CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan TIPS Lihat artikel

41 DARJAT WANITA SOLEHAH

24-12-2014 10:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6467| Komen: 13

41 DARJAT WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).
17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.
25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.
Allahualam,



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan_smsb 21-12-2014 04:33 PM
insaf iols baca
Quote giaries 21-12-2014 05:21 PM
intan_smsb posted on 21-12-2014 12:33 PM
insaf iols baca


Quote purpler 21-12-2014 06:50 PM
untuk wanita bujang macammana pulak?
Quote giaries 21-12-2014 06:57 PM
purpler posted on 21-12-2014 02:50 PM
untuk wanita bujang macammana pulak?

untuk wanita bujang, jaga akhlak, jaga aurat, jaga semuanya.. innshaALLAH.. ALLAH SWT pula jaga kita.
Quote Esmiria 23-12-2014 10:15 AM
Tapi gurl mudh dpt dosa.
Lelaki tak mudah dpt dosa .
Quote giaries 25-12-2014 08:22 PM
Esmiria posted on 23-12-2014 06:15 AM
Tapi gurl mudh dpt dosa.
Lelaki tak mudah dpt dosa .

hihi.. ttp tanggungjawab llki sbnrnya lebih besar di akhirat nnt. berat untuk wanita di dunia. andai dijaga, innshaaALLAH RINGAN di akhirat sana. ringan tanggunjawab di dunia,, andai x di jaga, berat di akhirat sana.
Quote Esmiria 25-12-2014 08:28 PM
giaries posted on 25-12-2014 12:22 PM
hihi.. ttp tanggungjawab llki sbnrnya lebih besar di akhirat nnt. berat untuk wanita di dunia. and ...

apa tanggungjawab lelaki???
Quote giaries 26-12-2014 09:07 AM
Esmiria posted on 25-12-2014 04:28 PM
apa tanggungjawab lelaki???


ini adalah antara beberapa tangungjawab lelaki yang mungkin dipandang remeh, dipandang ringan. ttp, jika tidak dilaksanakan, diakhirat akan disoal. wallahualam .

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.
Quote purpler 26-12-2014 09:06 PM
a'ah lelaki banyak tanggungjawab...
bayangkan kalau lelaki tu anak sulung, mak ayah dah takde dan adik² perempuan ramai....
dia kena tanggung dosa adik² perempuan dia selagi adik² perempuan dia belum berkahwin....
tapi seberat-berat tanggungjawab lelaki, kalau dia tak ingkar perintah Allah... balasan baik yang dia dapat tak terkira...
kalau dia ingkar, balasan buruk pun tak dapat dibayangkan...
Quote AisyDani13 15-4-2015 10:15 AM
Subhanaalah
Quote Equalizer 15-4-2015 10:35 AM
imho, seorg wanita yg solehah belum tentu boleh jadi seorg isteri yg solehah...

setengah perempuan single boleh jaga diri utk diri sendiri,
tapi bila jadi isteri, tak mampu utk kawal diri menjadi seorg isteri yg solehah.

sebab tu tak hairan kalau lihat ustazah, atau wanita tudung labuh, rajin pergi program kuliah agama, hubungan dgn masyarakat bagus tapi hubungan dgn laki hampas.
Quote manjalara_01 13-7-2015 07:09 PM
giaries: ini adalah antara beberapa tangungjawab lelaki yang mungkin dipandang remeh, dipandang ringan. ttp, jika tidak dilaksanakan, diakhirat akan disoal. wa ...


manja bukan nak kata ape la kan...mmg info tentang tanggungjawab lelaki ni...jarang2 di war2kan....
infact...so far..kebykkan ceramah agama yg manja tgk kat youtube or tv...yg overated..kupas tentang "poligami" "syurga+bidadari" "malam pertama"...ehehehe...tp mcm mana nak capai tu semua...jarang pulak nak dikupas...

tup2...lega hari tu ade..pun jumpe talk Ustaz Kazim "Kebinasaan Laki-laki yg Berkahwin"..patut talk2 mcm ni la difokuskan..
lebih skit...kalau korang nak tahu lebih lanjut...gi link sini..mmg tanggungjawab org laki2..sgt berat...

mungkin di dunia...mcm2 dugaan ujian yg kite perlu tanggung sbg wanita, isteri, ibu...tp di akhirat..nnt..lelaki sebagai bapa..
ketua family..akan di soal..tanggungjawab mereka terhadap isteri & anak2....& masa ni la isteri & anak2..yg diabaikan suami..di dunia akan menjawab..& sekiranye suami tadi x tunaikan tanggungjawab ..pahala dari amalan die sndiri akan diberi pd isteri & anak2..then die pulak yg kena tanggung dosa isteri & anak2...something like that...mahkamah di dunia..jarang2 adil..tp mahkamah di akhirat..confirm adil...

https://www.youtube.com/watch?v=RZEpFRJ528U

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.201824 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top