.
|
tungkai replied at 30-1-2015 11:33 AM
Sama kes dengan adik sedara aku last year.Umur pun sebaya. Keje 1-2 minggu berhenti sebab penat. Dah ...
bellaa replied at 30-1-2015 11:25 AM
duit xde gedik nak bertunang.
lepas nikah sanggup makan pasir kot kapel nih.
ADVERTISEMENT