CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Lagi Kes Hina Islam, Negara

14-1-2015 06:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15142| Komen: 136

Contoh kenyataan menghina agama yang dimuat naik oleh salah seorang individu berkenaan.

KUALA LUMPUR - Bagaikan tidak serik dan mengambil iktibar insiden menghina agama sebelum ini, dua individu tidak bertanggungjawab begitu berani mempersendakan agama Islam dan negara.

Mereka seolah-olah tidak takut akan undang-undang negara, begitu berani memuat naik status di Facebook yang dikesan kelmarin.

Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Noor berkata, dua individu itu menggunakan nama Kelvan Scott Kam dan Zi Wong Liang Derek dalam profil di Facebook dipercayai milik mereka.

“Scott Kam dalam status Facebooknya terang-terangan mempersendakan sijil halal Malaysia dan mengaitkannya dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan memuat naik gambar khinzir.


“Malah Scott Kam tanpa memikirkan sensitiviti agama dan kaum lain di negara ini dengan berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW selain Yang di-Pertuan Agong dengan memuat naik gambar yang cukup mengaibkan,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir pada sidang media berkenaan Ketua Pengarah JMM Selangor, Baharim Sukari.

Menurut Faizan, Liang Derek juga melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, mahu nama Malaysia ditukar kepada New South China.



“Perbuatan mereka jelas tidak menghormati dan menghina agama serta Yang di-Pertuan Agong.

“Kami mahu polis bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat segala bentuk isu atau mana-mana perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menjejaskan keamanan negara.

“SKMM harus mengkaji garis panduan serta langkah berkesan dari segi pemantauan dan dakwaan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 14-1-2015 10:59 AM
action please.
Quote arira_arora 14-1-2015 11:04 AM
hurm.. tkper la org islam kt malaysia kn berfikiran terbuka... biarkn je la.. .

Quote the_killer 14-1-2015 11:05 AM
ummah CI yang selalu dok kutuk Melayu dan Islam...takda kutuk pon tindakan cina ni? ..dasar hipokrit
Quote BotakChinPeng 14-1-2015 11:10 AM
cina kaum paria nak hina islam, malaysia, melayu ? Hahahahaha . Dasar babu tak sedar diri. ptuih
Quote Knowlee 14-1-2015 11:11 AM
Hurm, kenapa ye sejak akhir-akhir ramai sgt yg suka cari pasal mcm ni?
Quote lavamerah 14-1-2015 11:19 AM
simpan lokap jer barua2 yahudi mak pak tak tau ajar ni...



Quote ladydutch 14-1-2015 11:30 AM
lavamerah replied at 14-1-2015 11:19 AM
simpan lokap jer barua2 yahudi mak pak tak tau ajar ni...

sepatutnya kerajaan kena lebih pada mendidikbukannya lebih kepada menghukum
Quote ladydutch 14-1-2015 11:30 AM
Knowlee replied at 14-1-2015 11:11 AM
Hurm, kenapa ye sejak akhir-akhir ramai sgt yg suka cari pasal mcm ni?

kegagalan kerajaan dalam mendidik rakyat mengenai isu perpaduan
1malaysia failed
Quote ladydutch 14-1-2015 11:33 AM
the_killer replied at 14-1-2015 11:05 AM
ummah CI yang selalu dok kutuk Melayu dan Islam...takda kutuk pon tindakan cina ni? ..dasar hipo ...

kalau kita kutuk balik , apa kita dapat? melayu kutuk cina, cina kutuk melayu, adakah dapat perpaduan?
sepatutnya kita kean tunjuk yang baik baik pada mereka

bukannya jadi macam ekstrisme budak budak saling kutuk mengutuk
Quote lavamerah 14-1-2015 11:35 AM
ladydutch replied at 14-1-2015 11:30 AM
sepatutnya kerajaan kena lebih pada mendidikbukannya lebih kepada menghukum

pasal...mak pak lu tak tau didik yg lu harap kerajaan didik lu...??
budus punyer betina..


Quote ResellerMaxis 14-1-2015 11:35 AM
the_killer replied at 14-1-2015 11:05 AM
ummah CI yang selalu dok kutuk Melayu dan Islam...takda kutuk pon tindakan cina ni? ..dasar hipo ...

dekat forum ni pun ramai melayu yang selalu kutuk cina..suruh balik negara china lah..
Quote the_killer 14-1-2015 11:38 AM
ResellerMaxis replied at 14-1-2015 11:35 AM
dekat forum ni pun ramai melayu yang selalu kutuk cina..suruh balik negara china lah..

melayu kutuk cina..tapi ada juga melayu kutuk tindakan tersebut...tp kes ni takda pon dok kutuk cina tu ..hanya melayu ja.....
Quote the_killer 14-1-2015 11:39 AM
ladydutch replied at 14-1-2015 11:33 AM
kalau kita kutuk balik , apa kita dapat? melayu kutuk cina, cina kutuk melayu, adakah dapat perpad ...

cuba kalo tread ni tajuknya budak melayu kutuk cina pendatang.....mesti komen ko pon dok kutuk melayu tu racist ...tp dalam ni takda pon kutuk cina tu...alih2 salahkan kerajaan
Quote ladydutch 14-1-2015 11:40 AM
lavamerah replied at 14-1-2015 11:35 AM
pasal...mak pak lu tak tau didik yg lu harap kerajaan didik lu...??
budus punyer betina..

abis itu, hanya kerana kesilapan kecil ini, mau penjarakan bagai?
Quote mbhcsf 14-1-2015 11:41 AM
lagi sekali

kenapa banyak kali sangat  suka membuat provokasi?

Quote lavamerah 14-1-2015 11:42 AM
ladydutch replied at 14-1-2015 11:40 AM
abis itu, hanya kerana kesilapan kecil ini, mau penjarakan bagai?

ha ah...biar kerajaan didik dia kaw kaw dalam jail tu nanti...
budus punyer tino...






Quote the_killer 14-1-2015 11:43 AM
ladydutch replied at 14-1-2015 11:40 AM
abis itu, hanya kerana kesilapan kecil ini, mau penjarakan bagai?

ini bukan masalah kesilapan kecil bagai...tp perlu dilihat kesan ke atas kesalahan "kecil" tersebut...contoh perkasa dan isma yang dok laung pertahan melayu tu..tu pon dikutuk juga oleh orang melayu sendiri kerana tindakan mereka racist pada orang bukan melayu...tp kenapa isu golongan dari NGO,persatuan, dan lain2...takda pon kecam tindakan cina ni...sepatutnya jgn bias dalam menyatakan sokongan pada sesiapa....
Quote the_killer 14-1-2015 11:44 AM
bila perkasa dan isma kecam cina ni...jgn pulak kata perkasa dan isma racist pulak yerrr
Quote ResellerMaxis 14-1-2015 11:49 AM
the_killer replied at 14-1-2015 11:38 AM
melayu kutuk cina..tapi ada juga melayu kutuk tindakan tersebut...tp kes ni takda pon dok kutuk ci ...

kutuk tindakan tersebut..sekiranya pak menteri yang cakap..so geng pr akan response dengan mengutuk kata-kata tersebut..tapi dekat ci ni..melambak jer yang cakap dan tidak dikutuk..

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.101843 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top