CENDOL TERKENAL PERISA LIPAS JIJIK HEBOH DI FB Tengah-tengah hangat macam ni memang best lah kan kalau kita pekena cendol. Pehhh.. Meleleh air liur tu.. Tapi macam mana pulak kalau korang tengah asyik pekena cendol tiba-tiba ternampak ‘extra topping’ dalam cendol tu. Macam yang berlaku di Subang Jaya ni.. ada extra topping lipas dalam cendol yang dipesannya. Kalau belum makan tak apa lah jugak, ini dah dua tiga kali suap dah. Eyekkk.. jijiknyaa ! mangsa yang dikenali sebagai Dine mendakwa terlihat objek berwarna hitam selepas beberapa suapan. Cuba korang bayangkan.. Air cendol lipas yang korang makan.. Eii nak termuntah pulak bila bayangkan. "Bila dicedok saya terkejut ada seekor lipas mati dalam mangkuk. Kerana terlalu loya dan jijik, saya terus muntah di situ juga," ceritanya Dah jumpa lipas dalam cendol macam tu tak kan nak diam pulak kan.. Jadi si Dine ni pun pergi la mangadu dekat tuan punya kedai tu. Tapi boleh pulak tuan kedai tu buat ‘dekk’ jer. Siap gelak lagi dekat Dine, lepas tu peniaga ni pesan jangan buat bising sebab takut la nanti pelanggan dia lari pulak bila tahu ada lipas dalam cendol tu. Sudah la kena gelak.. Dine diugut oleh anak peniaga tersebut untuk memanggil gengnya jika dia berbuat bising. Sebab tak mahu mengalah Dine membuat laporan di Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan meminta agar gerai terbabit diperiksa.
|
5
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
yayangmama replied at 22-1-2015 08:29 AM
hohoho...
bukan cendol tu dia parut ke ice tu?
cenggana lah lipas tu bole dok kat dalam tu
ADVERTISEMENT