CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Fesyen Jepun Perlu Anda Tahu

26-1-2015 05:37 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7163| Komen: 8

Description: Jepun sudah pasti tinggi dengan budaya, makana, filem sehinggalah ke dunia fesyen. Berbagai gaya dan stail dicetuskan oleh golongan muda Jepun yang terkenal dengan negara matahari terbit.
Oleh Fyruz Hanna

Jepun sudah pasti tinggi dengan budaya, makanan, filem sehinggalah ke dunia fesyen. Berbagai gaya dan stail dicetuskan oleh golongan muda Jepun yang terkenal dengan negara matahari terbit. Jangan terkejut ya, gaya-gaya sebegini juga tak kurang hebat diterima oleh muda mudi Malaysia. Mari kita lihat antara fesyen berani Jepun ini:


1. Cosplay
Begitu sinonim dengan anime, Jepun memang tak lepas dari ratusan ribu anime sampaikan diterima sebagai salah satu budaya di Jepun. Lihat sahaja bagaimana Doraemon, Sailormoon dan beratus lagi karakter hasil cetusan anime. Gaya 'Cosplay' wujud dari karekter dari siri anime. Jangan terkejut jika anda jalan-jalan di Jepun, anda lihat mereka berpakaian ala-ala alien ini. Ini kerana bukan hanya dari segi pakaian, mereka juga akan mengenakan segala aksesori termasuk rambut untuk menjadi seperti watak yang dibawa. Tak hairan lah, begitu banyak Sailormoon dan Inuyasha jadian berpeleseran di Jepun.



2. Ganguro dan Gyaru
Ini macam pun boleh dijadikan fesyen. Sangat kreatif!. Antara ciri khas fesyen ini adalah, rambut yang diwarnakan dengan terang seperti blonde, kulit yang sengaja dihitamkan (tanningdan pakaian mini dengan padanan warna terang. Fesyen ini muncul sekitar tahun 2006, dimana peminat fesyen sengaja mencabar tradisi. Berbeza dengan Ganguro, Gyaru tidak perlu menghitamkan kulit. Bagi mereka yang minat Gyaru, baju yang dipadankan sangatlah glamer. Namun rambut yang sedikit ditekankan, kerana mereka perlu mewarnakan rambut dengan warna terang seperti emas dengan solekan yang 'super' tebal. Tak ketinggalan, gadis Gyaru juga selalu memakai aksesori yang 'girly' bagi melengkapkan penampilan mereka.




3. Harajuku Style
Harajuku sebenarnya merupakan nama kawasan yang ada di Shibuya, Tokyo dan terkenal sebagai tempat berkumpulnya anak-anak muda, macam kalau di Malaysia ni 'Times Squarelah kot. Konsep Harajuku ini memang simple iaitu konsep yang diketengahkan adalah 'hit and run', atau bahasa mudahnya 'asal boleh'. Dengan konsep yang sebegitu, mereka dilihat sering bereksperimental dengan warna dan stail baru untuk dimantapkan bersama rambut mereka yang warna-warni. Anak gadis adalah mangsa yang sering dilihat memilih stail Harajuku.



4. Lolita Stail
Gaya daripada Jepun ini sangat berpadanan dengan wanita era Victoria. Dengan penggunaan renda, rambut yang dikeringtingkan, tak ubah macam Victorian Doll. Jangan tak tahu, ada dua jenis Lolita stail ya!Kau ade?? Satu jenis Classic Lolita dan lagi satu Sweet Lolita. Bagi fesyen classic lolita, dilihat padanan solekan yang lebih dewasa berbanding dengan sweet lolita yang seakan gadis kecil. Orang Jepun memang minat fesyen gaya ini kerana beranggapan sangat elegan, manis dan seperti budak kecil.



5. Visual Kei
Visual Kei merupakan gaya busana yang diciptakan hasil inspirasi daripada kumpulan rock Jepun. Mereka lebih menitikberatkan gaya dramatik untuk menarik minat pada kumpulan rock Jepun.Sekali imbas macam dalam game 'Final Fantasy' pun ada. Apa pun konsep Visual Kei ini bagi mereka yang menginginkan kebebasan berekspresi. 



18

Bagus
14

Marah
22

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sitifarishah 23-7-2015 09:26 AM
ishhh..pelik pulak aku tengok
Quote manganini 1-2-2015 01:47 AM
selalu main dress up game, suruh dress lolita la hapa la.. tapi tak paham apa kehendaknya..
kesahnya.. baru ku tahu..
Quote khailya 30-1-2015 11:04 AM
klu keluar kt luar pun diaorg akan pakai mcm ni ker?..
tak rase pelik kerrr??
Quote BungaTepiMeja 28-1-2015 09:37 PM
Ganguro tu banyak 'ganggu---ooo' hahahaa
Quote BungaTepiMeja 28-1-2015 09:37 PM
nabyha: comel pulak lolita, kalo aku pakai tros jadik lalok-ta, haha...
hahahhaa lalok-ta yea... lawak2
Quote nabyha 28-1-2015 05:58 PM
comel pulak lolita, kalo aku pakai tros jadik lalok-ta, haha...
Quote iznanaziz 28-1-2015 01:08 PM
scary. rimas pun ye gak.
Quote pelangisenja 27-1-2015 12:11 PM
muntah ijau aku tgk....tak rimas ke wehhhhhhh....huhuhuhuhu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050632 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top