CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Hadiah Sesuai Buat Jejaka Mengikut Zodiak

28-1-2015 05:56 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3870| Komen: 0

Description: Dah nak dekat valentine ini. apa hadiah yang paling 'best' mahu dihadiahkan kepada si dia yea? Salah satu cara mendekatkan hubungan kamu dengan si dia adalah dengan memberi hadiah. Buatlah kejutan unt ...

Dah nak dekat valentine ini. apa hadiah yang paling 'best' mahu dihadiahkan kepada si dia yea? Salah satu cara mendekatkan hubungan kamu dengan si dia adalah dengan memberi hadiah. Buatlah kejutan untuk si dia agar kamu sama-sama menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian.

Tentunya tak sama perasaan mencari hadiah buat sang kekasih berbanding hadiah kawan-kawan, bff. Nak cari hadiah yang paling sesuai memang lah tak senang. Tapi... mungkin boleh gunakan zodiak si dia sebagai panduan hadiah yang paling tepat untuk si dia.

#Capricorn
Jejaka Capricorn merupakan seorang yang sangat serius, teratur dan memiliki selera yang tinggi. Bukan itu sahaja, mereka sangat sayangkan ahli keluarganya. Mungkin kamu boleh pertimbangkan idea untuk memberi dompet kulit kulit, jam tangan, atau aksesori.


#Aquarius
Jejaka Aquarius seorang yang sangat spontan dan inovatif. Mereka suka hal berkaitan dengan teknologi atau ilmu pengetahuan. Jadi tak hairan jika jejaka berzodiak aquarius ini minat untuk mengumpul koleksi gadget yang berunsur sains ini. Selain gadget mereka juga meminati muzik dan permainan. Jadi hadiah apa yang sesuai, cuba risik dengan si dia apa gadget yang diidamkan, dan jika kemampuan kamu terbatas cukup kamu menghadiahkan si dia dengan set earphone berkualiti.


#Pisces
Jejaka Pisces yang paling mudah dan tak pening-pening nak cari hadiah yang sesuai. Ini kerana jejaka Pisces sangat mudah tersentuh hati dengan perhatian yang kamu berikan. Bukan bermakna hadiah yang kamu berikan tidak penting buatnya tapi ingatan itu cukup membuatkan si dia bertambah cinta dengan anda.Antara hadiah yang boleh kamu fikirkan adalah set miniatur kapal terbang atau kapal layar yang mencabar kreativitinya.

#Aries
Semestinya elemen kejutan itu sangat digemari oleh jejaka Aries yang sukakan cabaran berbentuk ekstrem. Ini kerana mereka sangat aktif dan bersemangat. hadiah yang paling tepat pastinya hadiah berbentuk tiket perjalanan, peralatan sukan atau alatan lengkap seperti camping.

#Taurus
Jejaka yang mementingkan keselesaan dan ketenteraman sekeliling. Ia sangat sukakan kedamaian. Mudah untuk menghangatkan cinta kalian, sentiasa perhatikan kegemarannya.

#Gemini
Mereka sangat senang untuk berkomunikasi dan jejaka gemini sangat senang menjadi perhatian sekeliling. Pilihkan hadiah dari warna terang, si dia pasti menyukainya. mereka juga sering membandingkan harga hadiah yang kamu berikan. Ini bukan bermakna si dia seorang materialistik, tetapi si dia terdorong untuk membeli hadiah yang setimpal dengan pemberian kamu.

#Cancer
Merupakan family man, jejaka Cancer sukakan hal yang berkaitan kekeluargaan. Hati jejaka Cancer juga cepat tersentuh. Hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah yang mempunyai nilai-nilai romantis. Sebagai contoh, album gambar yang berisi gambar kamu dan si dia sewaktu mula bersama. Benda-benda sebegini pasti akan membuat jejaka Cancer makin jatuh cinta padamu.

#Leo
Lelaki Leo memiliki sifat aktif, menyukai sesuatu yang bertentangan, kehendak yang tinggi yang bakal mempengaruhi orang lain. Si dia sangat suka hal-hal yang berkualiti tinggi. Asal hadiah yang kamu belikan dari jenis yang berkualiti dan sukar untuk dicari. Si dia pastinya lebih menyayangi kamu.

#Libra
Selera tinggi dan juga seorang jejaka yang unik. mereka sangat menyukai hadiah yang mahal. Sekarang dah tau kan. 

#Scorpio
Mereka dibawah zodiak ini tidak banyak bicara, bersemangat dan cenderung. Sebab itu, jejaka Libra, dihadapan sekeliling dia sentiasa nampak 'high- taste'. mereka juga menykai segala sesuatu yang 'classy'. Hadiah wangian dan gadget terbaru pastinya hadiah yang dinanti oleh si jejaka Leo. 

#Sagitarius
Sangat bertanggungjawab, jadi jejaka Sagitarius sangat suka menjadi tulang belakang untuk segala sesuatu. hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah set backpaker, kasut hiking.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031971 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top