CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kisah Gerai Mak Cik Sombong

28-1-2015 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9417| Komen: 28

Kisah Gerai Mak Cik Sombong

 
Keunikan nama gerai ini menjadi tumpuan pelanggan. 


 
Menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati hidangan makanan tengah hari.


TELOK AIR TAWAR - Nama sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan Pangkalan Udara Butterworth ini pastinya mencuit hati sesiapa sahaja.

Mak Cik Sombong, demikian nama gerai makanan yang terletak di Taman Senangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Teluk Air Tawar dan Kepala Batas.

Menceritakan sejarah nama Mak Cik Sombong ini, pemilik gerai, Saiful Bahri, 43, berkata, nama gerai ini menjadi salah satu tarikan utama bagi pengunjung ke sini.

“Dahulu kami berniaga di Bagan Lebai Tahir, waktu itu perniagaan makanan ini diuruskan arwah ibu yang mempunyai raut wajah yang garang, berat melemparkan senyuman, waktu itu ada pelanggan yang takut-takut untuk bertandang ke kedai makanan kami di sana.

“Jadi disebabkan itu, ada pelanggan yang memanggil nama kedai dengan gelaran Gerai Mak Cik Sombong dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedai asal mereka yang terletak di Bagan Tahir terpaksa ditutup dan kemudiannya berpindah ke Taman Senangan.

“Gerai makanan di sana dibina pada 1972, namun terpaksa ditutup tiga tahun lalu untuk memberi laluan kepada kerja pembangunan di sana.
“Disebabkan nama gerai sudah menjadi ingatan pelanggan, saya mengambil keputusan untuk mengekalkan nama ini,” katanya.

Menurut Saiful, ada juga yang sanggup datang jauh semata-mata untuk melihat sendiri gerai makanan Mak Cik Sombong kerana gerai ini unik.

Tidak cepat melatah dengan kehadiran ramai ‘peminat’, Saiful berkata, perkara itu secara tidak langsung mengingatkannya kepada arwah ibu.

“Arwah ibu tidak sombong seperti nama gerai, namun disebabkan raut wajahnya yang tegas, pelanggan menggelar gerai makanan ini dengan nama Mak Cik Sombong.

“Walaupun ibu meninggal lapan tahun lalu, namun saya bersyukur sambutan yang diterima masih tetap sama seperti dahulu,” katanya.

Menurutnya gerai Mak Cik Sombong dibuka dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan menyajikan pelbagai hidangan menarik kepada pelanggan.

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arira_arora 27-1-2015 03:25 PM
mcm ni punyer nama pn ade...
Quote spiderman80 27-1-2015 03:27 PM
Nanti Spidey nak bukak gerai makan dipanggil Gerai Uncle Kiasu
Quote espri6006 27-1-2015 03:28 PM
CHALET makcik Gemok
Quote abas8888 27-1-2015 03:42 PM
gerai Pakcik Batik lak lepas ni..
Quote fifie_olin 27-1-2015 03:43 PM
x ksh nama ape pon..janji lauk pauk tu sedapppp
Quote rammad25 27-1-2015 03:46 PM
teringat kedai roti canai akak ketet besar di taman dato harun...

mcm2 nama kedai ada,, kekadang customer jugak yg beri gelaran..
Quote R2D2 27-1-2015 03:48 PM
Quote atekome 27-1-2015 03:51 PM
Gerai lbgt..ade yg nk dtg tak?
Quote liyamariska 27-1-2015 03:56 PM
restoran dan kedai makan yg mempunyai nama pelik2 nih biasanya ramai pelanggan...

mungkin kepelikan nama tempat yg menarik perhatian org ramai utk pergi ke tempat tersebut...
Quote chinta89 27-1-2015 03:58 PM

adoiii.. selok2 ak suke sorang diri baca nama geraiii...
Quote R2D2 27-1-2015 05:25 PM
ada satu gerai area Cheras kalau tak silap betul2 sebelum kawasan perkuburan tak berpagar
penuh bro! pelanggan dia
Quote matahari7001 27-1-2015 06:12 PM
gamble betul drg letak name kedai tu huhu
Quote TuntungReturn 27-1-2015 07:43 PM

kt tempat aku dlu,ade kedai makan tepi sungai,tepi hutan klo tgk kawasan tak strategik langsung,ajaibnya orang ramai kt kedai tu..pukul 8-10pg penuh kedai tu ngn orang gomen yang melepak....
Quote DCrystal 27-1-2015 07:53 PM
Ni sama kes ngan kedai makan kat Ampang. Kedai kat food court bawah jambatan kat ngan Tesco Ampang. Orang panggil kedai Makcik Bekeng(garang) padahal nama Kedai Kak Mah. Yang jual tu garang tapi sebenarnya baik. Makanan pun best.

Quote abangbeca 27-1-2015 08:07 PM
ingat dedulu dekat ofis mak aku ada satu kedai makan orang panggil kedai makcik masam sbb muka makcik tu masam mencuka macam mintak penampor... tapi yg herannya penuh jer kedai dia dari bekfes sampai ke lunch... org wat tak tau jer tengok muka masam dia janji lauk sedap.... aku mula2 dulu ingat makcik ni gaduh ngan mak aku ke apa...
Quote shernazz 27-1-2015 08:13 PM
Ada kedai kopi gelak kuat kuat kat cheras..hahahahaha
Quote vender 27-1-2015 08:29 PM
satu je , aku suka gi makan kat kedai org gemuk..sbb biasanya org gemuk ni masak sedap.
Quote vender 27-1-2015 08:29 PM
satu je , aku suka gi makan kat kedai org gemuk..sbb biasanya org gemuk ni masak sedap.
Quote addicted_girls 27-1-2015 08:36 PM
Kat pkns shah Alam dulu ade satu gerai..kak nab kalau tak silap aku..ambik plastik nak bungkus lauk die bising..kalau ambik lauk banyak plastik kecik die bising.Ade je tak kene.kitorang panggil makcik rimau.dah tak de kedai die skarang..meniage tempat lain kot

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047850 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top