Hati-Hati Saspek Sangap Tayang Batang Di Banting SEORANG lelaki kini dicari setelah dia bertindak melakukan perkara tidak bermoral dengan menayangkan kemaluannya di hadapan beberapa orang wanita yang sedang menunggu di perhentian bas.
Kejadian dilaporkan berlaku di Telok Datok, Banting, Selangor pada petang Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Rukun Tetangga Telok Datok kesal dengan perlakuan lelaki tersebut. Menurut pengerusinya Khairul Samad, pihaknya menerima aduan daripada mangsa sendiri.
Suspek yang berusia lingkungan 40-an dikatakan memberhentikan motosikal jenis Yamaha LC sebelum membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mereka.
“Kami harapkan kerjasama masyarakat setempat sekiranya terserempak dengan suspek supaya dapat mengecam nombor plat motosikalnya untuk tindakan lanjut.
Kerjasama tersebut diperlukan bagi membanteras aktiviti tidak sihat suspek dan mengelakkan masalah sosial berlaku,” ujar Khairul.
Difahamkan, insiden sedemikian pernah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut apabila seorang lelaki yang menaiki kereta memberhentikan kenderaannya di hadapan perhentian bas sebelum menurunkan cermin kereta lalu menunjukkan kemaluannya kepada seorang remaja perempuan.
Alahai, kalaupun sangap, tak payahlah sampai nak tayang dekat orang lain kemaluan sendiri! Orang begini memang sakit otak.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|