CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Amah Gigi Dicabut,Dipaksa Minum Air Kencing Serta Disula Majikan

24-12-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18342| Komen: 110

Amah Gigi Dicabut,Dipaksa Minum Air Kencing Serta Disula Majikan


Ampang: Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.

Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu.


Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya.

Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani.
“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.
“Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,”katanya.

Dia amat terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan cedera teruk ketika diselamatkan polis.

Menurutnya, mereka menyamakan rumah didiami mangsa ibarat ‘pusat penyeksaan’ berikutan polis merampas sembilan jenis rotan.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.

“Mangsa mendakwa mula didera sejak bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.

“Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras,” katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,” katanya.

Sumber polis berkata, sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu.

Polis turut menemui dan merampas sembilan rotan pelbagai saiz yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.

“Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera majikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

Suspek itu sedang direman bagi membantu siasatan.

RUMAH tempat mangsa bekerja.


5

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HaifaHanna 23-12-2014 10:36 AM
Adoiii, ko dh knape gi dera orang????
Teruk plak tu ko kerjakan.........
Quote izabellemylia 23-12-2014 10:43 AM
bangsatnya....kadang2 iols terfikir mesti banyak lagi kes2 kat luar sana yg mcm ni tapi yelah kita je tak tau kan...ntah2 ada lagi yg kena kurung ala2 adik firdaus tu...apatah lagi didera..

YaAllah selamatkanlah mereka..
Quote fifie_olin 23-12-2014 10:47 AM
bangsa yg sekor tu ke....depa jek yg ske dera amah2 ni
Quote embun 23-12-2014 10:47 AM
kalau dah didera camtu teruk...macam mana pembantu rumah tu nak buat kerja...
ni mesti gaji pun tak byr ni...
patut hantar majikan nya tu kat hospital sakit jiwa...
Quote cammie1711 23-12-2014 10:47 AM
Bila berita ni smpi ke indon konpem kedutaan ajn dipenuhi tahi..

Memang haramjadah betul majikan dia..bangsa apela agaknye
Quote liyamariska 23-12-2014 10:49 AM
manusia gila semakin berleluasa...

bukan takat dera2 jer, membunuh pun udah menjadi kebiasaan...

serious ai kena berhati2 bila berada diluar sana...
Quote amyainsamad 23-12-2014 10:52 AM
gler la...
Quote kentel 23-12-2014 10:59 AM
ummah apa ni???ummah tu memang tak pelik lah...
Quote tupaiterbang 23-12-2014 11:11 AM
asal lebih kurang macam teknik kt simpang renggam?
Quote CrowneGlory 23-12-2014 11:16 AM
Either dorg dera bos & family...atau bos dera dorg... Bagusla ko dpt bos gila mcm tu
Quote slavehunter 23-12-2014 11:23 AM
Banyak orang mental secara diam2....mungkin kt office dia act normal.....kat rumah dera maid.
Quote clarizsa 23-12-2014 12:02 PM
aik... umah cm kecik cm umah flat pprt pun ade maid ke?

pastu dera teruk plak tu...

sial punya manusia..

ptut dorg tu plak dihukum sula...
Quote sapp73 23-12-2014 12:09 PM
Gila punya majikan...
Quote rienafaiz 23-12-2014 12:12 PM
elok sangat la tu kena.Haritu amah indon kasi budak 2 tahun makan tahi.kali ni org dia sendiri kena makan tahi.. Adil
Quote Loxlaxman 23-12-2014 12:13 PM
Gua sula tau apa mangsa itu bolo punya olang ...
Quote mak_wa95 23-12-2014 12:22 PM
ngerinya....
Quote Kerêta_Angin 23-12-2014 12:26 PM
rienafaiz posted on 23-12-2014 04:12 AM
elok sangat la tu kena.Haritu amah indon kasi budak 2 tahun makan tahi.kali ni org dia sendiri kena  ...

org lain yg buat takkan org lain plak yg kena tanggung akibatnya...
Quote cupu 23-12-2014 03:52 PM
teruknya dera...

mmg xleh lari ker..dah kena sekali teru lari pi balai polis la.smpai 8bulan...

yg buat mcm ni plk,motif apa?pelik btol.
Quote spiderman80 23-12-2014 03:56 PM
Biasanya kalau Spidey baca tajuk berita 'amah didera', saya terus tahu majikannya pasti orang Cina lahanat dan apabila membaca tajuk berita 'amah ambil kesempatan ke atas majikannya', saya terus boleh tahu majikannya ialah orang Melayu yang lemah-lembut lagi suci-murni.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.084459 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top