LadyLista - Eira Syazira dan Azad yang juga ketua untuk perniagaan berkonsepkan pemasaran itu menafikan kenyataan melesapkan wang pelaburan di bawah syarikat Rania Marketing. Mereka mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan kedudukan dan situasi yang berlaku. “Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. “Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini. Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut. Tambah Eira, hampir 1000 orang di bawahnya terjejas kerana tidak mendapat pulangan langsung atas pelaburan yang di buat. Selain itu, difahamkan bahawa Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada Nursuhaila Eliani, bekas isteri Jimmy Shanley.
|
ADVERTISEMENT