Fesyen Lampu Dan Besi Viktor and Rolf (15 Gambar) Ini merupakan fesyen "Lighting Rig" oleh Victor and Rolf. Fesyen ini diiktiraf fesyen antarabangsa namun tiada siapa dapat menyangkal kebodohan fesyen lampu sebegini. Syukurlah tiada siapa yang tergolek dan terjatuh semasa menggayakan fesyen lampu ini.
Diakhir persembahan, penonton memberikan tepukan gemuruh bukan kerana rekaan yang 'cemerlang' ini tetapi kerana keberanian para model untuk menggayakannya di pentas. Menurut komen penonton, kelihatan jelas bagaimana bahu model tidak dapat bergerak kerana menyokong besi di atas kepala dengan lampu yang sarat. Umpama satu set bergerak. Ditambah lagi dengan siksa model berjalan menggunakan kasut tumit tinggi.
|
ADVERTISEMENT