Rumah Di Semenyih Mahal
Gambar hiasan Pembinaan projek perumahan mewah yang menjadi keutamaan pihak pemaju menyukarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman di Semenyih, Selangor. KAJANG 7 Jan. - Kira-kira 10 tahun yang lalu, pekan Semenyih di sini hanyalah- sebuah kawasan kecil yang jauh daripada kesesakan lalu lintas. Hari ini suasananya sangat jauh berubah. Jalan raya sesak dan kereta merangkak keluar dari pekan ini adalah senario biasa pada waktu pagi dan petang. Pembinaan perumahan pula semakin rancak dan paling ketara adalah projek-projek pembinaan rumah mewah yang semakin bertambah saban tahun. Malangnya, kewujudan rumah yang tinggi harganya itu meletakkan penduduk Semenyih dalam dilema. Sebelum ini agak mudah mencari rumah di bawah RM130,000 di kawasan ini, namun kini harga rumah kebanyakannya bermula dari RM300,000 hingga RM500,000. Difahamkan, terdapat lapan projek perumahan bersaiz besar dengan- harga yang tinggi di kawasan itu pada masa ini. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, kebanyakan- pemaju lebih gemar membina perumahan mewah termasuk bernilai jutaan ringgit sehingga tidak mampu dibeli golongan berpendapatan sederhana. Ujarnya, trend itu akan menyebabkan sebahagian besar penduduk terutama orang Melayu- terpinggir. “Sebelum ini, cara pembangunan amat berbeza kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor- (PKNS) lebih- mengutamakan-- penyediaan- perumahan mampu milik. “Malangnya, pada masa ini, saya tidak nampak satu pun perumahan oleh kerajaan negeri sebaliknya yang ada cuma ‘rumah mampu tengok’ yang mahal harganya,”- katanya. Sehubungan itu, beliau mememinta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali melihat semula pembinaan perumahan berskala besar yang perlu diseimbangkan- dengan rumah kos rendah dan sederhana. “Beliau dilihat gagal menyediakan sebanyak 15,000 unit rumah yang dijanjikan malah semakin banyak projek perumahan mewah yang dibina,” katanya. Beliau berkata, di-anggarkan tidak sam-pai 20 peratus go-longan Bumipu-te-ra membeli perumahan mewah di Semenyih. “Saya kesal kerana ada pemaju yang mengabaikan rumah kos rendah. Semasa pelancaran projek mereka janji akan dirikan pangsapuri tetapi hakikatnya rumah mewah diutamakan,” katanya.
|
14
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Perancangan PKNS
Dalam tempoh yang ditetapkan iaitu antara 2008 hingga 2031, PKNS menyasarkan pembinaan sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor.
Mengikut pecahannya, sebanyak 1,977 unit yang akan disiapkan pada 2008 hingga 2014 sementara 10,895 unit pada 2014-2020 dan bakinya 18,128 unit pada 2021-2031.
PKNS juga dijangka memberi subsidi antara RM30,000-RM100,000 untuk setiap unit rumah mampu milik yang dibina.
Secara keseluruhannya, ia membelanjakan antara RM1 bilion hingga RM3 bilion sebagai subsidi untuk rumah mampu milik itu.
Ini memandangkan harga rumah yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran iaitu antara RM42,000 sehingga RM250,000 kerana menepati kos yang ditetapkan oleh dasar kerajaan negeri.
Menurut Azlan, kos subsidi dijangka meningkat tahun hadapan apabila kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).
"Kos pembinaan kita akan naik sekitar empat peratus dan kita tidak boleh caj rumah kediaman. Sebagai pemaju kita kena tanggung", jelasnya.
Projek yang dirancangkan ini meliputi pusat pertumbuhan baru PKNS iaitu Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), Bernam Jaya dan sebahagian kawasan Gombak dan Seksyen U12 (Shah Alam).
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... i-selangor-46378?cp
nad014 replied at 8-1-2015 09:15 AM
MEMANG SEKARANG NI CINA NI, AKA DEVELOPER , MCM SENGAJA NAK MELAYU TAK DAPAT BELI RUMAH KE? LEPAS OR ...
primemova replied at 8-1-2015 09:24 AM
Semenyih tu jauh utk org keje di KL
nad014 replied at 8-1-2015 09:15 AM
MEMANG SEKARANG NI CINA NI, AKA DEVELOPER , MCM SENGAJA NAK MELAYU TAK DAPAT BELI RUMAH KE? LEPAS OR ...
mdhelmi replied at 8-1-2015 09:50 AM
tgk pada kemudahan
mahal sbb dekat dgn tesco dan econsave selain sekolah semuanya dekat2
aku beli ...
kecimpret replied at 8-1-2015 09:53 AM
kak ipar aku beli 2 storey kat pelangi semenyih x smp 200k..x lama lepas tu tesco,kfc dibina..skg ...
kecimpret replied at 8-1-2015 09:53 AM
kak ipar aku beli 2 storey kat pelangi semenyih x smp 200k..x lama lepas tu tesco,kfc dibina..skg ...
nuralisa replied at 8-1-2015 09:55 AM
pelangi semenyih 2 harga dia berganda dari yg first phase...
ADVERTISEMENT