Menyamar Sebagai Pegawai Polis Semata-Mata Mahu Masuk Percuma? Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada pemilik pusat hiburan itu yang menghubungi balai polis berdekatan bagi mendapatkan kepastian kerana meragui suspek. Sumber berkata, suspek datang ke pusat hiburan itu bersama tiga lelaki yang dipercayai rakan baru dikenalinya. “Sebaik memasuki pusat karaoke itu, suspek ke kaunter tempahan meminta disediakan bilik percuma kerana mendakwa dirinya seorang pegawai polis. “Pelik dengan gelagat suspek, pemilik pusat hiburan itu menghubungi polis dan meminta melakukan pemeriksaan,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh berkata, suspek direman empat hari bermula semalam. SUSPEK direman di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, semalam.
|
md.jie posted on 23-12-2014 10:55 AM
nk menyamar polis tp xcukup inci...
ADVERTISEMENT