Tengok newsfeed facebook, semua cerita mengenai anak rakan anda, instagram pun sama. Eh geram lah! Umur semakin bertambah, namun hidup masih lagi sendiri. Nak lagi pedas, kalau ada orang ajukan dengan soalan 'Bila mahu kahwin?'. seakan biasa pula soalan itu meniti di bibir anda. Runsing tak? Anda rasa peniing kepala tak fikirkan, mengapa masih kamu sendiri? Bukan kamu tiada rupa, tapi kenapa bila mahu memulakan sesuatu hubungan itu seperti tidak kena dengan kamu. Mungkin ada antara hal yang kita tidak sedar, membuatkan kita sampai sekarang 'single' jom lihat. 1. 'Standard' yang terlalu tinggi
Standard sememangnya perlu juga bukan main sauk aja bak kata orang, namun pernah tak terlintas difikiran anda 'standard' anda untuk kekasih hati terlalu tinggi? Kadang kala seperti tidak berpijak dibumi pun ada. Antaranya, anda memang mahu pasangan anda muka seperti Edward Cullen ataupun paling tidak pun seperti Zul Arriffin. Bukan mahu mengata tapi agak berangan juga lah jika anda menetapkan ciri-ciri sebegini. Memang tak salah jika kamu idamkan ciri sebegitu, namun jika kamu tetap teguh tanpa sesekali mahu mengubah ciri kamu itu, sampai ke tua lah sudahnya bersendiri. Setiap manusiakan dicipta tuhan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada, jika kamu menuntut pasangan kamu sempurna, kamu harus cermin dulu diri kamu. jangan sampai kamu tidak pernah jumpa ciri-ciri yang diidamkan hanya kerana kamu ciri-ciri itu tidak wujud. 2. Tidak Reti Bergaul Skil bergaul juga penentu kamu mempunyai kekasih hati atau tidak. Ini kerana, jika kamu seorang peramah, peluang untuk kamu berjumpa dengan seseorang yang diidamkan lebih besar daripada kamu yang jenis pemalu. Bayangkan, kamu terlalu pemalu dan kamu hanya bergaul dengan kawan-kawan sekeliling kamu sahaja. jangan biarkan kamu menjadi pasif, disaat muda remaja ini lah, kita perlu mencari banyak teman agar kita mudah melihat sifat dan ragam dari pelbagai manusia. Selamat mencuba! 3. Tidak 'up-to-date' Kalau wajah sahaja cantik bukan jaminan untuk mendapat kekasih jika kamu selekeh dan selebet. Sesekali cuba perhatikan penampilan kamu, adakah kamu kategori berfesyen ataupun kamu jenis tak kisah mengenai fesyen?. Walaupun kamu tidak mempunyai kekasih sekarang, amatlah penting kamu jaga penampilan kamu untuk memancing mata memandang.Bukan kata LadyLista suruh kamu berhabis beribu ringgit untuk kelihatan 'up-to-date', cukup dengan kelihatan kemas. Jika kamu sentiasa guna tudung cara sama, sesekali apa kata cuba stail lain. 4. Masih Dengan Kenangan Lalu Mungkin kamu masih terperangkap dengan kenangan lalu yang sentiasa tidak pernah lupa dari ingatan. Ingatlah bahawa, kenangan lalu hanya tingal sebagai kenangan. Mengapa kamu sukar nak lupakan? Kerana kamu tanpa sedar memberitahu hati untuk tidak melupakannya. Apa kata anda memberi peluang untuk diri anda berkenalan dengan orang baru dan cipta kenangan yang masih belum terjadi. Mungkin bakal jadi yang terindah! 5. Fokus Dengan Pekerjaan Memang ada tau, seseorang yang terlalu fokus dengan pekerjaan sehingga suatu ketika dia lupa dia perlu mencari pasangan. Tahu-tahu sahaja usia sudah menjangkau ke angka 30. Fokus dalam sesuatu pekerjaan ini memang bagus namun, kehidupan sosial kamu juga perlu seimbang. jangan nanti kamu digelar. Andartu! |
21
Bagus |
20
Marah |
26
Terkejut |
13
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
ajunara: ye ke...aku ni standart....tak reti bergaul...tak up to date...selekeh...fokus dengan kerjaya...tapi dah kawin dah...bukan itu sebab nye kot...jodoh i ...
ADVERTISEMENT