Bagi wanita yang berhijab, tentunya mengalami pengalaman apabila memakai kaca mata hitam anda atau 'sunnies', pasti hijab anda akan mengembang di bahagian muka terutamanya di keliling mata. Kadang kala, sehingga nampak anak tudung, sampaikan mencacatkan mood anda pada hari itu. Sebenarnya memang tidak boleh kah kita mahu mengenakan kaca mata hitam tanpa menyebabkan hijab kita terikut herot. Ladylista berkongsi tips untuk hijabers memilih kaca mata hitam yang sesuai tanpa menyebabkan tudung anda bermasalah 1. Ketahui bentuk muka anda Perkara asas yang perlu kamu tahu adalah dengan mengetahui bentuk muka kamu sendiri, agar senang untuk disesuaikan dengan kaca mata hitam. Ini kerana untuk muka yang bulat, kaca mata berbentuk petak sangat sesuai untuk menyemimbangkan penampilan kamu
2. Memilih kaca mata hitam yang lebih kecil dari muka Jika boleh pilihlah kaca mata yang lebih kecil berbanding muka kamu, ini untuk menghindari kaki kaca mata menyentuh permukaan hijab yang akan mencacatkan penampilan anda. 3. Elakkan memilih kata mata plastik Kata mata plastik sememangnya sangat comel, dan juga trend anak muda kini, namun tahukah kamu, cermin mata yang diperbuat daripada plastik sangat ringan dan mudah terangkat. Ia juga akan membuatkan kedua-dua belah cermin tidak selari dan sekaligus mencacatkan penampilan anda. |
ADVERTISEMENT