CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Baru Betul Fast Banking

20-1-2015 03:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6438| Komen: 24

Ini Baru Betul Fast Banking


PETALING JAYA: Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk ke dalam sebuah bank di Damansara Uptown, petang Ahad, memecahkan dinding kaca, sebelum melanggar dinding di sebelah mesin ATM bank itu.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki itu, seorang pegawai tentera bersara, baharu sahaja selesai membuat transaksi di bank CIMB di Jalan SS 21/35 kira-kira pukul 7.30 malam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Perodua Kelisa yang diletakkan betul-betul di hadapan bank dan mahu mengundurkan keretanya.

"Bagaimanapun, dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan gear kereta dalam keadaan 'memandu' dan berfikir bvahawa dia sedang menekan brek walaupun dia sebenarnya menekan minyak," kata Mohamad Roy.

Kesilapan tersebut menyebabkan keretanya memecut sehingga ke bahagian kaki lima dan merempuh dinding kaca sebuah bank.Kereta itu berhenti selepas melanggar dinding di belakang bank.

"Tidak ada seorang pun berada di dalam bank pada masa itu dan tidak ada kerosakan mesin ATM. Dia hanya melanggar 'booth' kayu di sebelah dinding kaca."pengurusan bank membuat laporan pada pagi Isnin dan kami telah memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu.

9

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 20-1-2015 01:40 PM
dah byk kes warga emas memandu jadi cenggini
mungkin kne letakkan had umur memandu kot
ke cemaner
Quote Knowlee 20-1-2015 01:58 PM
Teramat fast banking.
Quote MatHaron 20-1-2015 02:01 PM
umo 70? kena ada had umur utk orang memandu ni.
Quote asyriqa 20-1-2015 02:10 PM
adoyaiii... nak buat macam mana mata dah rabun ayam... hurup R ngan D nampak mcm sama aja kot...
Quote azlinahmad 20-1-2015 02:13 PM
keta auto selalu jadi cam tu
Quote duyong95 20-1-2015 02:15 PM
cimb ni lagi.  bukan dulu ada sapa ntah tembak mati betul2 kat dpan bank ni lah
Quote mecooll 20-1-2015 02:17 PM
Nak letak had umur? Yg mcm2 jenis eksiden tu langgar manusia langgar tembok..langgar longkang langgar gate..org tua kew?
Quote kurga 20-1-2015 02:17 PM
glamer nama deputi superitendan itu...

roy...
Quote Vellfire 20-1-2015 02:18 PM
MatHaron replied at 20-1-2015 02:01 PM
umo 70? kena ada had umur utk orang memandu ni.

sian... jgn kerana sorang semua atuk2 tak boleh driving
Quote tungkai 20-1-2015 02:19 PM
Nama lelaki berumur 70an itu bernama Mohamad Roy? Roy Roy...hati kau keras..
Quote prettyuglybabe 20-1-2015 02:20 PM
nasib baik awal-awal dah tulis lelaki..
kalu pompuan, dah bertalu kena hencap
Quote batmana 20-1-2015 02:48 PM
bank kedekut nk psg besi penahan kt tepinya tu..
Quote PongKang 20-1-2015 02:51 PM
Bahaya betul la..kt area umah aritu kete warga platinum masuk longkang..beramai2 la bebudak remaja n bapak budak bantu..
Quote yayaji 20-1-2015 03:11 PM
mungkin pakcik ni dok switch-switch keta auto-manual-auto-manual kot...kekadang depa boleh confuse juga, dah biasa manual, tetiba auto...nasib baik la tak cedera.
Quote VirginLady 20-1-2015 03:14 PM
my hubby's uncle is still driving at the age of 80

stakat ni memang x pernah lagi naik dgn dia...tengok ok je tapi takut ler
Quote AbukRokok 20-1-2015 03:29 PM
cuba cek ntah ntah no plet xikut spek.,..
Quote stania83 20-1-2015 03:31 PM
kat area rumah ade pasangan warga emas drive kereta kenari comel je. pagi pagi mesti jalan jalan cari bfast. umur ada la dalam 70 an, so relationship goal
Quote chickenwing 20-1-2015 03:33 PM
kesian...kena saman pula...dah la tua....harap2 CIMB dapat maapkan pakcik ni
Quote the_killer 20-1-2015 03:46 PM
umo 100 pon boleh memandu....respek sikit kat otai2.....depa makan garam dulu dari kita

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.138820 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top