'Mak Nyah' Pun Turut Dicabul, Minta Hak Dilindungi PUTRAJAYA: "Kami juga dicabul, jadi mangsa seks," demikian keluhan seorang lelaki transgender mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat. Selain menuntut supaya mereka turut diberi layanan sama rata dengan masyarakat normal, lelaki transgender atau 'mak nyah' ini juga mahu dibela dari sudut undang-undang. "Sebagai manusia kami juga ada hak asasi yang perlu dibela," kata seorang lelaki transgender yang enggan dikenali. Dia yang kelihatan dari sudut fizikal dan pemakaiannya menyerupai wanita ditemui mStar Online ketika hadir mendengar prosiding permohonan kerajaan Negeri Sembilan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung lelaki transgender Islam mengenakan pakaian perempuan. Prosiding yang berlangsung pada Selasa menyaksikan Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan Negeri Sembilan mengemukakan rayuan bagi kes tersebut. Sementara itu aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh yang turut menyertai kira-kira sepuluh wakil komuniti itu berkumpul di kompleks Istana Kehakiman di sini menuntut supaya majlis agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka. "Daripada pihak berkuasa sibuk merayu kes ini, kerajaan sepatutnya siasat keganasan terhadap komuniti transgender, banyak kes berlaku. "Wujud keganasan melampau terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal tapi emosi dan seksual," katanya. Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman tiga orang itu supaya seksyen 66 berkenaan diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan. Mewakili tiga lelaki transgender itu ialah peguam Aston Paiva. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak hadir pada prosiding yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.
|
2
Bagus |
7
Marah |
1
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
airfilterkotor replied at 27-1-2015 07:43 PM
Yang mana satu...? Acik dah mula keliru nehhh....
liyamariska replied at 27-1-2015 08:15 PM
yg bertudung tu pun transgender jugak kaa? serious takde rupa pondan pun...
airfilterkotor replied at 27-1-2015 07:43 PM
Yang mana satu...? Acik dah mula keliru nehhh....
Bedah.Cun replied at 27-1-2015 08:02 PM
Mcm vaveee ponens titi gajah alor stakkk
iza_yuss replied at 27-1-2015 01:11 AM
huhu.... kalo dia ni straight, mau hensem kot (refer to virgin tu ler.... huhu)
Bedah.Cun replied at 27-1-2015 09:34 PM
Heuuuw, kossserr mak monntahhh hijauuuuuuuu, dik yusss hei
ADVERTISEMENT