CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ulama Arab Saudi Larang Umat Islam Buat Patong Salji

14-1-2015 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8452| Komen: 44

Ulama Arab Saudi Larang Umat Islam Buat Patong Salji



RIYADH – Musim sejuk yang menyaksikan salji turun di rantau Asia Barat bukan sahaja menjadikan kehidupan masyarakat Arab bertukar kelam-kabut, malah menyebabkan ramai mengambil kesempatan bermain salji seperti di negara iklim empat musim.

Namun tindakan segelintir remaja di utara Arab Saudi yang kini dilaporkan ‘meriah’ dengan membuat orang salji atau disebut snow man mengakibatkan ulama negara konservatif Islam itu terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman aktiviti sedemikian.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, ulama terkemuka, Sheikh Mohammed Saleh al-Munajjid mengingatkan semula rakyat Arab Saudi berhubung larangan pembuatan orang salji sebenarnya sudah lama ditetapkan pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

Beliau malah menegaskan, hukum pembuatan orang salji atau patung menyerupai bentuk rupa binatang hidup daripada salji sama dengan hukum haram apabila sengaja membuat gambar manusia yang menurutnya tidak dibenarkan menurut ajaran Islam.

Sheikh Mohammed sebaliknya menjelaskan, apa yang boleh dibuat umat Islam mengikut hukum syarak adalah ukiran salji untuk objek bukan hidup atau tiruan daripada benda mati seperti bentuk kenderaan, buah-buahan dan bangunan.

Sejumlah pengguna laman sosial Twitter mempersoalkan larangan pembuatan orang salji dan foto-foto yang diambil oleh warga Arab Saudi menunjukkan mereka membuat tidak hanya manusia salji tetapi juga unta dan pasangan pengantin dari salji.

Bagaimanapun sebahagian ulama tempatan menjelaskan rasional fatwa tersebut dengan larangan kerajaan lebih kepada kebimbangan pengaruh negatif budaya Barat yang mungkin menyerupai upacara ritual keagamaan tertentu.

25

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Badut.Sarkas 13-1-2015 09:33 PM
Isele telah menang!
Quote TuntungReturn 13-1-2015 09:34 PM

yg mana dah buat patung salji tu elok bertaubat
Quote famri7 13-1-2015 09:37 PM
Alang2 dah buat snowman baik sembah trus sis...baru menggelupur para lobainita pprt di tanah suchi semenanjung.
Quote Orix 13-1-2015 09:38 PM
dah kenapa??? bukannye org salji tu melambangkan berhala ke apa... adoyaii.. kolot
Quote cmf_premierleag 13-1-2015 09:39 PM
Alahai bodoh sgt la ulama2 ereb
sume mende x bleh
Yang bleh hanyalah menutoh anak dara 7 hari 7 malam saja
Quote ultra78 13-1-2015 09:41 PM
Musuh-musuh islam sentiasa cuba memesongkan akidah umat islam. Patung salji ni salah satu daripada taktik halus yahudi
Quote asamfish 13-1-2015 09:44 PM
ultra78 replied at 13-1-2015 09:41 PM
Musuh-musuh islam sentiasa cuba memesongkan akidah umat islam. Patung salji ni salah satu daripada t ...


Quote cecari 13-1-2015 09:46 PM
TuntungReturn replied at 13-1-2015 09:34 PM
yg mana dah buat patung salji tu elok bertaubat

gelak je la macam ummah suci dan hebat pulak ya. tapi mmg pembuatan patung dilarang . Bahkan banyak hadith2 yg melarang dengan keras. ini salah satunya yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari حدثنا الحميدي حدثنا سفيان حدثنا الأعمش عن مسلم قال كنا مع مسروق في دار يسار بن نمير فرأى في صفته تماثيل فقال سمعت عبد الله قال
( سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون )
sesungguhnya manusia yg paling teruk diazab adalah mereka yg membuat gambar ( lukisan , mengukir dan sbagainya yg mempunyai bentuk )

walaupun begitu sbahagian ulama menjelaskan bahawa yg teruk diazab adalah mereka yg membuat patung untuk disembah ,, manakalah yg bukan tujuan itu , mereka ini terjatuh dalam kategori orang fasiq.

nak gelak lagi dak???

Quote noor2 13-1-2015 09:47 PM
Olaf memang comeyyyyy
Quote cecari 13-1-2015 09:48 PM
cmf_premierleag replied at 13-1-2015 09:39 PM
Alahai bodoh sgt la ulama2 ereb
sume mende x bleh
Yang bleh hanyalah menutoh anak dara 7 hari 7 m ...

bodoh tak bodoh.. kalau hang belajar dan rajin dok pi mengaji ... baru hang tau betapa banyaknya hadith2 yg melarang melukis dan membuat patung sesuka hati .. dan dijanjikan azab yg teruk.  Bahkan malaikat rahmat pun tak masuk rumah yg ada di dalamnya gambar / patung. Semua itu disebut dalam hadith2 .. tu pun kalau hangpa nak percaya dengan hadith2 nabi.
Quote noor2 13-1-2015 09:49 PM
Oooo...patung salji memang untuk disembah rupanya
Quote cmf_blingblings 13-1-2015 09:54 PM
tu yg buat patong kecik-kecik kat atas pasir pantai tu kira dosa jugakah?
Quote Badut.Sarkas 13-1-2015 09:56 PM
Nampaknya agenda yahudi untuk menyesatkann ummah sekali lagi gagal! Sanggup yahudi menggunakan teknologi terkini untuk menurunkan salji di arab. Tapi rancangan jahat mereka telah dihidu oleh pak arab!
Quote Decaffeinated 13-1-2015 09:56 PM
snow man ni tuhan ais part time kekdahnya.... sila sembah sebelum cair...

Quote dino 13-1-2015 09:58 PM
cecari replied at 13-1-2015 09:48 PM
bodoh tak bodoh.. kalau hang belajar dan rajin dok pi mengaji ... baru hang tau betapa banyaknya h ...

tp posting ko takde mcm org mengaji tinggi psl org mengaji tinggi menegur dgn penuh hikmah...
yg buat snow man tu dlm rumah ka....
Quote noor2 13-1-2015 09:58 PM
Decaffeinated replied at 13-1-2015 09:56 PM
snow man ni tuhan ais part time kekdahnya.... sila sembah sebelum cair...

Haha.....gelak.guling...i bayangkan depa sembah olaf
Quote dino 13-1-2015 09:59 PM
cmf_blingblings replied at 13-1-2015 09:54 PM
tu yg buat patong kecik-kecik kat atas pasir pantai tu kira dosa jugakah?

yg aku paham patung yg dibuat perhiasan... yg bdk2 wat main takde hal.....nanti ade lebai dgn lantang bersuara plak susah....
Quote Acong 13-1-2015 10:00 PM
cecari replied at 13-1-2015 09:48 PM
bodoh tak bodoh.. kalau hang belajar dan rajin dok pi mengaji ... baru hang tau betapa banyaknya h ...

patung gundam pun haroommmm kaa?
Quote cecari 13-1-2015 10:01 PM
dino replied at 13-1-2015 09:59 PM
yg aku paham patung yg dibuat perhiasan... yg bdk2 wat main takde hal.....nanti ade lebai dgn lant ...

dberi kelonggaran untuk budak2 main ja.  masaalahnya yg sekarang ni bukan budak2.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.235721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top