CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perarakan Maulidur Rasul diteruskan Sabtu ini

2-1-2015 12:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6194| Komen: 12

Perarakan Maulidur Rasul diteruskan Sabtu ini




Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang pada Sabtu ini akan diteruskan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
   
Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah menyekat acara itu daripada diadakan namun perarakan itu bukannya matlamat utama sambutan Maulidur Rasul sebagaimana amalan beberapa negeri lain.
   
"Saya kesal ada pihak tertentu menyatakan kononnya kerajaan negeri menyekat perarakan. Ini bukan isu dan ia adalah sebahagian acara sambutan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
   
Katanya program yang diberi nama Himpunan Ummah sempena sambutan itu bermula pukul 8 pagi bermula di Vision Park, Kepala Batas sebelum bergerak sejauh 1 kilometer ke Masjid Abdullah Fahim untuk program seterusnya.
   
Beliau berkata himpunan itu dijangka disertai 50 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang.

Abdul Malik berkata buat julung kalinya solat sunat Dhuha berjemaah akan dianjurkan masjid berkenaan diimamkan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor diikuti tazkirah Dhuha.
   
Katanya syarahah bertajuk 'Qudwatul Rasul Sirat Ahli Al Sunnah wa Al Jamaah' yang dikupas penyampai tetap kuliah tafsir radio Ikim FM Dr Zahazan Mohamed turut mengisi Himpunan Ummah itu.
   
Beliau berkata kerajaan negeri sedang berusaha menambah baik pengisian program Maulidur Rasul dan 10 siri ceramah khas telah bermula di Radio Mutiara FM bermula 26 Disember hingga 6 Januari depan pukul 2.30 petang setiap hari.
   
"Acara kemuncak adalah majlis penganugerahan tokoh Maulidur Rasul dan pelancaran program bacaan Kitab Syamil Muhamadiah di semua 212 masjid mulai tahun depan berbanding hanya enam masjid terlibat sebelum ini," katanya.

6

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taikor 31-12-2014 04:31 PM
Bermakna, ade pihak yg gunakan agama untuk fitnah?
Quote d'zeck 31-12-2014 04:33 PM
geram je cina guan eng

PPS nak berarak ditangkap polis

arahan dia jangan berarak untuk
maulidur rasul pulak tak diendahkan

mana nak letak muka
sebagai kutua menteri
Quote Mary_jane 31-12-2014 05:34 PM


Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد ). Salam Maulidur Rasul 2015/ 1436H, “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.



Quote tumpanglalu74 31-12-2014 05:36 PM
Takpe le diteruskan.
Quote cmf_herrhughie 31-12-2014 05:38 PM
taikor replied at 31-12-2014 04:31 PM
Bermakna, ade pihak yg gunakan agama untuk fitnah?

Perarakan maulidur rasul dimulakan dan berlangsung tiap2 tahun sejak PR jadi kerajaan pp, sebelum tu under Bn langsung tak ada any aktiviti berkenaan maulidur rasul.

U boleh nampak tak betapa kuat fitnah umno ni, even buat cerita atas agama holly sendiri
Quote sekngucing 1-1-2015 12:29 AM
apa faedahnya perarakan ni???
Quote Al-Patih 1-1-2015 06:09 AM
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Al-Baqarah 2:285

Tapi yaAllah...meke hanya bersalawat seorang pesuruh mu.....


Quote R2D2 1-1-2015 03:47 PM
Tidak pernah larang perarakan

GEORGETOWN - Umno diminta supaya tidak memperbesarkan isu perarakan sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang kerana tiada apa yang perlu diperkatakan.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, tiada apa yang perlu diperkatakan dan menyifatkan Umno sengaja memperbesarkan isu yang tidak ada.

“Sebenarnya, setiap tahun isu perarakan Maulidur Rasul akan dibangkitkan Umno sedangkan kerajaan negeri sentiasa menyediakan program-program menarik termasuk perarakan. Mereka menuduh kita tidak mengadakan perarakan sedangkan setiap tahun lebih 50 kontinjen menyertai perarakan sambutan berkenaan.

“Adakah jarak 12 kilometer baru dikatakan perarakan? Perarakan tidak mengira jarak, walaupun jaraknya dekat, ia tetap dipanggil perarakan. Kerajaan negeri tidak pernah membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul, malah kita menambah lebih banyak program berbentuk keislaman bagi menambahbaik ummah rakyat di negeri ini,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, tindakan Umno yang sengaja memperbesarkan isu itu adalah dengan tujuan untuk menafikan kejayaan kerajaan negeri dalam menambahbaikkan ummah ke peringkat lebih tinggi.

“Umno seperti biasa sengaja cari masalah, membangkitkan isu yang tidak ada.

“Ini kerana, rakyat sendiri boleh lihat secara jelas setiap tahun penganjuran sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di negeri ini. Mereka boleh lihat sendiri program yang disusun malah mereka boleh nilai sendiri, adakah benar seperti yang diperkatakan Umno," katanya.

Abdul Malik berkata, sambutan Maulidur Rasul bakal diadakan pada 3 Januari ini bermula jam 8 pagi di Vision Park dan Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.

Menurutnya selain itu, pelbagai program berbentuk islamik telah diatur antaranya 10 siri ceramah di Radio Mutiara FM, solat duha yang akan diimamkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor dan bacaan kitab Syamail Muhamadiah di 212 masjid seluruh negeri.

Abdul Malik turut menyelar kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dengan memintanya supaya menutup mulut.

“Saya hairan dengan beliau, langsung tidak baca kenyataan saya, dan kemudiannya terus kritik. Saya fikir, lebih baik beliau tutup mulut dari terus mengkritik perkara yang beliau sendiri tidak faham.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri melarang mengadakan perarakan. Saya kesal dengan media tertentu yang terus dengan sengaja membuat tohmahan yang kononnya kerajaan negeri menyekat perarakan,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli mengkritik ‘larangan’ perarakan tersebut dengan mendakwa ia adalah tindakan provokasi berterusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tambahnya lagi, Guan Eng sebelum ini menimbulkan provokasi dengan menggalakkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di Pulau Pinang.
Quote apam 1-1-2015 04:37 PM
Al-Patih replied at 1-1-2015 06:09 AM
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang ya ...

Apsal sis? Kau jeles ke nabi muhammad saw dapat status spesel? ........ekekeke
Quote Al-Patih 1-1-2015 04:48 PM
apam replied at 1-1-2015 04:37 PM
Apsal sis? Kau jeles ke nabi muhammad saw dapat status spesel? ........ekekeke

Aiii...hebat...menafi ayat tu.....kalau tak stuju.....kasi blanco ayat tu...dalam AlQuran.....baru terro.....
Quote apam 1-1-2015 04:55 PM
Al-Patih replied at 1-1-2015 04:48 PM
Aiii...hebat...menafi ayat tu.....kalau tak stuju.....kasi blanco ayat tu...dalam AlQuran.....baru ...

Ooo.....kes jeles le ni......ekekekeke...rilex sis,....aku rasa hampir semua org paham konteks ayat tu dan kedudukan nabi muhammad saw. Tapi kalau dah jeles, apa buleh buat.......ekeke
Quote Al-Patih 1-1-2015 04:56 PM
apam replied at 1-1-2015 04:55 PM
Ooo.....kes jeles le ni......ekekekeke...rilex sis,....aku rasa hampir semua org paham konteks aya ...

hoookey.....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.097845 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top