1- #Buat-buat nak pinjam duit. Sekiranya si penghutang semacam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan korang, LadyLista cadangkan cara paling lembut untuk meminta semula hutang tersebut adalah dengan mengadu masalah kewangan korang .Selesai jer buat aduan tu,korang pun cakap lah nak pinjam duit dengan diorang berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah hutang tersebut). Selepas itu, korang pon buat-buat lah teringat yang dorang sebenanrnye ade hutang yang belum berbayar dengan korang. Contoh : “Aku dah migrain fikir mana nak cari duit. Kucing aku gena gastrik, nak hantar gi klinik. Boleh tak aku pinjam kau RM50?” Tanpa memberi sebarang peluang kepada penghutang untuk menjawab,korang harus cepat-cepat sambung ayat seterusnya. ” Eh baru aku teringat, hari tu kau pinjam RM50 belum bayar lagi kan?Hihi” *sambil mengedip-ngedip mata*
2-#Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru penghutang Korang harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang korang. Apabila korang dapat tahu bahawa penghutang mendapat kerja/memulakan praktikal/mendapat pinjaman PTPTN,JPA,MARA/elaun awal sem/masuk gaji/dapat bonus/menang wang tunai Power Root dan sebagainya, korang harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa mereka untuk meminta hutang. 3- Jangan hilang jejak Pastikan korang mempunyai maklumat lengkap tentang penghutang. Seperti alamat tempat tinggal sebenar, alamat semasa, nombor telefon terkini, akaun Facebook, YM/Skype, nombor telefon dan Facebook rakan-rakan serta bf/gf mereka. Lagi bagus kalau korang ada no telefon kelauarga terdekat dorang. Tak kira lah adik,akak,abang,mak,ayah.Sekiranya mereka menukar nombor telefon atau cuba lari dari korang,korang akan berjaya mengesan mereka melalui orang-orang ini. Dan jika penghutang memang bersikap lepas tangan dengan hutang tersebut, tak perlulah korang fikir 3-4 kali untuk memberitahu bf/gf dan family penghutang tentang perangai busuk mereka. 4 – Bergaul mesra dengan penghutang Taktik ini juga adalah sejenis teknik halus untuk menuntut hutang. Rajin-rajinlah berbalas comment di Facebook/Twitter/Instagra,. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra,korang bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Sebagai contoh yang pernah aku lakukan di wall penghutang : Aku : Happy Birthday K !(bukan nama sebenar) Penghutang : Thank you. Mana hadiahnya? Aku : Alaa takde hadiah laa. Tak mampu nak bagi :( Penghutang : Cmne laa orang kaya boleh tak mampu pulak. Aku : Sebab ada orang tak bayar hutang kot. Cerita di atas ini adalah dari kisah realiti. 5- Ayat-ayat Hikmah Sekiranya penghutang masih tak paham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ini. Korang tak perlu pergi simbah cat merah kat rumah penghutang. Tak perlu baling bangkai ayam mahupun bom tangan buatan sendiri. Kadang-kadang dengan menggunakan perkataan sahaja, anda mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Post di status atau di wall penghutang ayat-ayat hikmah dan sebagainya sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh ayat bess yang aku jumpa : “orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nnt akan dibayar dengan pahalanya…kalau org berhutang tu pn xde pahala…harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman…renung2kan..peringatan ntuk diri sendiri juga..” Kalau orang tu tak terasa jugak, memang penghutang tu selamber tahap mentibang laut. 6 – Jangan malu! Ini tips yang paling penting dan asas. Sebelum korang mengambil apa-apa tindakan menuntut hutang,korang harus mengikis rasa malu tak bertempat. Awal-awal dulu aku pon ade jugak rasa malu nak mintak hutang ni. Tapi bila dah banyak kali aku jumpa manusia jenis ‘pandai pinjam tak pandai bayar’, lama-lama aku dah tak rasa malu langsung nak buat gerakan gerila. Lagipon, kenapa korang nak rasa malu mintak duit yang memang jelas terang dan nyata ialah hak korang. Yang sepatutnya malu ialah penghutang penghutang tegar tersebut. Kalau diorang boleh berlagak selamber dengan tidak membayar hutang, maknanya korang haruslah berlagak selamber juga memintak hak korang. Lagipon, bila korang bersikap macam ni, para penghutang ni tahu bahawa diorang takleh nak pijak kepala korang. Sebenarnya, kita mintak hutang bukannya tanda kita berkira. Tapi nak bagi pengajaran kat sesetengah orang yang sentiasa ambil jalan mudah dan pintas. Ingat sket, takde shortcut dalam hidup ni! Cara terakhir yang boleh fikirkan ialah berdoa semoga orang yang berhutang tue membayar hutang mereka. KM nak kongsi satu cara menuntut hutang yang dikongsikan oleh saudari Azlina Abdul Rahim pemilik blog linncomel.com. Beliau mengamalkan membaca doa dibawah. “La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin.” (Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiyaa : 87). Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat diatas kearah beliau, insyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya tasbih diatas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain, seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain. Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, tasbih di atas digunakan oleh Nabi Yunus Alaihissalam, Ketika ditelan ikan Nun. Cubalah petua diatas semoga anda dapat menuntut hutang anda kembali. Sumber: KamalMustafa.com
|
cekgihani posted on 21-1-2014 08:51 PM
Agaknye dia rasa kaya la kot kalo xbayar utang.. dulu ada yg pinjam ngn aku n liat nk bayar. Aku g m ...
ciknas posted on 21-1-2014 09:38 PM
takda menyesal gila kenal dia..dah puas bersabar dari bulan 10 lagi..bila bukak je bab hutang m ...
ciknas posted on 22-1-2014 01:38 AM
takda menyesal gila kenal dia..dah puas bersabar dari bulan 10 lagi..bila bukak je bab hutang m ...
tokmanting posted on 22-1-2014 01:20 AM
cuba try test macam ni
lepas solat subuh...doa, semuga Allah mudahkan...semuga Allah beri dia rez ...
ISTRIMITHALI posted on 14-8-2014 04:58 PM
sy pun ade kwn cm ni... tp xde la hutang byk cm ni... tp klau dok kumpul2 banyak kot... sbb x pernah ...
ADVERTISEMENT