CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 sebab utama hubungan retak

14-1-2015 03:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2983| Komen: 2

Description: belajar cara pahit sekali melihat kawan-kawan LadyLista merembes air mata menangis kerana cinta putus ditengah jalan. Sebagai pelatih, sememangnya tugas melatih itu lah yang dilakukan.
Oleh Fyruz

Berikut ungkapkan 3 sebab utama kegagalan dan punca retaknya hubungan percintaan:

1. Hubungan yang terarah kepada latihan
Sering didalam hubungan, kita merasakan tanggungjawab kita untuk melatih, untuk bantu dan untuk menentukan cara hidup pasangan kita. Kita sering fikir itu merupakan tugas kita semacam cikgu disiplin pula. Jangan silap, ini merupakan penyebab terbesar anda menamatkan hubungan cinta yang dibina sekian lama.

LadyLista belajar cara pahit sekali melihat kawan-kawan LadyLista merembes air mata menangis kerana cinta putus ditengah jalan. Sebagai pelatih, sememangnya tugas melatih itu lah yang dilakukan. Seperti kita lihat tuan melatih haiwan peliharaannya, kita akan berasa puas jika kita berjaya melihat haiwan peliharaan kita melakukan apa seperti yang dilatih. AWASSSS ya! dalam hubungan percintaan, sememangnya tidak berlaku sesi latihan sebegini ya. Jika anda berkeras rasa cara ini terbaik dalam mengekalkan hubungan kamu dengan pasangan, LadyLista rasa pasangan kamu itu pasti patung.


Saranan - Jangan cuba-cuba melatih pasangan, baik lelaki mahupun wanita. Sebaiknya tanya soalan dan sokong mereka. Jangan sampai mereka bertanya "Adakah sayang sedang melatih saya?" atau "Adakah baby kelihatan tak baik dimata b", pastinya pasangan anda akan merasa rendah diri dengan perbuatan kamu.

2. Kewangan
Ramai yang salah ingat. Duit bukanlah segala-gala. Memang benar duit bukan segala-gala namun jangan pula kata jika duit bukan segala-gala kita harus lupakan duit begitu sahaja. Kedengaran kelakar pula, tapi anda kemaruk bercinta anda harus tahu bahawa duit alat terpenting untuk menjalani hari-hari mendatang, bahkan sangat penting untuk mengukuhkan perhubungan anda. Maksud LadyLista disini adalah,ada sesetengah orang, apabila bercinta, beria menunjukkan kasih sayang peringkat tertinggi namun poket tidak cukup penuh. Pulak tu, ada sesetengah yang sanggup meminjam hanya untuk memenangi hati pasangan. Cukup bulan, anda sendiri ternganga untuk menjelaskan segala bil.

Saranan- Jika anda mempunyai masalah kewangan atau dalam peringkat menstabilkan kewangan anda, lebih baik berterus terang keadaan ini. Jangan nanti anda ingin mengikut rentak anda yang terjerat.

3.Kebosanan
Sesetengah individu hanya mahu menjalinkan hubungan dengan pasangan. Ramai orang khususnya lelaki apabila sudah sampai di satu peringkat lebih tinggi tidak tahu untuk buat apa setelah itu. Pada peringkat awal memang seronok, namun lama- kelamaan anda akan merasa seperti melakukan sesuatu yang rutin dan akan beralih kepada frasa bosan.

Frasa ini didalam perhubungan haruslah dielakkan dengan kadar segera kerana tanpa anda sedar, anda sendiri akan mengalihkan anda terhadap situasi tersebut. Masakan tidak, adakah anda suka melakukan sesuatu yang bosan?

Saranan - Sentiasa kembalikan masa-masa keseronokkan bersama dengan pasangan dan elakkan jika boleh melakukan perkara rutin. Sekali sekala cabar diri anda untuk menjadi lebih kreatif dengan pasangan.
25

Bagus
24

Marah
23

Terkejut
31

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rokarina 14-1-2015 04:28 PM
macam rina dulu putus cinta bukan sebab masalah kat atas ni tapi sebab ex bf rina mengongkong tak henget.. nyampah uols. orang panggil cemburu buta eh
Quote mayaBB 14-1-2015 04:07 PM
Apa-apa pun pada maya, dua-dua kena serasi.. kalau tak serasi mcm saje cari nahas.. kuikuikui

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055726 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top