LadyLista - Tahun 2014 adalah waktu sukar untuk Marshanda. Ini kerana sepanjang tahun itu Marshanda atau nama manjanya Caca, dihujani permasalahan serius seperti penceraian dengan bekas suami Ben Kasyafani dan juga hilang hak penjagaan anak hanya kerana pekerjaannya sebagai pelakon. Menjalani kehidupan baru di awal 2015, bintang sinetron Bidadari ini nampak cuba untuk menjadi seorang yang baru dan cuba untuk hilangkan identiti dahulu. Salah satu cara drastik yang dilakukan adalah dengan menukar penampilannya yang sebelum ini berhijab dengan menanggalkan hijabnya dan mewarnakan dengan warna merah.
Sayangnya, penampilan baru ini tidak diterima baik peminat yang rata-rata menunjukkan rasa kecewa diatas perubahan mendadak Caca itu. Sebahagian peminat berasa sedih atas nasib yang menimpa wanita berusia 25 tahun ini. Hampir setiap kritikan pedas dilemparkan kepada Caca menghiasi ruangan komen di Instagram beliau. Lebih parah, ada yang memanggil ibu anak satu itu stress, gila dan bermacam-macam lagi. Seperti marah, Caca memuat naik sebuah ungkapan seorang tokoh terkenal yang seperti ditujukan khas untuk para 'haters'nya.Caca memetik kata-kata sasterawan dunia, William Shakespeare 'Cinta aku atau benci aku, semua akan menguntungkan buat aku. Jika kamu mencintaiku, aku akan selalu ada dihatimu. Jika kamu membenciku, aku akan selalu ada di fikiranmu,' Apa pendapat anda? Setuju dengan cara Marshanda ini? |
ADVERTISEMENT