Bahana Mahu Hidung Seperti Adam Levine Lebih malang lagi, kesan pembedahan yang dilakukan di sebuah klinik kecantikan itu, menyebabkan hidungnya menjadi sensitif dan mengalami perubahan peti suara. Mangsa yang berusia 20 tahun, dan bekerja sebagai penjaga stor, berhasrat melakukan pembedahan setelah mendapat tahu klinik berkenaan menjalankan rawatan kecantikan termasuk pembedahan memancungkan hidung melalui satu risalah. “Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800. “Setelah membayar jumlah terbabit menggunakan kad kredit, saya diminta menandatangani dokumen perjanjian. Selepas itu, saya dibawa ke sebuah bilik dan pembedahan terus dilakukan,” katanya. Menurutnya, pembedahan yang berlangsung kira-kira lima jam itu, dilakukan dalam keadaan sedar dan amat menyakitkan. “Selepas seminggu, saya dapati hidung saya senget dan lubang hidung besar sebelah,” katanya. Justeru, beliau pergi semula ke klinik itu, malangnya doktor terbabit hanya menggunakan jari membetulkan batang hidungnya yang senget. “Pada 15 Disember, saya pergi semula ke klinik itu dan mahu meminta ganti rugi serta menuntut kembali wang, namun klinik memberi alasan saya telah menandatangani surat perjanjian,” katanya. Sehubungan itu, beliau membuat dua laporan polis pada 18 dan 19 Disember, di Balai Polis Ampang serta kepada Biro Pengaduan Awam MCA untuk tindakan selanjutnya. Mangsa turut merujuk kesnya kepada hospital kerajaan dan disahkan hidungnya tidak seimbang. Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima empat aduan sepanjang tahun ini oleh individu yang tertipu setelah melakukan pembedahan plastik dengan klinik yang tidak berkelayakan. “Dua lelaki dan dua wanita mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik oleh klinik yang tidak berdaftar,” katanya di Wisma MCA, semalam. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa status klinik terlebih dahulu, sama ada berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sebelum menandatangani perjanjian.
|
Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800
ADVERTISEMENT