Kumpulan KRU merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 3 orang yang kesemuanya adalah lelaki. Senarai anggotanya adalah: (Norman) Norman bin Abdul Halim (Yusry) Yusry bin Abdul Halim (Edry) Edry bin Abdul Halim Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat penerbit rekod Malaysia yang dikenali sebagai KRU Records. Sejarah Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik. Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit. Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU. Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.
|
jaja4 replied at 15-1-2015 11:05 AM
Minat gile ngn KRU time sekolah dulu, siap kumpul duit blanje sekolah nk beli kaset KRU..
ice98 replied at 28-1-2015 05:13 PM
sama la... amik upah ngan mak, jiran2.... hahaha....
jaja4 replied at 28-1-2015 05:48 PM
Kaset KRU aku siap rosak sbb kawan pinjm, jadi mcm sengau suara yusry dibuatnye.. Menangis aku..: ...
ADVERTISEMENT